Pengalaman Menguja di Selangorlicious! Sepang Goldcoast Beach Party!|Golden Palm Tree Resort

 

14 May 2011, Sepang GoldCoast Beach Party kami hadiri
Golden Palm Tree Resort, hotel/resort bertaraf 5 bintang event ini
Event Anjuran Selangorlicious, Tourism Selangor dan Golden Palm Tree Resort menguja hati
Inilah pengalaman kami untuk dikongsi
(Sambungan entry INI)
Hawaaian Theme Tema Diberi
Di Tepi Pantai, Santai dan Syok Sekali
Free Entry, hai senangnya hati
Datang sini, just goyang kaki dan makan sepuas hati
Cantik kan Golden Palm Tree Resort ini?
 
Lebih kurang pukul 630 petang, kami sampai di Golden Palm Tree Resort ini. Tourism Selangor turut bermurah hati, turut menyewa 3 buah bas bagi yang tiada transport, pick up dari Shah Alam dan juga Petaling Jaya. Agak kelewatan sedikit saya sampai, tidak sempat :
GPT was celebrate all the guest with Rasa Sayang songs and they are wearing traditional clothes! Baju Melayu and Kebaya. With the umbrella. It was so amazing!! –ayat dan gambar diambil dari RabiatulAdawiyah
 
Wahh, sayangnya sampai lambat. Sure Meriah time tu..Huk3, ni GPS punya pasal la ni. Bawa kot jalan jauh (Alasan….). Selepas registration,dapat goody bag, acara dimulakan dengan pertandingan Fotographi ” Gambar Sunset “
 
Inilah Gambar yang sempat saya ambil
 
Ini juga . More Pictures , bolehla terjahi entry INI : 

(Gambar) Sunset di Golden Palm Tree Resort, Sepang Gold Coast

 

Sudah ambil gambar, submit gambar, kamipun bergegasla ke Pantai. Makanan sudah siap tersedia, menanti saja untuk dimakan. 
Nampak menggiurkan, ala Buffet, pelbagai juadah, dari Steamboat, Makanan Melayu, Chinese food, roti, buah, desert, seafood dan pelbagai lagi. Memang rambang mata dan macam time nak berbuka puasa di Hotel la rasanya.
 
Acara dimulakan dengan persembahan api. Memang kagum, sembur-sembur api . Meriah gitu. 
 
Then, the Dinner is Serve, terjah je mana nak pergi :
 
Inilah meja kami. Tak lain tak bukan, bloggers dari Nuffnang sentiasa memeriahkan event blogging di mana jua.
Jemput Makan…
 
Menyelerakan. Especially Udang Kara ,tempat Seafood. Dari awal memang beratur panjang. Yerla, bukan mudah nak merasa udang ni kan? Tak lupa juga Chinese Food , Dessert dan lain-lain tempat. Umm, unlucky for me, tak sempat merasa Dim Sum @ Chinese Food. Wife cakap, memang sedap sangat….
 
Menanti dengan Sabar Udang Kara. 2 Pinggan untuk Eyriqazz dan Keluarga. 
Pilihla mana yang anda suka. Perahu, Bila-Bila, Stimboat Restoran, mahupun Chinese Food.  Tepuk dada, tanya selera
 
Sambil makan, turut disajikan dengan persembahan , antaranya :
 
Opps, Forgot the name. I Just Called it “Hantu Dance” . Bukan main takut lagi Alisya
Persembahan dari Orang Asal (Credit Picture HERE )
Black Dragon Percussion (Credit Picture Here )
 
As always, kalau bawa Alisya ke mana-mana, tentu dia menjadi perhatian. Thanks guys sudi melayan kerenah anakku itu. 
Jen with my daughter, Alisya. (Again, Credit Picture Here)
She Really Has Fun and Enjoy the Food Too ( Credit Picture to Shahrul )
Event diakhiri dengan ucapan dari wakil Golden Palm Tree dan Tourism Selangor. Juga, penyampaian hadiah buat pemenang “Best Sunset Picture” .Huk3, saya tidak menang. Sedih2, ni yang buat nak rembat DSLR ni. 
 
Overall, what else I can say. Great event, wonderful experience. Enjoy it. Apapun, nobody perfect kan? Ini antara feedback/suggestion dari saya untuk untuk improvekan event sebegini di masa hadapan. Take it constructively ya, saya mengomen bukan mengondem tapi untuk ke arah kebaikan. Constructive feedback kata orang :
 
1) Quite upset sedikit.Coz dalam Itinary ada mention jalan-jalan sekitar Hotel , so saya expect bolehla tengok dengan mata sendiri :
 
Cantik kan Golden Palm Tree Resort,Sepang ni?. Bertaraf 5 bintang.
Official website : http://www.goldenpalmtree.com
Teruja bila membaca pengalaman dari SixthSeal
(Both Pictures kredit to SixthSeal )
 
Tentu lebih mempesona dapat experience dan melihat sendiri suasana bilik, suasana sekitar hotel, dan sebagainya. Tak dapat menginap pun, at least terubat juga di hati melihat keindahan hotel yang bertaraf 5 bintang ini.
 
2) Perjalanan dari mula nampak agak kelam-kabut sedikit. Especially part jemputan bloggers. Umm, ada Invite dari SelangorLicious, MySelangorStory, etc. Kalau lebih diorganizekan lagi, mungkin takdelah satu bas tu agak kosong je. The more people join in, the merrier kan? 
 
3) Goody Bag. Umm, saya takdelah teruja mana coz dalam tu mostly on promotional item . Kalau boleh, letakla something yang boleh dijadikan kenangan, i.e. Pen kenangan, KeyChain or Fridge Magnet Tourism Selangor pun jadi.
 
4) Name tag. Umm, nampak macam tiada fungsi mana. Just ada tag but we still didn’t get a chance to know more people. Masing-Masing buat hal sendiri. Mungkin boleh buat games di Pantai untuk memeriahkan lagi majlis i.e. Pertandingan Makan Cepat, Musical Chair, etc.. Takdela rasa dull sangat kan?. Cabutan bertuah pun tentu lebih memeriahkan. Siapa yang tak suka Cabutan bertuah kan?
 
5) Food. Some of the food saya rasakan tidak menepati standard Hotel 5 bintang. I.e. Roti Canai agak keras + kuah agak masin, Udang Kara tidak diperap lama, jadi kurang terasa rempahnya , Mee Goreng yang just “OK’. Apapun, saya suka ABC nya. Memang terbaiikkkk dan Love It.
 
6) Diskaun Penginapan untuk Yang hadir. Like myself, 2 jam drive.Penat juga tu nak memandu pulang pukul 10 malam+.  Yup, I still can’t afford diskaun 25% iaitu Rm500+ semalam. Memang teruja untuk menginap di sana, namun apakan daya.Tanya poket, bukan dalam budget saya. Maybe boleh negotiate higher discount, lagipun ianya will be a win-win situation coz bloggers will share their wonderful experience staying at this Hotel .Word of mouth is really a powerful tools nowadays.
 
7) Promosi, Promosi, Promosi.… Enough said, rasanya one of the main reason ramai yang tidak join event mempesona ini kerana masih kurang promosi. Saya nampak ianya ada di Facebook Selangorlicious dan juga entry dari a few bloggers. Most yang hadir di kalangan bloggers saya perhatikan mostly yang masih bujang. 
 
Opps, terlebih pula. Salah silap harap maafi, sepuluh jari dari eyriqazz tersalah kata dan bahasa ini. 
 
Overall, Great Event. Pro & Cons tu adatla dalam event ni kan?. Lagipun bukan mudah nak organize event sebegini. Special thanks to SelangorLicious dan Tourism Selangor for the Invitation. Free lagi tu, siapa nak kasi kan?Juga buat Golden Palm Tree Resort sebagai Sponsor utama Party ini. I have fun, my family enjoy it, great food, wonderful Experience, and A Million thanks from Eyriqazz Family. 
 
Sebelum terlupa, Jom Sama-Sama Join Contest Menarik (Foodster Blogging Competition)  dari Tourism Selangor dan SelangorLicious. Dateline dah tak lama lagi. Eat, Blog , and Win. Banyak hadiah menarik menanti, blom cuba belum tahu kan? More info, terjahi : 
 
 
Pengalaman Menguja di Selangorlicious! Sepang Goldcoast Beach Party!
Golden Palm Tree Resort, Enjoy it and Quite Happy
Delicious Food, Wonderful Experience, I Will remember it in My Memory
Special thanks to Organizer and Sponsor from Eyriqazz Family
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Selangor  saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

28 thoughts on “Pengalaman Menguja di Selangorlicious! Sepang Goldcoast Beach Party!|Golden Palm Tree Resort

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.