I Won IPAD 2

I Won IPAD 2

Gosok-gosok mata bila buka e-mail :

“Dear Nuffnanger,
Congratulations! You’re the winner of the Hypp TV post-event Bloggers’ Party contest! You’ll be walking away with IPAD 2. “

Yuhuuu, I Won, I Won. Macam bermimpi pula rasanya. Oh, Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa yang tahu. Oh, kalau sempat ambil hadiah ini, bolehla bawa ianya bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah bulan depan nanti.

Betul kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya. Kalau tidak join Contest, sudah pasti tidak akan memenanginya. Kalau dah join, adala juga chance untuk memenanginya. Tak gitu? Untung jadi blogger ni, banyak Contest untuk blogger menang kini. Tak sangka, dengan menulis, banyak peluang yang terhidang di depan mata kini. Persoalannya, to grab it or not.

Oh, gembiranya hati ini, sukar diucapkan dengan kata-kata. Dah lama mengidam untuk memiliki IPAD 2 ini, akhirnya ia menjadi kenyataan juga. Tidur ku bertambah lena la nampaknya….
Fuhh, harap-harap lepas ni ada peluang kedua menang IPAD 2 dari Bro Denaihati pula [ IPad 2 pilihan 10 hati milik siapa]. Doa-doakan saya ya?Tak sangka tercalon dalam 10 finalist untuk merebut IPAD 2 Contest anjuran Denaihati.

Sudah pukul 1230 pagi ketika entry ini ditulis. Mood happy, mahu masuk tidur. Tak sabar pula rasanya melihat IPAD 2 di depan mata….Sweet Dream Eyriqazz, dan buat pembaca, sebelum eyriqazz terlupa :

P/s : Jangan Marah…Nanti kena Jual..Hik3…Apapun,who know entry hangit bakal bertukar menjadi entry hangat nanti? . Wish me luck untuk merebut IPad 2 pilihan 10 hati milik siapa

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

22 thoughts on “I Won IPAD 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.