Aduan Pengguna Giant Malaysia dan Fresh & White

Baruje pulang dari The Mines. Sempatlah singgah dan shopping skit barang dapur di Giant, The Mines. Umm, wifey agak frustrated. Inilah aduan saya buat Giant Malaysia dan Fresh & White. Entry ini akan turut di CC kan kepada Giant Malaysia dan Fresh & White :


1) Yang dijanjikan, beli 2 paket Ubat Gigi Fresh & White percuma Satu Pinggan Corak Roselle Flora 9″ (wifey memang berkenan ngan warna pink tu) :

Yang dapat : Mangkuk Besar, Lain yang dikata,lain yang diberi…
Funnier Part : Pinggan Berjenama Darlie yang diberi (Ini sudah Consider Promote Competitor, Agak-agak Fresh & White Marah tak? )
Promosi di Berita Harian, hari ini : Promosi Giant Hari Ini Sahaja,29 Mei 2011
2) Janjikan Beli Dynamo Percuma Downy Pelembut Fabrik Sunrise Fresh Pek Isian Semula 400ml bernilai RM3.99

Di kaunter Dynamo, takde mention anything. So, we thought memang dah Ok. Dah bayar pun, takde pape…Masa redeem, sorry, dah abis barangan percuma itu. Umm , mengelirukan. Siap promosikan di Berita Harian, tapi inikah yang jadi?

IIt’s not about money , tapi aduan ini ditulis atas dasar hak seorang pengguna. Tak elokla mengelirukan pengguna sebegini. Janji mestilah dikota. I’m thinking nak buat aduan ini juga kepada National Consumer Complaint Centre tu. One reason promosi tidak seperti dijanjikan. Ianya mengelirukan …

P/s : Semaklah barang selepas membeli. banyak kes terjadi , saya kadang2 kurang ambil peduli, mujurla ada Isteri yang agak teliti…
UPDATED
@Terima panggilan dari wakil Fresh&White pada 30/5/2011. Katanya diorang akan gantikan balik dengan Pinggan seperti yang dijanjikan. Akan telefon kembali utk urusan penghantaran.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Aduan Pengguna Giant Malaysia dan Fresh & White

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.