Pengalaman Bersama Air Asia

“Now Everyone Can Fly”, itulah matlamat dan fokus syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia yang kini sudah menawarkan penerbangan sehingga ke 20 buah negara, selain dari melakukan penerbangan domestik. Kelebihan AirAsia

Pada pendapat saya, AirAsia telah pun diterima baik oleh orang ramai. Buktinya, barisan di kaunter AirAsia untuk load luggage memang panjang, jika nak dibandingkan dengan kaunter syarikat penerbangan lain.

Sudah semestinya kelebihan paling ketara yang dimiliki oleh AirAsia berbanding dengan pesaingnya ialah harga. Bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menaiki kapal terbang sejajar dengan matlamat syarikat,  AirAsia menawarkan harga yang murah. Walaupun telah menawarkan harga yand sedia murah, AirAsia tetap mengadakan promosi dan menawarkan pakej-pakej yang menarik dari semasa ke semasa. Ini sudah semestinya menjadi faktor tarikan yang utama.
Secara peribadinya, saya telah menggunakan khidmat AirAsia ke 3 destinasi, iaitu Beijing, Pulau Pinang dan Tawau. Penerbangan pertama  ke Beijing, perjalanan dirasakan sungguh lama. Maklumlah, 6 jam perjalanan. Selepas 3 jam, duduk pun dah mula jadi serba tak kena. Seat AirAsia agak kecil, membuatkan saya dan para penumpang lain berasa sempit dan tidak selesa. Malah, saya terdengar orang sebelah menyebut perkataan ini “sempitlah”. Huhu..memang pun seat tu muat-muat untuk punggung ni je. Tak bebas nak bergerak-gerak. Duduk lama-lama, mahunya kebas punggung ni. Seat pulak taklah empuk.
dari Beijing, kami satu kumpulan rombongan mendapat seat dibahagian tengah. Flight pukul 2 petang, tapi kami dah diberi makan lunch pada pukul 11 pagi lagi oleh syarikat pelancongan. Flight pula ditunda. Jadi lambat sikit kami bertolak balik. Perut pun dah mula berkeroncong. Malangnya, setibanya pramugari di tempat duduk kami, makanan dah ‘sold out’, hanya tinggal coklat dan minuman je. Aduh! 6 jam perjalanan dan kami terpaksa berlapar?. Oh! tidak.
Penerbangan kedua, saya ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Setibanya di Airport Pulau Pinang, saya terperanjat melihat tempat lock beg dah kopak. Huhu…Saya tahu memang diorang campak-campak semua beg, mungkin beg saya ni terhentak dengan benda keras. Nasib baik ada beli insuran ketika booking tiket. Jadi, dapatlah juga pampasan.
Kekurangan AirAsia dan cadangan untuk AirAsia
Seperti yang saya nyatakan di atas, itulah dia beberapa kekurangan AirAsia yang saya sendiri rasai. Mungkin AirAsia perlu sediakan makanan lebih sedikit untuk penerbangan antarabangsa. Mengenai seat tu, saya fahamlah, berpadanan dengan harga yang ditawarkan. Mengenai kerosakan pada luggage tu, mungkin pekerja yang bertugas perlu lebih cermat semasa mengendalikan luggage.
Begitulah pengalaman dan pandangan peribadi saya. Pandangan anda pula bagaimana?. Anda juga boleh kongsikan pengalaman anda bersama AirAsia diruangan komen.
Tentang Penulis : Sya Isya, seorang blogger yang banyak berkongsi tentang isu-isu semasa dan begitu rajin join Contest Online. Hidup Adalah Anugerah, tagline begitu menarik sekali. Sukakan entry ini, sebagai tanda sokongan jom terjahi blognya : http://bit.ly/fRpJEU

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Pengalaman Bersama Air Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.