Pandangan Saya tentang Maxis10 Reviewers Programme


First of all, jutaan terimakasih buat Maxis especially buat April Yim dan Fiona kerana memilih saya sebagai salah seorang Maxis 10 Nokia E7 Reviewer . Satu pengalaman yang amat berharga sebagai seorang blogger yang boleh dikatakan masih baru dengan dunia Smartphone ini. 

Overall, program Maxis10 ini adalah satu inisitif yang amat bagus dan patut diberikan pujian kerana ianya memberikan peluang buat bloggers especially merasai sendiri review smartphone/gadget dalam tempoh yang diberikan. 

Ditambah pula, No strings attached, means review adalah bebas dan pujian, kritikan, kelebihan,kekurangan dan apa saja bebas dilontarkan. Jadi bloggers tidak terikat dan akan ada reward iatu Smartphone/gadget itu akan menjadi milik reviewer sekiranya review yang diberikan memuaskan dan menepati citarasa. Setakat ini, boleh dikatakan semua reviewer membawa pulang Smartphone/Gadget itu yang bernilai Ribuan ringgit, antaranya IPhone 4, Blackberry Torch, Nokia N8 dan pelbagai lagi. 

Minggu ini, genap 2 minggu tempoh review program saya, jadi saya ingin membuat cadangan tentang Program Maxis10 ini :
Suggestion/Cadangan

1) Tempoh review mungkin boleh dipanjangkan i.e. 3 minggu. 2 minggu rasanya terlalu singkat especially for us yang bekerja full time dan bekeluarga. 

2) Selection of Reviewer – Saya perhatikan most reviewer yang dipilih adalah blogger yang menulis tentang gadget/technology. Mungkin boleh dipelbagaikan lagi coz on technical term/specification of product/ users can google it online. Myself, saya lebih teruja membaca review dari pengguna baru, dan hand on experience. Most people don’t understand much on technical jargon, jadi selection yang lebih pelbagai akan membolehkan pembaca selesa dan memahami tentang sesuatu produk itu.


3) Survey/Application Form http://www.surveymonkey.com/s/Maxis10BBT

Antara main point yang perlu ditulis adalah Unique Visitors, aktif di Social Media, Write a short paragraph on why you consider yourself influential. Suggestion mungkin selain dari form ini, bolehla meminta blogger buat satu entry di blog sendiri kenapa mahu terpilih dalam program ini . Selain dapat create “More Buzz” , gaya penulisan, kreativiti dapat dinilai dalam membuat pilihan .

4) Special Website on Maxis10 reviewer program
– Currently compilation/review on it diletakkan di http://apps.facebook.com/maxis_ten/ , integrated dengan Facebook. Umm, apa yang saya perhatikan, loading page/website ini agak perlahan jika dibandingkan dengan Facebook sendiri. Tidak pasti adakah ianya kerana My Broadband Connection? Website lain ok ,apa pula pengalaman anda?. Agak sayang kerana bila slow ni, biasanya pembaca akan close/tekan X dan tidak dapat membaca review yang lain tentang sesuatu produk untuk membuat penilaian sendiri.

5) More Reviewers if Possible
The more, the merrier kan? Sebabnya semakin ramai yang berminat untuk jadi reviewers+More Buzz+lebih banyak idea,review,feedback yang dilontarkan. In turn, ianya akan menjadi win-win situation for both Maxis, Reviewer, dan Pengeluar Gadget itu. 

6) Tips/Tricks to become Reviewers
Mungkin Maxis 10 boleh kasi sedikit tips apa yang diperlukan untuk terpilih sebagai reviewers. Myself, apply 3-4 kali juga sebelum terpilih. Feedback yang saya terima dari wakil Maxis dan juga rakan-rakan yang pernah jadi reviewers adalah Keunikan sesuatu blog, Visitors, gaya penulisan, niche blog, dan pelbagai lagi. Nanti kalau sempat saya buat satu entry pandangan peribadi berkenaan Tips untuk terpilih Sebagai Reviewers.

Maxis 10 Reviewers Programme menarik dan menguja
Peluang buat bloggers review produk yang mempesona
Teruskan ia, satu program yang berjaya
Best of Luck dan Terimakasih dari Saya

Orang Berbudi Kita Berbahasa
Orang Memberi Kita Merasa
Tak salah ada Wish, tuah manusia siapa yang menduga
Oh, alangkah indah kalau berpeluang Review Iphone 5 di masa hadapan pula

P/s : Umm, kalau dapat menang IPAD 2 , best juga kan?


P/s/s : Apa pula pandangan anda tentang Maxis10 Reviewers Programme?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Pandangan Saya tentang Maxis10 Reviewers Programme

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.