Bekas Adik Ipar Yang Badigol Bikin Saya Panas Lagii!!!

Mak : Angah, sampai hati angah buat Lin dan Mak camni…
Bekas Adik Ipar/Angah (BIA) : Maaf mak. Saya tau banyak ‘bunyi-bunyi dan kata-kata” kat blakang tu.
Mak : Kenapa Angah tak bincang dengan Mak dulu? Apa salah Lin Angah?
BIA : Takpela mak.Dah bincang dengan lin. Dah bincang. Orang susah nak faham.
Mak : Susah sangatke Mak nak faham?
BIA : Takpela.dah bincang.dah bincang. (Dengan nada makin meninggi suara dan berlagak). Maaflaaa Makkk Oii… ( nada menyindir)
Mak : Mak takkan Maafkan Angah sampai bila-bila…
BIA : Taknak maafkan sudah… Tak kisah pun…
Itulah Lebih kurang perbualan Bekas Adik Ipar eyriqazz yang Badigol dengan mak saya selepas hakim memutuskan kes perceraiannya dengan adik saya di mahkamah. Hampir menitik air mata ini bila mak telefon. Dia sudah lukakan 2 hati insan yang paling saya sayang. Ada ubi ada batas, Ada lori, mintak2 ko kena langgar dengan lori tuu… Memang panas hati ini, sampaikan di mahkamah pun masih mahu sakitkan hati ibu saya…
P/s : Jangan terlalu mudah percayakan seorang lelaki. Lelaki memang pandai menanam tebu di tepi bibir… ( Bukan semua….)

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

37 thoughts on “Bekas Adik Ipar Yang Badigol Bikin Saya Panas Lagii!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.