Lelaki Mulut di Hati, Wanita Hati di Mulut

 
Lelaki Mulut di Hati, Wanita Hati di mulut, itulah salah satu Informasi yang saya perolehi ketika menghadiri kursus dari Dato’ Dr. Hj Fadzilah Kamsah . Umm,saya sebagai lelaki mengiyakan ia dan :

Nisa Kay sebagai seorang wanita turut mengiyakan sama

Apakah maksudnya? Umm, maksudnya, lelaki lebih suka berkata-kata dengan hati. Apa yang mahu dikata disimpan dan dipendam di dalam hati. Lain pula wanita, wanita suka meluahkan apa yang dikata dari hati. Sebab itu, most yang keluar dari mulut wanita, usually itulah yang difikirkannya. Umm, Men Are from Mars, Women are from venus.
Sweetje Tengok Darkbatman dengan Nisa Kay ni
Sebagai seorang wanita, fahami la jiwa lelaki. Kalau lelaki itu diam dan tidak mahu berkongsi, terimalah seadanya coz most men lebih suka menyimpan di dalam hati dari meluahkannya. Hik3, until now my wife pun asyik cakap, saya sukar difahami dan suka berahsia.
Lelaki pula, fahamila jiwa seorang wanita. Hati wanita di mulut, sebab itu mereka lebih selesa berkata-kata, membebel dan juga makan ketupat. Oppss, lebih2 pulak. Usually, bila wanita ada masalah, mereka akan meluahkan kepada pasangannya. Sebagai seorang lelaki, terlebih dahulu, jangan cuba untuk mencari jawapan, dengari la kata hatinya, dengari la apa yang ingin dikatakan. Always, they already got a solution cuma mecari seseorang untuk meluahkan perasaan. So, mendengar/listen adalah amat penting bagi seorang lelaki.
Ohh, Hati wanita di mulut, umm :
Adakah Luahan Ini dari Hati??
Hik3, just kidding. Jangan marah ya Nisa Kay. Kalau ada jodoh tak ke mana kan? Tepuk dada ,tanya selera. Suka tgk gambar Nisa Kay dan Darkbatman ni, nampak begitu serasi dan secocok. Credit gambar buat Darkbatman dan Broframestone .
Kesimpulannya, buat lelaki, untuk memikat/menambat seorang wanita, jadilah seorang pendengar yang baik. Jangan cepat sangat memotong kata/memberikan solution. Buat wanita pula, jangan terlalu pushy/memaksa lelaki untuk meluahkan perasaan hatinya. Hik3, jiwa lelaki ini nampak je keras tapi “Dalam hati ada taman“. Pandai-pandaila mengetuk pintu hatinya, InsyaAllah terbuka dan sudi mengongsikannya.
P/s : Apa pula kata anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

37 thoughts on “Lelaki Mulut di Hati, Wanita Hati di Mulut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.