≡ Menu
Baruje lepas menerjah KFC Wangsa Maju (sebelah Carrefour) malam tadi. Isteri teringin sangat nak makan KFC Chicken Chop. So far, dia sukakannya. Apapun, ada sedikit insiden yang tidak disenangi dan ini adalah aduan Saya buat KFC. Aduan ini akan saya cc kan ke http://www.kfc.com.my/about-contact.php 



Inilah aduan saya :

Sebelah Kiri, Jagung yang disediakan bersama KFC Chicken Chop, sebelah Kanan, yang add On, RM1 (untuk Alisya)
Sebelah kiri ,tiada masalah. Sedap dan memuaskan. Sebelah kanan, sudah rosak, rasa masam dan macam sudah lama. Dari gambar pun sudah boleh bezakan, satu cantik, satu lagi sudah berubah warna.

Nasib baik saya sempat merasa dulu, kalau biarkan Alisya makan dan tiba-tiba sakit perut/keracunan makanan, siapa nak tanggung? 

Yang menimbulkan ketidakpuashatian, saya pergi balik ke kaunter dan tunjukkan balik Jagung yang rosak tu. Siap saya  cakap, “Adik, jagung ni rosakke? ” Umm, dia siap tengok saya, dan jawab , “Tak tau” dan buat dunno je.Terkebil-kebil macam orang bodoh saya dibuatnya. Umm, ini ke cara melayan pelanggan? Saya memang pengguna setia KFC&Pizza Hut dan setakat ni tiada insiden sebegini. RM1 pun, ianya tetap hasil titik peluh saya bekerja. 

Takkan sebab Customer Ramai menunggu , Customer Service pun terus tak “OK? “

Itu saja aduan saya. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Insiden sebeginilah yang boleh membuatkan pengguna boikot dan merajuk  hati. Harap ada jawapan positif dari pihak KFC.

P/s : Umm,dimana agaknya “Customer is Always rite” ? 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

  • Fazlinil Irma 24 April 2011, 4:04 pm

    apa salahnya kalau rasa dan tukar. rasanya tak sampai dua minit.

    Reply
  • Myvitrd 24 April 2011, 4:05 pm

    bagus eyriqazz.. kita ada hak.. mungkin kerana kesilapan kecil sebahagian staff KFC ni menyebabkan nama jenama KFC buruk satu malaya..

    selamat anak hang tak makan jagung basi tu..

    Reply
  • Kancilbiru 24 April 2011, 4:09 pm

    jagung sebekas tu pun dia nak berkira kan..apa salahnya ganti jer satu…

    nasib si kecik tu tak makan..buat nya sakit perut cirit birit dah ke satu hal pulak..

    Reply
  • Cik NurulZaty 24 April 2011, 4:11 pm

    hmm
    yes u should just reveal about that.
    maybe ramai yg kena tapi x brani complain kan..

    :)

    Reply
  • Sharinginfoz 24 April 2011, 4:13 pm

    macam mana boleh jual jagung yang berbeza ni, ini tak boleh jadi..

    Reply
  • me | is | aku 24 April 2011, 4:48 pm

    teruknye service.*sigh*

    Reply
  • Peja 24 April 2011, 5:04 pm

    kalau Peja, ntah2 Peja campak kt muka die… (tupun kalau time tu mood xbrape ok la)

    Reply
  • ! Sam Posmen ! 24 April 2011, 5:10 pm

    selalu gak pegi kfc wangsa maju ni. hehe. so far ok je servis dia.

    mungkin haritu eyriqazz tak bernasib baik. customer is not always alright tapi bagi kes ni keputusan buat komplen tu memang tepat. ada ketika kita kena tahankan hak kita sebagai pengguna

    Reply
  • Farhana Jafri 24 April 2011, 5:14 pm

    hamboi~ bgusny service! klau ye pon pnat, customer frst la.. mcm mne dorang boleh cuai x cek dlu trikh luput mkanan tu.. nsib dax kcik tu xmkan… tndakan yg bijak :)

    jemput singgah ANASAURUS :)

    Reply
  • Dilakochan 24 April 2011, 5:35 pm

    adekah staff nya melayu?

    elok la aduan gini terus di Cc ke KFC, biar mereka bukak mata skit.
    walaupun isu nya RM1.. Tetap duit hasil titik peluh kita..

    Reply
  • Azam Shah 24 April 2011, 7:37 pm

    staff kfc ni kuat mengulaq~! sabaq2..

    Reply
  • ndz_an 24 April 2011, 7:50 pm

    Pekerja KFC mmg cam hampeh, walaupun x sume..

    sy penah kena dulu, dekat 1 mall di negeri pantai timur. kat ayam kfc sy de BULU ayam,masih melekat,nmpk sgt diorang basuh ayam tu x bersih..
    tp bila sy tegur kat pekerja kaunter yg serve sy, diorng wat x tau je.
    Bila sy dh bising2, bru manager dia tukar ayam sy. Tu pun muka nmpk sgt x ikhlasnya. hilang selera nk mkn, sy terus keluar dri kfc tu..
    Pengajaranya, sejak haritu sy x mkn dh KFC..
    huhuhu…

    Reply
  • joegrimjow 24 April 2011, 10:27 pm

    smlm nak pergi try chicken chop tu (ceh kantoi makan kfc) lepas tu masa berato, jeling org beli, hahaha, sangat kecik dan tidak mengiurkan

    cancel beli =)

    Reply
  • [z@ck] 24 April 2011, 11:28 pm

    maybe certain pekerja KFC je yang tak ok.tapi mmg tak patut la dia buat macam tu.

    Reply
  • mama tisya 24 April 2011, 11:41 pm

    lps ni dpt mkn free kfc plak mcm yg komplen kt mcd aritu..tp apa2pn kita sbg pengguna mmg ada hak utk komplen

    Reply
  • MIRZA 24 April 2011, 11:51 pm

    saya pon makan dah chic chop tuh.. ok ler.. tak sangka kat kfc pon ada perangai camnih.. nih nak kena lebih ati² makan nih.. bagus bro buat aduan tuh.. mmg nampak beza yg ok dangan tak.. hmmm..
    one more thing… thanks a lot bro atas teguran pada blog saya.. akan cuba untuk improve.. tq.. :)

    Reply
  • Suliana 25 April 2011, 12:00 am

    nmpk gmbr pun dah tahu, jagung tu dah kecut. nsb baik alisya x mkn dulu..

    Reply
  • Matjoe 25 April 2011, 12:29 am

    ayat awak kene macam ni: aku bakar kfc ni kalau ko tak gantikan jagung busuk ni dgn satu set dinner plate. agagaga

    bro kita lepak lunch, minum petang payah skit, just wifey and kid at home skng

    Reply
  • Eyriqazz 25 April 2011, 12:46 am

    @Fazlinil Irma :tuhla kan..Inilah mentalilti yang patut dikikis..short term gain but long term pain…

    @Myvitrd A:tuhla..kalau anak aku cirit birit kalau termakan tu..sah2 aku pi saman kfc…

    @Kancilbiru :tuhla pasal..eden ni kalau bagus memang saya kata bagus,mana yang kurang,akan saya tegur …

    @Cik NurulZaty :haah..i reveal ni pun untuk ke arah yang lebih positif…

    @Sharinginfoz :umm..no komen part tu..tertanya2 juga…

    Reply
  • mamasuri 25 April 2011, 12:46 am

    bagus komplen..
    diorang ni jgn bagi muka sgt…
    kte sebagai pengguna kte kena berani tunjuk hak kte..

    Reply
  • Eyriqazz 25 April 2011, 12:51 am

    @me | is | aku :umm…

    @Peja:hik3,budi bahasa budaya kita bro

    @! Sam Posmen ! :yup bro..so far dah lebih 10 kali terjah mmg tiada problem..this time,ummm…yup..kita kena pertahanankan hak pengguna….

    @Farhana Jafri:haah….fast food lain kalau hal camni, automatik terus dia ganti ngan baru dan apologize..ni buat muka 20 posen je..memang hangin satu badan

    @Dilakochan :yup,staff melayu..lelaki…haah,RM1 je ,itu duit kita…

    @ndz_an :inilah yang saya maksudkan..cam kes awak,terus awak boikot..ke tak rugi kfc in the future?myself,i still believe in their service..tapi kalau tiada respons positif dari complaint ini, i might consider it….

    @joegrimjow:hik3..siap cancel..my wife suka….so..saya belikanje laa…

    Reply
  • FAZLINA AZIZ 25 April 2011, 12:52 am

    tu lah,rasa rasanya,staff kfc lah paling teruk sekarang.rata rata kfc yg sy pergi (dekat kelana jaya) kebanyakan nye staff dia malas nk bersihkan meja lepas customer hbs makan.dan sisa atas lantai dibiarkan je.

    Reply
  • Eyriqazz 25 April 2011, 12:53 am

    @[z@ck]:yup..inilah yang saya maksudkan,kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..

    @mama tisya :saya tak mengharapkan makanan percuma kalini..cuma mengharapkan mereka apologize dan perbaiki mutu in the future…

    @MIRZA :mana3 pun kena berhati2 dalam hal camni..pernah makan di hotel 5 bintang,breakfast..ada rambut..siap ketua chef dia dtg dan minta maaf dan sebagai token of appreciation, dia kasi diskaun …

    @Suliana A:tuhla..alisya sempat kuis je skit2..dia tgkje terus dia taknak makan..diapun tahu mana elok,mana tak elok…

    @Matjoe:hak3..bagus gak idea bro tu….lunch..umm..sound good,….

    Reply
  • yangbaik 25 April 2011, 1:02 am

    memang tak patut kfc buat macam tu… saya setuju walaupun RM1 ia adalah hasil titik peluh kita dan jangan kerana RM1 kfc dapat malu pulak… huhuhu

    Reply
  • farra8979 25 April 2011, 1:08 am

    patutnya budak KFC tu mintak maaf n tukar. abis citer.. customer pun x de la sakit ati nk makan kat KFC lg, kan…

    Reply
  • hazman aka species1980 25 April 2011, 1:33 am

    inilah salah satu keburukan bisnes francais di mana jenama itu akan kesan secara tidak langsung andai berlakunya kes seperti ini….. supervisor patut pantau prestasi keje staf bawahan diorang nie….dan staf itu sendiri perlu ada inisiatif untuk selesaikan masalah mudah sebegitu

    Reply
  • syariza09 25 April 2011, 1:36 am

    alisya mmg bernasib baik. kalo dak asyik memerut jer la…saya dh banyak dengar aduan pasal kfc ni

    Reply
  • far_east 25 April 2011, 1:53 am

    staff dia jawab macam tue ker? iskk tak patut betul laa..

    Reply
  • ejaMaria 25 April 2011, 3:38 am

    eiii… ada ke cakap ‘tak tau’… nak kena herdik ‘ape nko tau’ gak nye… sabor je… haih

    Reply
  • C.M.A @ CikMoonAdnan 25 April 2011, 7:07 am

    hmmm sepatutnyer cara paling mudah utk dia.. tukar je yg baru.. bukannyer buat xtau..huhu

    Reply
  • Miza Yusof 25 April 2011, 7:15 am

    gunakan kuasa sebagai pengguna/pelanggan. kita berhak bersuara. tapi tak berpuas hatilah cara staff tu jawab “tak tau”

    Reply
  • Eyriqazz 25 April 2011, 1:03 pm

    @mamasuri:yup..itula pegangan saya..kalau bagus,saya katakan bagus,kalau tidak saya katakan tidak,kalau perlu ditegur/complaint..i will do so…

    @FAZLINA AZIZ :umm..dalam bisnes makanan ni..sepatutnya,kepuasan pelanggan patut diutamakn..satu pelanggan boleh tarik balik more than 10 pelanggan..word of mouth…

    @yangbaik:haah..even klau 10 sen kalau saya rasakan tak patut,saya tetap akan complaint..it is not about money,but about customer right..

    @farra8979:haah..sepatutnya begitula…

    Reply
  • Eyriqazz 25 April 2011, 1:06 pm

    @hazman aka species1980 :setuju 110% ngan pandangan bro…

    @syariza09 :tuhla..kalau kerap sangat jadi camni..i don’t mind to ban KFC too from our list..byk lagi restoran yang ok…

    @far_east :tuhla…kalau tak kerna fikirkan budi bahasa budaya kita,saya lepuk2 dah dia

    @ejaMaria :umm…dah almost 24jam,…masih belum ada feedback dari KFC…

    @C.M.A @ CikMoonAdnan :yup..itula yang sebaiknya..klaau tak percaya,try test sendiri makanan tu

    @Miza Yusof :haah..memang tak puas hati

    Reply
  • blog-tips-kurus 26 April 2011, 5:12 am

    KFC maju junction pon servis tak bagus dan lem—!! Tolonglah tingatkan mutu sevis pada waktu lunch Jumaat.
    (dah fwd ke komplen ni kat mgt depa?)

    Reply
  • rionix 30 April 2011, 12:14 pm

    yeke diorang wat camtu? tak patut betul. kalau barang sedekah pun tak boleh sedekah barang basi/berkulat/rosak.

    patutnya mintak maaf dan ganti la.. bukan mahal sangat pun berbanding keuntungan yg da byk tu.

    pekerja dia pun kje dapat gaji. tanggungjawab kne ade.

    Reply
  • nickita 20 June 2011, 2:57 pm

    ADUAN
    di care4 ampang 19 june
    kfc telah membuat pertandingan
    untuk kanak2.pemilihan pemenang dlm pertandingan tdk memuaskan pelanggan termasuk saya pun.mereka memilih bangsa sendiri sebagai pemenang.ade beberapa peserta pertandingan telah membuat dgn baik tapi tdk dpt.perkara ini telah berlaku 2 kali.kenalah sdil

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »