Shocking|Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak


Entri saya sebelum ini [ Klik Here] ada membincangkan tentang risiko pengambilan gula berlebihan di kalangan anak-anak dan pengambilan “added sugar” yang berlebihan boleh memberikan kesan yang negatif kepada kesihatannya. Di samping itu betapa pentingnya menyemak label, semak nama tersembunyi/lain added sugar (carbohydrate,corn syrup,sucrose,glucose syrup solid & etc) . Kata pepatah, beringat sebelum kena, mencegah lebih baik dari mengubati. Juga, utamakan non added sugar products kepada anak-anak seperti air masak, buah-buahan (dlm kuantiti yang terkawal), dan makanan hariannya.

Antara pemakanan utama anak-anak yang tengah membesar adalah susu tepung(susu lembu) yang kita berikan kepadanya. Adakah kandungan gula di dalam susu tepung yang kita berikan kepada anak-anak mengandungi kandungan gula yang berlebihan? Umm,seriously, No Idea…Until….


Beberapa hari lepas, terlihat di TV tentang “Current Growing Up Milks Have too Much Sugar”, sehingga 13 sudu gula. Betulke? Tak pernah dengar pun…Macam tak percaya je…Kenapa sebelum ni sejak saya kecil sampai dah jadi bapa tak pernah terdengar pasal ni?


Curious, sayapun surf la website seperti di TVC itu iaitu http://www.semakgula.com.my . Yup, saya mahu tahu lebih lanjut kerana sepanjang pengetahuan/pembacaan saya, antara simpton pengambilan gula yang berlebihan adalah cavity gigi/hyper aktif. Umm,caviti gigi tiada pula pada alisya. Hyperaktif? Umm,takdela hyper, tapi aktif laa juga bagi seorang anak perempuan. Bukan normalke kanak-kanak membesar aktif? 

Buat pertama kali, saya mencuba susu Alisya yang kami berikan kini. Umm, sedikit manis laa juga. Semak label dan inilah maklumat yang kami perolehi untuk menyemak kandungan gula :


Setiap hidangan, 40g kandungan Carbohydrate 24 gram…

Teringat entry sebelum ini, the higher Carbohydrate, lagi tinggi kandungan gulanya. Kalau ikutkan peratus per serving, 24/40 lebih kurang 60%. Banyak la tu kan? Mean gula adalah paling banyak, more than 50%.  Better semak dulu :


Shocking, Kalkulator gula apabila input diisikan , kandungan gula dalam susu anak saya adalah 8-10 sudu teh gula tambahan , 33% gula tambahan. Umm,terkejut,terkejut..terus saya bincangkan dengan Isteri. No wonder sekarang ini, anak-anak yang berumur bawah 10 tahun pun sudah ada yang terkena kencing manis. It really caught me by surprise. 

Ianya betul-betul memeranjatkan kami. Adakah selama ini kandungan gula berlebihan dalam susu yang diminum oleh Alisya? Walaupun kami campurkan susu Alisya dengan susu soya dan juga nestum, ianya tetap memberikan impact kerana kandungan Susu lembu itu lebih banyak jika dibandingkan dengan susu soya dan nestum dalam susu Alisya.

Oh, Better late than never. Saya perlu bincang lebih lanjut dengan Isteri pasal hal ini. Yerla, anak-anak bukan mudah kalau mahu bertukar susu. Last time masa cuba bertukar susu, cirit-birit teruk Alisya dibuatnya. Apapun, untuk kebaikan, perlu lakukan sesuatu kan?


Ibu/Bapa di luar sana. Saya turut sarankan anda turut menyemak kandungan gula anak-anak anda di website ini http://www.semakgula.com.my  dan anda nilaikanlah sendiri. Rasanya anda pun mahukan yang terbaik buat anak-anak anda kan? 

Yup, every Parents mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan pemilihan susu Tepung untuk membesar adalah penting kerana ianya antara sumber utama untuk membekalkan nutrisi dalam perkembangan anak-anak. Kandungan gula yang berlebihan memang patut dielakkan ke arah yang lebih positif.

Andainya jawapannya anda pun sama macam saya (terlebih kandungan gula dalam susu tepung untuk membesar) , saya sarankan carila Susu Tepung yang lain yang mengandungi “No Added sugars” dan bolehla semak kandungan gulanya. Better late, than never. Better Mencegah dari Mengubati. Better berubah andainya ia untuk kebaikan.


Jangan Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga
Jangan kerana tersilap memilih susu, menyesal di kemudian hari pula
Belum terlambat, semaklah kandungan gula
http://www.semakgula.com.my , Sharing is Caring, itulah yang sebaiknya

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

46 thoughts on “Shocking|Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.