Tersentuh Hatiku Dengan Entry Ini

Tersentuh hatiku bila membaca entry ini : Malam Ini Yuyu Menangis Kerana Emak . Umm, ibu mana yang tak sayang anak kan? Ditatang bagaikan Minyak yang penuh. Sungguh besar pengorbanan Seorang Insan yang bergelar Ibu :

Ibu, Saya Sayang Kamu…
Namun, secara sedar or tidak sedar, adakah kita sudah buat yang terbaik untuk menggembirakan hati Ibu tersayang ( ditujukan buat diri sendiri juga). Pernahtak terlintas :
1) Berapa kali kita sempat Call Ibu kita bertanya khabar bagi yang tinggal jauh dengan Ibu dalam seminggu?
2) Dalam setahun berapa kali kita pulang ke kampung . Myself, kurang dari 10 kali kot.
3) Ingatkah Akan tarikh lahir Ibu tersayang? Selalu tak berikan hadiah buatnya?
4) Pernahtak lukakan hatinya?
Ohh, Syurga di tapak kaki ibu tapi adakah aku sudah buat yang terbaik buat ibuku? Umm, masih belum lagi rasanya. Maafkan Saya Ibu…
Besar dugaan Ibuku tahun Ini. Ayah baru meninggal dunia tahun lepas, Adik diduga dengan perceraian, nenek terkena buatan orang sampaikan nak bangun pun susah. Mujurla ada adik bongsu di kampung yang menjaga ibuku . Thanks Abasz…
P/s : Betulla kata pepatah, seorang Ibu mampu menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga 1 orang ibu…Oh Ibu, Semoga Tuhan Lanjutkan Usia dan Gembirakan hatimu Selalu. Dan Semoga Aku mampu buat yang terbaik Jasamu Sampai Hujung Nyawa pun tidak mampu dibalas. 
Topics Uncategorizedtags

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “Tersentuh Hatiku Dengan Entry Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.