Parenting Tips | Payung Sebelum Hujan

Parenting Tips | Payung Sebelum Hujan (Credit Picture Here )

Sambungan dari entry Sediakan Payung Sebelum Hujan. Finally, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan wifey, dan agent insurans, saya membuat keputusan untuk mengambil insurans. Siap juga akhirnya.
Prudential BSN Takaful menjadi pilihan saya. Ambil yang RM150 sebulan, perlindungan untuk kematian,kesihatan dan juga sedikit tabungan. Itu je yang mampu setakat ini, ini the future mungkin boleh tambahkan.

Mula-mula memang nak ambilkan untuk Alisya. Tapi selepas penerangan dan komen di entry di atas, saya mengambil keputusan untuk ambil bagi pihak saya dulu (ketua Keluarga). Anything happen to me (minta dijauhkan) at least keluarga saya dilindungi . At least, untuk Alisya selain yang ini, saya sudah sediakan Tabung Bunian buatnya.
Mengambil iktibar dari Arwah Ayah dan juga Pak Cik yang both tiada Insurans peribadi. Kos hospital yang semakin tinggi kini (kalau hospital gomen, lagila susah….kena queue, dah almost terlambat baru dpt refer to specialist). Macam Mak saya, ada kami yang sudah bekerja. Macam Mak Ngah, kais pagi makan pagi, memang sedih tengok keadaan Mak Ngah. Mana yang mampu saya tolong, saya cuba tolong.
Berkongsi pengalaman dari komen entry Sediakan Payung sebelum Hujan :
@ Ana Admi : ALhamdulilah..insuran itu mmg penting..saya bpengalaman apabila membuat rawatan utk ibu sy di hospital pakar baru2 ni..sbb ape pakar? sy memilih sbb slalu mdpt layanan yg xsptutnye dr hosp kerajaan..ini adalah realiti.bygkn doktor mengesahkn ibu sy ade jangkitan paru2 tahap 2.. rawatan saje mencecah hmpir rm3k, bygkn perasaan sy mne nk cekau duit sebnyk tu.. tp alhamdulilah dengan plindungan Medical card pelan 3 in 1 dr etiqa takaful smuanye jadi mudah..alhamdulilah..;) so moralnye: sediakan la umbrealla sebelum basah ye..:)

Kata pepatah, malang tidak berbau. Sudah terngantuk baru terngadah. Jadi, cadangan saya, sediakanlah payung sebelum hujan. Insurans is a must especially buat ketua keluarga. Who knows what will happen in the future (kos sara hidup semakin meningkat, kerja yang tidak stabil, masalah kesihatan, etc)..
Special thanks buat my Agent (Mrs X) from Prudential BSN. Memang berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Mungkin lepas ni kita berjumpa lagi untuk Polisi Insurans wifey & Alisya pula.
P/s : Dah sediakan Payung sebelum hujan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Parenting Tips | Payung Sebelum Hujan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.