Penangan Janda Anak Dua|Badigool Bekas Adik Ipar!!!!!!!

Dayuss Punya Jantan!!! . Maaf, entry kali ini agak beremosi sikit. Saya sudah tidak dapat mengawal emosi ini. Hari ini saya cuti, jaga Alisya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkkan. Sakit hati dan memang Badigool Bekas Adik Ipar . 

Dipendekkan cerita, minggu lepas, hari Jumaat Malam, adik perempuan saya telah diceraikan dengan bekas adik ipar saya dengan talak satu. Tergila-gilakan Penangan Janda Anak dua.

Sebelum itu, dia memohon dari mahkamah untuk berpoligami dengan Janda Anak dua itu. Tergila-gilakan janda, adik saya syak terkena guna-guna. Adik saya tidak merelakan, dan dia menceraikan adik saya. Reason lain yang diberikan adalah dia sudah tidak cintakan adik saya lagi, adik saya tidak berubah, dan pelbagai alasan yang sukar saya terima. Katanya dia hanya gembira beberapa bulan selepas berkahwin ..WTFishhh….Sebelum kahwin pernah fikir masak-masak sebelum hantar rombongan sampaikan rumah tak muat yang datang?

Hello Assss….. Nobody perfect k? Kalau nak menuding jari pun, tudingla jari kat diri sendiri dulu?Mentang-mentang duduk berjauhan, adik saya di Putrajaya, dia di Terengganu, senang-senang bermain kayu tiga di belakang? Kantoi dengan adik bongsu saya dating di Pantai Teluk Ketapang, tapi masih taknak mengaku time itu?

Senangnya dikau memperkotak katikkan adikku. Habis madu, sepah dibuang. Kau ingat kau tu perfect sangat? Nafkah zahir pun selalu tidak dipenuhi, kasi wang jauh sekali. Bila diminta baru nak bagi, inikah ciri seorang Suami? Yes, saya pun bukannya seorang lelaki/Suami yang sempurna, tapi at least saya tidak dayus.. Menceraikan seorang Isteri dengan  panggilan telefon ..Di luar kawasan pula tu. Pengecutt.

What goes around, comes around….Sampaikan ibu saya demam-demam beberapa minggu dan menangis teresak-esak memikirkan hal ini. Teringat lagi kata Mak Semalam Kesedihan apa yang dibuat kat Adik ini, lebih sedih dari Mak Kehilangan Ayah”. 

Buat Wanita/Isteri di luar sana, berhati-hatila bila Si Suami mula berubah perangai dan nampak lain macam. Either dia ada masalah atau cuba mendatangkan Masalah. Ambilla langkah pencegahan sebelum terlewat.Give and take adalah sebaiknya.Sentiasalah bertolak ansur dalam perhubungan.Nobody perfect dan perbaikilah diri masing-masing. Ditujukan khas buat diri sendiri juga..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

61 thoughts on “Penangan Janda Anak Dua|Badigool Bekas Adik Ipar!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.