≡ Menu
48 Hours Sponsored Post. Scroll Down for latest entry.


I Need A Bigger Car!!!. Pucuk dicita, Ulam mendatang,baru bercita-cita, Exora yang datang. Special thanks to Proton kerana memberikan peluang kepada kami sekeluarga untuk Test Drive kereta Exora. Sempatla bersama Exora beberapa hari. Kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, sudah mencuba, inilah pengalaman yang ingin dikongsi bersama :
 
Bukan Main teruja lagi Isteri. Cantik, Luas dan Selesa la Bang kereta ini, itulah ‘first impression’ dari Isteri
Jom Jalan-Jalan
 
Kenala pula time weekend dan Cuti Hari Pekerja. Jadi, saya test drive dan bawalah keluarga pergi bercuti di Ipoh. First time singgah Ipoh dulu, terus teruja untuk terjahi lagi. First impression bawa kereta ni, “Boleh Tahan, Stereng bestt, Tempat pemandu selesa dan luas (memang sesuai la untuk saya yang agak “kurus” ni)
 
Papa, Jalan-Jalan. Jom La Papa. Amboi2, bukan main seronok lagi dua insan tersayangku ini
 
Yup, macam entry saya cakap sebelum ini. Masalah saya dengan kereta kami sekarang adalah faktor ruang. Nak pergi bercuti, nak pi shopping, nak bawa saudara mara jalan-jalan, namun ianya bagaikan terjawab :
Bonet Agak Luas. Kalau nak besarkan lagi bahagian bonet tu, tukarkan Seat bahagian belakang tu kepada 5 Seater. Tarikje handlenya dan tolak. Mudahh…
Kalau nak jalan ramai-ramai, boleh gunakan 7 seater. Bonet dan di bahagian kaki still luas. Selesa
Bahagian Pemandu
 
Inilah antara part yang paling saya suka. Seatnya agak luas, selesa dan kenalah dengan saya yang agak “kurus” ni. Part Compartment sebelah tepi kiri/kanan dan bawah stereng memang saya suka.Senang nak letak resit tol, air mineral, Mister Potato, dan juga wallet saya. Hik3, saya ni kurang selesa skit memandu wallet letak dalam poket. 
Teruja dan macam dah lama je bawa kereta ni
 
First time bawa, terus macam serasi. Takdela terasa kekok bawa kereta yang lebih besar daripada kereta yang pernah saya bawa sebelum ni. Pemanduannya pun lebih menguja, kalau time memecut tu, takdelah terasa bergegar dan macam kereta mahu terbang. Aircond sejuk , Power Socket yang senang diguna, serta Gear Box yang agak bergaya.
Interior luaran,dalaman dan juga DVD
 
Time-time Alisya dah agak kebosanan, kami berhenti je dekat R&R dan pasangkan DVD Upin dan Ipin buatnya. Memang tak berkelip dan layan je la dibuatnya.
 
Jom Jalan-Jalan Ke Ipoh/Lost World of Tambun
 
Lalu kat highway, nampak la banner Exora “Lebih Luas dan Selesa“. Umm, Can’t agree more. Memang luas dan selesa. Sayang time ni keluarga dari kampung tak datang, kalau tak tentu lebih menyeronokkan pergi bercuti ramai-ramai. Oh, ni pun tengah pening ngan wifey, plan akhir bulan June ni nak pi Pulau Langkawi bersama keluarga dari kampung. With Our Current Car, nampaknya kenala pi dua kereta. Satu kereta adik Ipar. Ohh, dah membazir tol & minyak di situ. Kalau ada Exora ni, tentu masalah ini dapat diatasi.
 
Di Highway, Isteri ambilkan gambar. Wahh, ramai nya orang menuju ke KL?
 
Time cuti camni, memang ramai yang pergi bercuti. Ada kenderaan yang selesa, memang menyenangkan. Takdela pening kepala nak beli barang-barang. Macam pi Langkawi last year, banyak barang tak terbeli coz tak muat bonet. Hik3…
Tengokla Alisya. Bukan Main lagi dia. Santai
Tempat seat kosong belakang sekali, bolehla letak laptop dan barang2 lain. Ehh, blogger ke mana-mana kadang-kadang, laptop tak ble lupa kan?
Issh, sekejap ke depan. Sekejap ke belakang. Budak-budak, memang suka explore kan? The bigger, lagila mereka seronok sana sini
Tengok tu.Sekejap minum susu, sekejap makan, sekejap membaca. Alisya pun suka kereta ini.
 
P/s : Petanda awal dia tahu tak lama lagi mungkin dia bakal dapat adik dan Papa/Mamanya akan beli kereta baru? Hik3..No komen..wait n See la dulu
 
Kebetulan ataupun Suatu Suratan?
 
Sampai di Hotel, tgk2 ada kereta Exora turut parking di sebelah. Check2 balik ,wifey cakap ni keluarga doktor datang bercuti ramai-ramai. Umm, doktor pun pakai Exora, mesti dia suka. Banker dan guru,  apa salahnya pakai Exora juga kan?
 
Perjalanan dan Percutian yang menyeronokkan. Terasa begitu cepat masa berlalu. Bawa kereta Exora ni, memang smooth dan tiada masalah. Kalau minyak dah nak abis,akan ada indication di meter cakap berapa KM lagi bleh jalan. Ada Cruise juga, tapi tak sempat nak mencuba coz sayani memang lagi selesa tak guna Cruise. Exercise kaki. Tapi, kalau perjalanan lagi jauh i.e. pulang ke Terengganu, memang best ada Cruise. Takdela lenguh2 sangat kaki. 
 
Perjalanan Pulang, Alisya sleep like a Princess
 
Alisya Love It. Isteri memang memanjang je, “Angkat La bang, Angkat La Bang”. Isteripun sempat test drive dan bawa kereta ni ke Sekolah. Memang cikgu2 lain senyum manja je, Sesuai la kereta ni ngan cikgu. Feedback dari Isteri :
 
” Best la Kereta ni Bang. Tempat luas. Seat pun luas. Selesa kaki nak menjulur. Nak gantung beg pun senang. Aircond sampai belakang terasa.Nampak besar, tapi bila memandu, takde rasa kekok. Seat pun luas, senang la kalau sayang mahu shopping dan nak balik kampung nanti. Abang, Nanti-nanti kita beli kereta ni nak?”
 
Bukan main lagi Isteri. Overall, memang kami jatuh Cinta. It really fit to Our Lifestyle especially bila kami merancang untuk tambah satu lagi anak mungkin tahun depan. Anak bertambah, bertambahla barang-barangnya dan seat diperlukan. Dari segi ekonomi pula, minyak pun save, tak perlu nak ada 2 kereta. Nak pi jalan-jalan dengan keluarga nanti, takdela pening kepala. Yang pening kepalanya, Sayala juga nanti, sure makin banyak yang mahu Isteri shopping nanti. Hik3…Just kidding.. Isteri pula memang suka dengan designnya yang stylish, compartments yang banyak dan Aircond yang terasa sehingga ke belakang. Woman lebih choosy kan? So, my wife Ok, mean this Car memang OK for us.
 
Umm, tak sangka saya mampu parking mengundur kereta Exora ni (hik3, saya ni kurang mahir skit parking mengundur, tapi kata pepatah, alah bisa, tegal biasa, takdelah susah sangat pun kan? )
Experience Exora, Kami Jatuh Cinta
 
Sharing Is Caring, anda pun berpeluang untuk test drive kereta ini. Bolehla register dan merasa untuk Exora VIP Test Drive Session di AllAboutExora  .Banyak informasi menarik berkenaan Exora di sana dan juga berpeluang for Exora VIP Test Drive Session. Hanya 20 pasangan yang bertuah akan terpilih, dan berpeluang merasa pengalaman seperti mereka ini :
 
 
” Sesi ini kemudiannya ditutup oleh Raja Nur Zahirah sambil menghadiahkan consolidation prize kepada semua peserta iaitu RM200 tunai ditambah pula dengan SPA session untuk setiap pasangan  ialah selepas berpanas terik berpeluh ketiak berjemur di bawah matahari 90 degree kenalah merehatkan dan memanjakan diri pula.
 
Tapi apa yang lebih penting bagi saya ialah tip-tip dan informasi-informasi yang berguna yang saya perolehi semasa Sesi Pandu Uji Exora ini yang diutamakan. Banyak yang kita boleh praktiskan dalam kehidupan harian kita sekeluarga ” -Quote From Entry INI
Jadi,apa tunggu lagi, Jom sama-sama Kita register untuk Sesi Pandu Uji Exora ini di  :
 
Experience Exora, Kami Jatuh Cinta
Kami teruja, kami teringin ke VIP Test Drive pula
Banyak informasi dan pengalaman mempesona
Proton Exora, mungkin ianya menjadi sebahagian keluarga kami di masa hadapan pula?



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

  • Eyriqazz 2 June 2011 at 3:23 am

    #JAI :berbaloi2…

  • Eyriqazz 2 June 2011 at 3:23 am

    #HAFIZAL:setuju….

  • hamzah ian 2 June 2011 at 2:56 pm

    beli la beli la… nak tumpang.. hahaha

  • Eyriqazz 2 June 2011 at 3:08 pm

    #Rozuan Ismail :betoi,betoi,betoi…

  • Eyriqazz 2 June 2011 at 3:09 pm

    #aini:setuju..kata pepatah,belum cuba belum tahu..dah cuba, nilaikanlah sendiri..tak gitu?

  • Eyriqazz 2 June 2011 at 3:09 pm

    #hamzah ian :hak3,senangla bro nak numpang event nuffnang nanti kan?hik3…

  • Sumijelly 3 June 2011 at 2:02 am

    Eyriqq…..pergh.. aku memang tingin nak berkereta besar… maklum la.. bulan poser dh sambut anak ke 4… jadi bertambah dah ahli keluarga…

    kene cakap kat IR ni… exora sesuai kot untuk keluarga aku yg semakin berkembang..huhuh

    Sumijelly.com

  • Mama Zharfan 3 June 2011 at 9:39 am

    nampak sgt comfy–cuma not my taste :)

  • kayrul-shah 3 June 2011 at 3:16 am

    bila baca entri nie..terus rasa nak sambar exora plak..hehehhee

  • kaizenshinobi 3 June 2011 at 4:04 am

    macam dah plan nak tambah lagi anggota je nih? hehehe

    the more the merrier~ exora memang selesa, lagi2 untuk berjalan jauh~

    hehe

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge

    WP-SpamFree by Pole Position Marketing

1 2

Leave a Comment

WP-SpamFree by Pole Position Marketing