Pandangan Saya | Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak


Pelbagai reaksi dan komen diterima dari entri saya sebelum ini yang bertajuk Shocking|Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak . Yup, ada yang percaya ,ada yang tidak, ada yang setuju, ada yang kurang setuju dan pelbagai lagi. Termasukla Isteri saya sendiri.

Some Question from her :

1) Betulke kandungan gula berlebihan dalam susu yang Alisya guna sekarang?
2) Kawan sayang cakap ” Ok je Abang kandungan gula dalam susu alisya ni”
3) Dalam Internet, pelbagai informasi dan maklumat yang sedikit bercanggah dari entry abang tu berkenaan Kandungan Gula dalam Susu Tepung untuk anak-anak…Confius la Abang, mana satu yang betul ni? 

Umm, pening juga saya untuk menjawabnya kepada Isteri sendiri. Surfing around, asking people dan gunakan Internet sebagai salah satu sumber informasi, inilah antara pandangan/pengalaman peribadi yang ingin saya kongsi :

Saya mencuba sendiri Susu Alisya. Honestly, saya akui sedikit manis dan Alisya agak aktif juga 
( Terjawab Soalan 1 isteri,kandungan gula yang berlebihan boleh menyebabkan anak-anak hyperaktif)

Soalan 2 : Sayang, tidak semua kata rakan-rakan itu betul. Kita kena cari informasi dan sahkan juga informasi itu. 

Soalan 3 :Well, pandangan saya, tepuk dada, tanya selera. Kita berhak mempercayai dan memilih apa yang kita rasakan benar tapi make sure ianya dari sumber yang boleh dipercayai dan dilengkapkan dengan bukti dan sumber rujukan yang “terkini” dan mendapat pengesahan especially daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Ini antara jawapan yang saya temui dari pengalaman dan pembacaan saya sendiri :

1) Kisah Si Gula

Apa jua nama yang digunakan i.e. natural sugars, added sugars, corn syrups solids,glucose syrups solids, sucrose all of them adalah gula dan semakin tinggi penggunaannya, semakin tidak elok untuk kesihatan anak-anak.

2) Cubalah rasa sendiri Susu anak-anak anda. Adakah manis or OK? How about their behaviour? 

3) Semak Kandungan Gula untuk Susu Anak Anda. Semak di label “Karbohidrat untuk setiap hidangan” . Cam kes anak saya, 24g. Paras normal adalah 11-12g, so disini setiap hidangan sudah terlebih lebih kurang 13 g added sugar.

*Under Malaysia labelling act for Children Growing Milk, Carbohidrat on the label contains only sugars level (either naturally present or added into it)

4) Pilihla Susu Yang Terbaik Untuk Anak-anak. Well, semuanya bermula dari kita. Tepuk dada, tanya selera. Ourself, masih dalam proses ke arah itu. Yerla, perubahan susu bagi anak-anak tidak boleh dilakukan dengan drastik. Sikit-sikit dan serasikan ia.

5)Jika masih belum berpuas hati, keliru, ataupun tertanya-tanya, langkah terbaik, bertanyalah kepada Doktor ataupun Dietician. Pandangan profesional lebih memuaskan hati dan lebih dipercayai, tidak gitu?

Last but not least :

Semua Ibu/Bapa mahukan yang terbaik untuk Anak-anak

Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan carilah jawapan bagi persoalan yang masih tertanya-tanya. Tepuk dada, tanya selera, setiap orang bebas mempunyai pandangan peribadi. Better late than never, malu bertanya sesat jalan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kitalah yang bakal mencorakkan masa hadapan anak-anak dan dari pemakanan inilah antara faktor terpenting dalam perkembangan mental dan fizikal mereka.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

32 thoughts on “Pandangan Saya | Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.