≡ Menu
Semakin Ramai Rakyat Malaysia yang Kahwin Lewat? (Credit picture Here)

Terdetik untuk mengomen sama bila membaca entry LPPKN pandang serius kahwin lewat . Antara faktor penyebabnya adalah :

1) Wanita memberikan alasan tiada calon yang sesuai. 
- Umm, honestly saya bersetuju (not 100% laa..) . Bukan mudah nak mencari lelaki yang sesuai sekarang ini. Sudah berkahwin pun,ramai yang  badigooolll…. Terjadi kat adik saya sendiri ( Bekas Adik Ipar Yang Badigool!!! )

2) Kewangan yang belum Stabil bagi lelaki 
- Setuju, saya pernah buat entry pasalni dulu : Ranjau Kewangan Seorang Lelaki untuk Berkahwin

Selain itu, saya mahu tambah lagi :

@ Perbelanjaan kahwin yang semakin meningkat. Tidak kirala dari pihak lelaki or wanita..

@ Adat dan Resam. Nak kahwin mesti kena buat kenduri. Mesti ajak at least berapa orang. Mesti buat itu dan ini. Tup2 menyusahkan bakal pengantin. Myself, hutang kahwin sampai sekarang belum habis bayar lagi. 

@ Semakin sibuk dengan mencari harta duniawi @ perkerjaan.

@ Kos sara hidup yang semakin meningkat. Sana sini mesti naik. Baruje nak kumpul duit untuk kahwin, dah kena korek tabung lagi….Umm,bila mau cukup camni?

Apa pula pandangan anda? Kenapa Semakin Ramai Rakyat Malaysia yang Kahwin Lewat? 



style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-pub-6619684076142128"
data-ad-slot="9856135083">



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

  • fRaMe+LenSeS 25 May 2011, 1:00 am

    setuju ng enchik eyriqazz.. Sdg mgalaminya.

    Reply
  • Myvitrd 25 May 2011, 1:01 am

    Setuju eyriqazz dengan pandangan hang tu.. Sekarang ramai wanita lebih mementingkan kerja dari mencari pasangan..

    Selain itu faktor takut memberi komitmen bila dah kawin nanti.. seperti kena jaga anak.. tak dapat nak keluar bebas seperti masa bujang dan lain2 lagi.

    Satu lagi sekarang ni.. bila wanita yang mempunyai kelulusan tinggi pihak lelaki pulak takut nak dekati sebab takut nanti perempuan jadi king control.

    Apa pon Usaha kena cari.. pilih yang sesuai dan paling utama Redha dan restu kedua ibu bapa lelaki & perempuan.. takut takda restu.. mungkin 5,10,15,20 hubungan tu boleh bertahan lepas tu .. huru hara..

    Reply
  • hanani 25 May 2011, 1:04 am

    ye,saya setuju sangat sangat akan sebab musabab yg awk bagikan kenapa ramai yg kawin lewat.. Zaman moden skang ni banyak sgt ranjau dan duri..kena berhati2..Tapi jangan terlampau memilih sangat. Takut jadi andartu plak. :)

    Jom baca ni :Transformers 3 menyerang anda..“Our World, Their War”

    Reply
  • AIN MUSTAZA 25 May 2011, 1:05 am

    mmg btol..tp skg ni saya x kisah klu kwen lmbt sket sbb bakal ayah mertua saya baru kene strok..so..saya paham perasaan family dia..jd saya xkisah berkorban sdikit..

    Reply
  • MiszNoRuL 25 May 2011, 1:57 am

    ye, sy setuju bila sy cakap tade calon yg sesuai dan jodoh belum sampai.. TT__TT

    Reply
  • Awan Fantasia 25 May 2011, 2:15 am

    Satu lagi sebab..sekarang lelaki xkira baik n jahat cari “permata” dan perempuan baik atau jahat pun cari “permata” jugak..sama2 memilih..

    Jom Tengok :
    GAYA RAMBUT UNIK!!
    MAYA KARIN MELACUR???
    JANGAN KLIK!!NANTI XBOLEH TIDUR!!!

    Reply
  • KiD 25 May 2011, 2:17 am

    ayokk!! encik hazman dah jeling2 entry ni.. lalalala
    Parenting Blog Shakiddo Kena Terjah dengan Mat Kla…

    Reply
  • amirah 25 May 2011, 2:18 am

    patutla ramai yg mencari calon yang telah ada ‘kerusi’..bukan calon baru yang baru bertanding.contohnya macam salleh yaakob.takpela, sebab kualiti yang ada pada dia membuatkan dia calon yg sesuai untuk mereka..apa pun asalkan bahagia mencipta keluarga sepertimana yang Allah suruh

    Reply
  • maslinamansor 25 May 2011, 2:30 am

    mas nak tambah, tapi tak tahu la ada yg setuju atau tidak…

    Islam mewajibkan orang yang cukup belanja dan tidak dapat mengawal nafsunya itu berkahwin.
    Zaman sekarang walaupun cukup duit tapi tak mau kawin sebab seks sebelum kahwin dah semakin berleluasa… (mas tak maksudkan semua org cuma ada segelintir)
    Ini juga ada faktor penyumbang semakin ramai rakyat malaysia kahwin lewat… walaupun tak banyak

    Reply
  • makdara TERdiva 25 May 2011, 2:46 am

    macam adik MDT sendiri, usia 30 baru kawin..bukan memilih tapi jodoh baru nak sampai..

    cuma 1 pesanan buat perempuan jgn desperate nak kawin disebabkan desakan org sekeliling..pikir masak2 sebab berkahwin bukan utk sehari dua tapi kalau boleh hingga ke akhir hayat

    tapi apa2pun berbalik kepada jodoh dan terima segala qada’ & qadar Allah..doa, usaha & tawakal harus seiring..

    Reply
  • AnDaK SyAqieLa 25 May 2011, 2:46 am

    setuju sangat biler kata belum jumpa calon yang sesuai…dan jodoh belum sampai…Yang pasti kena usaha dan banyakkan berdoa…

    Reply
  • Nur Hawa Mohd Zin 25 May 2011, 3:13 am

    calon dah ada…family dah ok…tapi halangan kewangan…susahnye la..

    Reply
  • Dawa 25 May 2011, 3:22 am

    kdg2 kita terlupa satu perkara iaitu berdoa. tak kiralah berdoa mendapat jodoh yg sesuai, berdoa supaya rumahtangga kekal dan aman dan berdoa disetiakan hati.

    Reply
  • e.l.i.s.s.m.i.e 25 May 2011, 3:32 am

    kalo melayu kira ok lagi , tapi kalo cina, lagi mahal dia punya preparation. kawan me cina, skang ni 30 an baru nk kawen..

    Reply
  • J.M.R 25 May 2011, 3:58 am

    istilah kawen lewat pd lelaki untuk umur baper bro?khikihkih..

    Reply
  • norinaomar 25 May 2011, 3:59 am

    saya sokong,susah nak cari yang betul-betul menepati piawaian,bukan nak yang hensem pun,tapi sekurang-kurangnya dapat membimbing kita.Takkan nak main tangkap muat aje.Tapi sebenarnya kita boleh berusaha sampai berjaya.Yang malas nak fikir,baik dok single pun ada juga,malas nak serabut katanya.
    Tapi environment pun mempengaruhi juga.Kita dikelilingi oleh orang-orang yang sudah beristeri dan tiada sorang pun lelaki bujang,duduk di kawasan itu selama bertahun2..tidak dapat membantu juga.

    Reply
  • Mama Zharfan 25 May 2011, 4:30 am

    kat msia mcm tak ramai lelaki yg berkualiti/mempunyai career yg stabil berbanding dgn bilangan wanita yg bercareer kan…

    Reply
  • Suzana.Sukri 25 May 2011, 4:55 am

    salam.. terpanggil tuk komen la. hehehe ! bg sy la, byk sebab nape smapi skg rmai y x kwin2 lg. contoh sy la. da 27, tp bf pn xde. bukan memilih tapi ade sebab2 tertentu. tepuk dada tnye diri sdri.

    Reply
  • yangbaik 25 May 2011, 4:58 am

    memang susah nak cakap, sebabnya zaman sekarang semuanya perlukan duit… dan yang buat saya sedih (sob3) bila ada kalangan kengkawan yang suka buat ungkapan “alaaa biarlah dia belajar dulu, dah abih belajar nanti kahwin ler”.

    Tu kan dah salah, apa salahnya kalau kahwin dulu atau kahwin semasa belajar?… janji dapat pasangan yang sesuai dan hidup berpasangan (sah) kan dapat pahala semuanya berganda… pahala solat berganda, dapat belajar sama2… bab nak jeles meles nie… tolak tepi lar… yang penting soal hati dan perasaan mesti jaga… cakap baik2 kan?.
    huh… ntah apa2 jer ar

    Reply
  • far_east 25 May 2011, 12:55 am

    saya paling setuju alasan tiada calon yg sesuai..

    far_east pun ada gak buat entri pasal tue kelmarin..kat sini http://slumberzgurll.blogspot.com/2011/05/kahwin-lewat-satu-trend-kerrr.html

    Reply
  • Aku Ibu Muda 25 May 2011, 12:57 am

    nasib baik saya tak tergolong dalam golongan ni…alhamdulillah jodoh saya sampai di usia 23 tahun :)

    seronok kahwin awal..umur 25 dah ada 2 anak…hihii

    Reply
  • Suliana 25 May 2011, 1:06 am

    tak jumpa calon yg sesuai adalah faktor plg utama. yg pasal duit tu, klu dah cinta, sume blh aje.. su x buat loan utk kawin, alhmdlh, mmg sederhana saje majlis kawin, cukup utk sedekah jamuan kat org kg, parents tanggung :-)tapi, org laki la yg pusing kpla cari duit nak kawin, xkan prents nak support plak kan.. tapi, adik badik su, alhmdlh diberi kemudahan mak ayah masih bekerja, ada hasil ‘tuaian’ sendiri, blh la support sume majlis kawin adik badik, kami kuar duit untuk hantaran saje :-)

    Reply
  • hazman aka species1980 25 May 2011, 2:07 am

    Inilah dilema yang dialami oleh saya sekarang….. huhuhu…..

    Reply
  • Fathiha Zainal 25 May 2011, 8:23 am

    Sgt2 setuju dgn semua sebab yg ada dlm entry ni.

    Satu lg sy nk tambah – Campur tgn family. Ada sesetengah wanita dah jumpa teman istimewa tapi family pulak tak setuju. Itu pun boleh menyebabkan seseorang wanita tu tawar hati nak kahwin sbb family tak setuju.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »