Harga Minyak @Petrol RON97 Naik Lagi |Semakin Besar Jurang antara yang Kaya dan…..

Harga Minyak @Petrol RON97 Naik Lagi (RM2.90: 5 Mei 2011)


Thanks to SharingInfoz, baruje pulang dari MyMydin, tak sempat nak isi minyak, tup-tup dengar berita besok harga minyak naik lagi? Tahun ini saja sudah lebih 3 kali harga minyak/petrol naik. Umm, saya pengguna Ron 97, bukan kerana kaya, tapi kerana saya pentingkan kualiti. Semakin banyakla perbelanjaan untuk kereta ini. Nasib baik tempat kerja Isteri tak jauh, takdelah terasa mana. Umm, asyik naik sahaja, katanya “ekonomi semakin bagus” namun kenapa asyik naik aja.

Ohh, Semakin Jauh jurang antara yang kaya dan sederhana/miskin

Harga Minyak/Ron 97 naik lagi 5 May 2011, esok hari
Semakin hari hidup semakin dibebani
Mencari sesuap nasi mencari rezeki
Jurang yang kaya dan sederhana/miskin semakin jauh kini

Politician sibuk bergaduh nak buktikan video seks terlampau sana dan sini
Nasib rakyat siapa mahu ambil peduli
Oh, Malaysia Boleh Sudah semesti
Apapun Boleh terjadi, kalau buat filem tentu “Box Office” ni

Harga Minyak/Petrol naik bukan isu semasa di mata “Politician” lagi
Pejamkan mata, pekakkan telinga , bising sekejap esok2 senyap la tu itu mungkin “mereka” fikirkan kini
Negara Pengeluar Minyak, ada bezakah itu dan ini?
Semua mahu naik, jangan sampai nanti rakyat pula memberontak suatu hari nanti
Masa itu, Sesal kemudian tidak berguna lagi….

Ohh,Harga Minyak tetap akan dinaikkan lagi
Masa akan menentukan, just wait and See

P/s : Ron 95, betulkah berkualiti? Mesti ada udang di sebalik Mee kenapa ianya tidak dinaikkan, cubalah selidiki…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Harga Minyak @Petrol RON97 Naik Lagi |Semakin Besar Jurang antara yang Kaya dan…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.