Bila Perasan “Popular”

Situasi : Pasar Malam, Section 1, Wangsa Maju, terjahi bersama Isteri dan Alisya
Waktu : Around 7 malam

Sambil jalan-jalan lepas parking kereta , on the way ke tempat pasar malam, ada seorang Mat Motor lambai-lambai tangan. Ehh, dia kenal eden ke? Mula-mula tu buat dekk je, yerla,tak pernah nampak mamat ni.Nampak serius pulak tu.

Dah semakin dekat, dia panggil lagi, Meh sini, katanya. Ummm, tertanya-tanya dalam hati. Siapa dia ni? Dia nak Paww aku ke? Ada gaya juga…Nak pi taknak pi ni? Kan sesaje aku kena paww ni..

Psst, pi la Abang, mungkin dia kenal abang dari blog kot..Kata isteri.Saje nak bertegur sapa. Hik3, Perasan “Popular” kejap. Kat Pasar Malam pun ada orang kenal eyriqazz? Senyum lagi, mulala timbul rasa riak dalam hati..Fuhh,larikan rasa itu jauh-jauh…Tak baik.
Curious, eyriqazz pun pergi la dekat Mat Motor tu..Muka memang serius. Seserius Je Jai bila dia nak mengorat Fasha Sandha. Sampai je dekat Mamat tu :

” Bang, Zip Seluar Abang tak tutup”

Adusssshhh, malunyaaaaaaa..Malu,Malu…Mana nak nyorok muka ni?? Huk3, nasib baik time tu tak jalan jauh lagi dan belum ramai orang. Kalau tak, sah-sah kena gelak ngan pengunjung pasar malam tu….

Terimakasih buat Mat Motor tu…Betoi kata pepatah “Don’t judge book by it cover”. Mat Motor tu, nampak macam kaki Paww tapi hatinya baik.Nasib baik dia tegur eyriqazz.Kalau tak, “lebih memalukan” eyriqazz lepastu..

Samalah juga bila jumpa 1st time blogger yang kita tak berapa kenal in real life, i.e. Kak Jie, nampak gaya penulisan macam garang dan tak boleh main-main dengan dia ni. Dah jumpa dia [ Jumpa Anak Isteri Blogger].Umm, bukan main peramah lagi. Suara lembut, senyuman manis menguntum, dan siap boleh sakat-menyakat lagi. Dapat ole-ole/minyak wangi lagi dari Kak Jie.Besttt. Hik3, nice meeting u Kak Jie, Hidup Biar Sedap.




P/s : “Don’t Judge Book by it Cover” dan dah terkena tu pandai-pandai la Cover Malu tu ya…Hik3….That’s Life,ianya mematangkan kehidupan, tak gitu?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

37 thoughts on “Bila Perasan “Popular”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.