Celebrate Birthday Isteri di Restoran Putera Ayu, Shah Alam

Restoran Putera Ayu, Shah Alam kami terjahi untuk celebrate birthday Isteri. Ini gara-gara restoran ini keluar di Jalan-Jalan Cari Makan, TV3 bulan May 2011 yang lepas. Eyriqazz teruja, wifey teruja, so on this special occasion kami terjahi Restoran ini :



Tertidur la pula alisya , manatak nya, penat temankan mama dan Papanya buat Spa treatment, 3 jam

Tomyam Campur, RM6 (Small)

Mango Special dan Honeydew Special, RM4.50 each. Sedap

Fuhh, penuh orang. Nasib baik sebelum datang dah booking tempat dulu

Sabar menanti makanan

Seperti di JJCM, saya order Sotong Bakar Berempah, RM10

Siakap Bakar, RM40

Bahtera Ayu Ice Cream, RM7.90 

Inilah tempat bakarnya. Rasanya perlu besarkan lagi, so lagi cepat order dapat disiapkan. Ikan Bakar memang kegemaran ramai, kan?
 
Overall, inilah feedback/review saya :
 
1) Makanan sedap. Saya kasi rating 7.5/10. Rasanya rasa ikan bakarnya in term of taste berada di tengah-tengah antara Ikan Bakar Bagan Lalang dan Sekinchan Ikan Bakar.
2) Owner peramah. Masa telefon siap kasi direction nak ke sini. Sampai-sampai, wifeynya kot hulurkan kerusi untuk kasi Alisya tidur.
3) Makanan sampai cepat except for ikan bakar. Dalam 30 minit lebih, mungkin ramai orang kot.
4) Harga – Umm, rasanya agak mahal especially for ikan bakar RM40.Samalah juga dengan desert etc. Total makan untuk 2 orang malam tu, RM83.80Apapun, lain padang, lain belalangkan?
5) Lokasi – Umm, strategik. Jalan berlawananan kalau dari Federal Highway nak pergi ke I-City Shah Alam.
6) Parking pun banyak. Senang la sikit.
 
Indah Khabar, Indah Rupa seperti di Jalan-Jalan Cari Makan?Umm, kenalah cuba n nilaikan sendiri. Lain orang, lain pandangannya kan? Apapun, at least dapat gembirakan hati Isteri belanja Spa treatment+Makan Ikan Bakar di Restoran yang dia mahu.
 
Sebelum pulang, masih berpusu-pusu orang mengunjungi around 9pm+
Restoran Putera Ayu Shah Alam
Lot. 34486/2, Jalan Besar Padang Jawa
Shah Alam Selangor 
(Lebih kurang 500 meter dari JPJ dan Puspakom Padang Jawa)
No. Telefon : 03-55133759/012-3003757

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Celebrate Birthday Isteri di Restoran Putera Ayu, Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.