Broadband di Malaysia| Pengalaman Saya

Berkongsi Pengalaman, Broadband di Malaysia. Yup, broadband/internet amatlah penting especially buat blogger cam saya. Sebelum ini saya telah mencuba beberapa perkhidmatan broadband yang disediakan di Malaysia dan inilah pengalaman yang ingin dikongsi :
Subscribe 4 Desktop Modem dan juga Wiggy. Sempat try for 2 weeks. Cancel it. Kawasan rumah saya too congested dan ramai sangat pengguna P1 Wimax (Setapak, ramai student). Speed not up to my expectation dan seperti diinform, ianya bergantung kepada kawasan & bilangan pengguna di kawasan itu. Apapun, Customer Servicenya memang bagus. Pantas memberikan jawapan dan explanation.Pujian patut diberikan kerana Customer Servicenya honest dalam explain kenapa line slow etc.

Dapat free modem & Broadband Subscription selama 3 bulan masa menang contest yang dianjurkan bersama Nuffnang 2 tahun lepas. Umm, unluckily, masatu kawasan rumah saya bukan dalam kawasan coverage dan hanya boleh connect dengan Edge saja. Still, Customer Service memang bagus. Cepat dan pantas.


Sempat menggunakannya selama beberapa bulan. Subscribe to “Basic Plan” , RM68 sebulan. In term of coverage, memang terbaik. In term of speed, masih banyak yang boleh diperbaiki. Not up to my expectation dan seperti yang ditawarkan iaitu 512kbps, di banyak kawasan, the most i can get is around 100+kbps. In term of customer service, quite slow masatu. Respons agak lambat . Suggestion : Gunakanlah kemudahan twitter dan Facebook untuk berinteraksi dengan pengguna . Hope mutunya boleh diperbaiki in the future.
P/s ; Saya masih pengguna setia Celcom Postpaid phone but for broadband, umm, saya better pilih yang lebih memuaskan.
Teruja untuk subscribe bila nampak pakejnya agak berpatutan dan respons dari rakan yang pernah menggunakannya agak positif. Namun, main purpose mobile broadband untuk travel dan bila saya terjahi salah satu Storenya di KL Sentral dan coverage masih belum meluas, saya tak jadi untuk subscibe. One day mungkin.

Banyak komen negatif yang saya terima berkenaan Maxis Broadbandni dari rakan-rakan blogger. Namun, bila pertama kali mencuba Maxis Broadband ni pinjam adik ipar punya semasa di Ipoh, saya puas hati. So, saya subscribe to pakej RM48 sebulan/512Kbps . Till now masih menggunakannya untuk travel dan overall puas hati. Ipoh,Terengganu,Genting Highlands,Kelantan dan pelbagai lokasi lagi speednya up to my standard walaupun masih belum mencapai at least 70% dari speed yang ditawarkan.  Untuk travel, memang sangat berguna bagi saya wireless broadband ni. Congratz Maxis, anda berjaya mengubah persepsi negatif saya. Kata pepatah, belum cuba,belum tahukan?
Sudah lebih setahun saya subscribe dengan Blockbuster Deal, 1Mbps. Dulu-dulu memang ada problem dengan Streamyx ni. Namun sejak kemunculan pelbagai broadband di Malaysia ni, saya nampak banyak kesan positif. Line makin stabil, speed memuaskan, tiada cap dan memang saya berpuas hati .
Yess, dulu saya saya salah seorang yang kuat mengkritik Streamyx ni. Sampaikan 2 kali rasanya complaint saya adukan kepada SKMM(dapat rebat lagi) . But along the way dan mencuba pelbagai Broadband yang lain, I can say, Streamyx is the best for me.Banyak perubahan positif.  Happy with it dan tak sabar untuk bertukar kepada Unifi pula nanti. On the other notes, Customer Service quite slow dalam memberikan respons especially via email. Gunakanlah platform social media yang ada so lebih interaksi antara pengguna dan provider.
Overall, as pengguna , inilah cadangan dari saya buat semua Broadband Provider :
1) Improvekan on kualiti. Kalau janjikan 500kbps, tunaikanlah janji itu. Ini nak dapat separuh pun susah, tapi bayar tetap sama? Mana aci camni kan?Servis tak seperti dijanjikan tapi still kena bayar penuh. Win-Lose situation akan membuatkan pengguna beralih arah.
2) Cap/Limit . Umm, ni yang paling saya tak suka especially bila aktif menggunakan internet ni.
3) Free trial – Kasila at least sebulan untuk free trial so pengguna dapat menilai dengan lebih bijak. Masa di UK dulu, memang kasi free trial sehingga sebulan untuk internet .
4) Customer service – Banyak service provider yang masih belum menggunakan platform social media sepenuhnya. Gunakanlah ia, senang kami nak contact/complaint/giving feedback n etc.
5) Price – The lower, the better. Kos sara hidup makin meningkat, apa salahnya kalau kasi diskaun buat pengguna setia? Tak rugi pun kan?
Overall, saya boleh katakan, untuk mobile broadband, mostly ianya bergantung kepada kawasan/bilangan pengguna. Cam jalanraya la kan, lagi ramai, lagi congested. So, buatla pilihan dengan bijak.
P/s : Apa pula pandangan anda tentang Broadband di Malaysia? Apa service provider yang korang gunakan sekarang?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Broadband di Malaysia| Pengalaman Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.