MasterChef Malaysia | KakInaKL dan Mat Gebu Bakal Berentap….

Sambil-sambil layan drama bersama Astro B.yond PVR, terperasan iklan MasterChef Malaysia. Wah, gempak ni, saya memang minat sangat-sangat MasterChef USA yang dimenangi si Whitney tu, memang best dok tengok masakan yang sedap-sedap dan skills memasak yang gempak habis.


MasterChef Malaysia dibawakan khas oleh Astro tak lama lagi 

Agak-agak kalau Eyriqazz join ada chance terpilih tak?

Dream on eyriqazz. Setakat masak Maggi dan Air Masak boleh la…Hik3, namun ura-ura dunia blogger semakin kuat mengatakan dua pakar masakan blogger yang saya cukup kagumi bakal menyertai MasterChef Malaysia ini, tak lain tak bukan ianya adalah :
1) Kak Ina KL ( kredit picture to Kak Ina KL )
Tengok Masakannya pun sudah kecur air liur ini
2) Mat Gebu @ TiffinBiru ( Credit Picture to Mat Gebu)

2 orang ni memang tak perlu disebut lagi. Memang cukup terkenal di dunia blogging dengan masakannya yang menggiurkan. Saya sendiri pernah merasa masakan Kak Ina KL, memang sedap. Mat gebu belum lagi, tapi kalau Kak Ina KL sendiri yang cakap sedap, memang confirm la sedap. Umm, tak sabar melihat mereka berentap di Gelanggang MasterChef Malaysia. Boleh kecur perut Chef-chef di Malaysia ni. Hik3, gurauje, sekadar cabaran buat mereka. Memang teringin nak tengok mereka beraksi di MasterChef Malaysia. Korang setuju tak kalau mereka join?

Apapun, kalau berminat nak join MasterChef ni bolehla terjah sini :


Entri berkaitan MasterChef Malaysia

P/s : Suggestion buat Astro, kalau MasterChef Malaysia ni turut ditayangkan di Channel HD, tentu lebih mengujakan. 

P/s/s : Korang sokong tak kalau Kak Ina KL dan Mat Gebu join MasterChef Malaysia ni?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “MasterChef Malaysia | KakInaKL dan Mat Gebu Bakal Berentap….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.