Pengalaman Naik Komuter/KTM

Dah lama tak naik komuter. Rasanya last time naik komuter tahun lepas, bawa Mak Mertua pi Midvalley. So, untuk projek blogging terbaru ni, last week saya menerjah la dan naik komuter :
Pukul 1 petang +, lengang je stesen komuter
Sabar menanti
Suasana agak panas. Komuter ni biasala, kadang-kadang,timing dia tak berapa betul dan kekerapannya pun tak menentu. Kadang-kadang setiap setengah. Pernah dulu sejam lebih pun ada. Train rosak.
Bila KTM/Komuter nak sampai ni?
Sampai juga akhirnya
Nasib baik tak ternaik coach Pink yang khas buat golongan wanita dan golongan macam Je Jai (hik3).  Nasib baik komuter Aircond Ok, orang pun tak ramai. Fuhh, perit bila dulu-dulu kije di Subang Jaya balik mengalahkan sardin. Belum campur dengan bau-bau yang cukup menwangikan. Hik3…Almost sejam sampailah juga di Subang Jaya…
P/s ; Sampai subang, nak pi ke lokasi tak sampai 5 km pun kena teksi RM15? Umm, nak buat camne, bayar je la..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

5 thoughts on “Pengalaman Naik Komuter/KTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.