Selamat Tinggal Nuffnang


Yup, I Love Nuffnang. Truly, memang saya sayangkan Nuffnang. Boleh dikatakan semua event yang dianjurkan, akan saya cuba sertai, setiap Contest, akan saya cuba joini, setiap inisiatif baru,akan saya sokongi, dan apa jua yang Nuffnang cuba lakukan, akan saya sokong dan berikan respons yang terbaik.

Terlalu banyak kegembiraan yang saya capai bersama Nuffnang almost 2 tahun bersamanya. Income yang menguja, IPAD 2, Hadiah Percutian/Honeymoon Package ke Kota Kinabalu,Sabah, LG HDTV,Test drive Proton Exora,Ford Fiesta dan pelbagai lagi. Lebih mengharukan bila terpilih dan Featuredkan di Nuffnang untuk May 2011. Most of my Blogging Achievement, adalah bersama Nuffnang.
Ramai bloggers yang saya kenal dan jumpa face to face pun kerana Nuffnang especially Geng-Geng Talibarut. Memang best dapat kenal ramai bloggers dan boleh dikatakan pengalaman begini memang sukar dicari/diganti. Ohh, beratnya hati ini untuk membuat keputusan.
Apapun, Sedangkan Pantai Lagi Berubah, Inikan Pula Hati Manusia. Selamat Tinggal Nuffnang, sudah tiba masanya untuk saya mengucapkan selamat tinggal. Kenapa? Umm, biarlah rahsia. Rahsia yang akan saya simpan seorang diri.

Ke manakah arah tuju Eyriqazz.Com selepas ini? Tunggu dan lihat,walau bersama “siapa” pun, entry akan tetap di upkan di blog ini. Semoga pembaca terus menyokong blog Cap Ikan Ayam Goreng ini.Life Has to Go on bak kata abang Je Jai yang baru saja memenangi Percutian ke Filipina, juga hasil bersama Nuffnang. Congratz Bro, u deserve it..
Apapun, Once again, terimakasih Nuffnang. Pengalaman manis bersamamu akan ku ingat sampai ke hujung nyawa….Sob2, menitik airmataku ketika menulis entry ini (Ala-ala citer Hindustan skit)…
Last but not least………
…………….
……………
………………
…………………………………………………
…………………………………….
INI adalah ENTRY HANGIT. Hik3, manakan mungkin begitu mudah untuk saya meninggalkan Nuffnang yang telah banyak memberikan kegembiraan buat kami seisi keluarga.
Jika ada Sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kegembiraan dan pengalaman menguja bersama Nuffnang
Sukar dicari dan ditukar ganti

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

62 thoughts on “Selamat Tinggal Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.