Pengalaman Berkursus di Balai Bomba

Ingat senang ke jadi bomba ni? Hik3, baru sempat nak update entry ni. Bila dah pi kursus di Balai Bomba,Shah Alam Selangor  ni a few months ago barula lebih terasa betapa pentingnya Bomba bagi masyarakat. Actually, jadi bidan terjun, boss tak dpt pergi,so saya yang ganti.
Kecik-kecik dulu pernah bercita-cita nak jadi Ahli Bomba. Siap join Kadet Bomba dan Penyelamat masa sekolah menengah
Mula-mula…Pastu….
Camni cara menyembur yang betul
Api, kecil-kecil jadi kawan, dah besar jadi lawan
Semakin Marak semakin panas
Jom Semburrrr…
Kereta Bomba.Satu kereta bomba dan peralatannya almost cecah RM1 Juta
Banyak yang saya pelajari ketika berkursus di Balai Bomba ni, antaranya yang ingin dikongsi :
1) Pastikan kunci rumah diletakkan di tempat yang mudah dicapai dan diambil. Pernah ada kes anak dan maid mati rentung di depan mata jiran-jiran kerana tidak dapat membuka pintu.
2) Didik anak-anak dan ajari mereka ilmu berkenaan kebakaran ini.
3) Seelok-eloknya, beli satu alat pemadam api di rumah. Sediakan payung sebelum hujan. Oh,saya pun belum beli lagi. Hik3..
Last but not least, senyum sejenak bila dengar ceramah Ketua Bomba tu, inilah yang pernah dikata oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad tentang Bomba ” Bomba, Tak Penting tapi Perlu” . Hik3, mungkin dia sekadar berseloroh timetu rasanya.
P/s : Secara peribadi, saya lebih mengkagumi anggota bomba dari anggota polis. Apa pula kata anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Pengalaman Berkursus di Balai Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.