Apa Yang Menarik Tentang Air Asia

Entry kali ini berkisar tentang Air Asia. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang jelas menghasilkan satu fenomena dalam dunia penerbangan komersial. Kenapa phreak-id katakan ianya fenomena? Kalau dulu, bila kita sebut je nak ke luar negara. Semua orang akan mengeluh. “Mahal lah nak beli tiket kapal terbang nanti“. Tapi sekarang, “orang Jitra nak mai KL pun nak naik flight. Sebab murah cheq oi!!


Air Asia ditubuhkan pada 1993 dan mula beroperasi pada 1996. Walaupun syarikat ini mengalami kerugian pada peringkat awalnya, tetapi tuah syarikat tersebut jelas berubah setelah ianya dibeli oleh Tony Fernandes (kini Datuk Seri Tony Fernandes) pada harga Rm1 pada 2 Disember 2001. Kalau di imbas kembali, situasi tersebut menjadi isu panas dan bahan jenaka hampir semua media, kalangan menteri dan orang awam. Tetapi, di bawah Datuk Seri Tony Fernandes, Air Asia jelas mengalami satu proses transformasi yang terlalu berjaya sekaligus kini menjadi satu jenama yang bukan sahaja terkenal di rantau Asia, bahkan di seluruh dunia.

Apakah faktor-faktor kejayaan Air Asia? 
Pada pendapat phreak-id, Air Asia di uruskan dengan bijak oleh individu bijak yang disokong oleh strategi pemasaran yang terbaik. Kalau tidak masakan Syarikat yang dahulunya mengalami kerugian ini mampu berubah menjadi Syarikat unggul dan contoh kepada Syarikat-Syarikat penerbangan yang lain?


Apakah strategi pemasaran yang dimaksudkan?

Kalau dilihat dari promosi-promosi yang diwujudkan, ternyata Air Asia sememangnya “bullish and optimistic” seperti yang Datuk Seri Tony Fernandes war-war kan. Tapi apakah servis yang diberikan setaraf dengan apa yang dibayar?


“YA!”


Walaupun terdapat perbezaan yang ketara antara harga yang ditawarkan oleh Air Asia dengan syarikat penerbangan lain, tetapi servis yang diberikan hanya berbeza sedikit sahaja dan tidak terlalu keterlaluan kekurangannya. Ramai pengguna mengutarakan masalah logistic di LCCT yang penumpang perlu bergerak jauh untuk ke Kapal Terbang, tetapi pengguna juga haruslah lebih realistik dengan servis yang diberikan kerana ianya berpadanan dengan harga yang dibayar.


Kalau bercakap mengenai pengalaman, phreak-id belum pernah menaiki syarikat penerbangan lain, maka tidak adil lah kalau phreak-id cuba membandingkannya. Pernah suatu ketika dahulu ketika menghadiri kursus di Jitra, Kedah, phreak-id berbual dengan Flight Attendant mereka, bagi phreak-id, mereka bukan sahaja cantik tetapi juga peramah dan bersedia untuk membantu penumpang.


Walau bagaimanapun, pada pendapat phreak-id, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan lebih-lebih lagi dari sudut pengiklanan yang kadang kalanya agak mengelirukan. Selain itu, amat wajar kalau Air Asia menekankan para stafnya agar menjaga tingkahlaku ketika di waktu berkerja selain selain melarang isu kerja dibincangkan di luar waktu bekerja atau mempamerkan gambar-gambar kurang sopan ketika memakai uniform. Ini telah dipraktikkan oleh Singapore Airlines dan ianya amat penting dalam menjaga imej syarikat berkenaan.



Selain itu, sedikit cadangan buat Air Asia, pengiklanan melalui media elektronik perlu diperbanyakkan lagi bahkan ianya lebih praktikal pada zaman sekarang ni. Bukan untuk menafikan kelebihan untuk beriklan di media cetak, tapi bayangkan seorang pengguna yang terbaca mengenai iklan-iklan tersebut ketika membaca iklan di akhbar (seperti promosi Buy 1 Free 1 pada 1 April lepas), pengguna bagaimanapun tak mungkin dapat terus masuk ke laman web untuk membuat tempahan pada waktu tersebut. Tetapi sekiranya pengguna tersebut terpandang iklan ketika online, secara tak langsung, hanya dengan satu klik sahaja, terus membawa pengguna ke laman web untuk tempahan.

phreak-id : Iklankan kat blog-blog macam phreak-id.com la.  :p

Tentang Penulis : Phreak-ID , seorang Papa blogger yang semakin aktif berblogging selepas berjaya dipujuk oleh sifunya : Bean Moreno . Penulisan yang semakin matang dan pelbagai, dari isu semasa dan juga personal. In Person, seorang yang sangat Cool dan seronok berborak .
Juga telah dilantik sebagai Duta tak rasmi Produk Jus Mate dari Dr. Rozmey bersama kembar tak seirasnya, CheArmster

Comments

  1. J.M.R says

    tp aku sgt tak bpuas hati ngn FA air asia berbdning ngn co lain…mybe diorg ptot upgrade cara communicate diorg..

  2. ketawariang says

    naik AA ke bandung…fuh masa blk ke Msia, dia punye FA – stewardess memang mengancam! dengan muka baru bgn tidur, rambut xikat,xkemas langsung… ape la.. tiket AA pn mahal juga kalau ikutkan… sbeba byk charges yg kena byr..

  3. says

    argh benci.. benci.. Dr Rozmey tak amik aku jadi Duta lagi.. haha. Anyway thanks a lot bro.. Naik jap trafik aku. Hehe

    Terbaru >Man United 2 – Chelsea 1 (Aggregate 3-1) >Kenali Telur Palsu Atau Original >Special Post : Apa Yang Menarik Tentang Air Asia

  4. Myvitrd says

    wah gmbar pramugari tu yg tak tahan bro.. aku balik umah dululah.. hahaha

    P/S : sepanjang aku guna perkhidmatan Airasia aku berpuas hati..

  5. ketawariang says

    huhu mmg mengancam terancam tau…plak tu masa tu sorang FA dia sombong…. susah senyum tu….
    mtang2 da dpt keje kt AA, nak sombong…sbb bkn snang nk jdk FA AA ni…

  6. says

    @Ms and Mr Red Ribbon :bergantung juga..sometimes time bukan promo..harganya jauh lebih murah jika dibandingkandengan syarikat penerbangan yang lain di Malaysia…

  7. says

    @phreak-id :dah kena buangke coz promosi korang tak menjadi utk filem dua alamtu?takpe2..nanti AC Mizal jemput ko jadi duta gelang dia..dengar cite, banyak kosong…

  8. azizurrahman b abd rahim says

    saya,aziurrahman b abd rahim.saya baru tamat kursus dalam bidang flight attenfant.saya ingin berkerja di bawah team group.air asia.adakah company nie mengambil pekerja baru?sekiranya ada kekosonggan jawatan yang saya mohon nie,(pramugara).saya harap pihak tuan dapat memberikan kerja sama,dengan pihak saya.akhirn sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih,saya berikan nombor handphone saya kepada pihak tuan,untuk sebagai urusan. 014 9969811.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing