Nokia E7 Review| Pandangan dari Miza Yusof/Guest Writer

Assalamualaikum. Hai! Saya Miza Yusof. Miza merupakan blogger jemputan di blog Eyriqazz.com yang dijemput untuk menceritakan pandangan peribadi tentang Nokia E7. 
 
Nokia E7
 
Seperti yang kita semua ketahui, baru-baru ini Nokia telah melancarkan telefon pintar atau “Smartphone” terbaru  iaitu model Nokia E7. Pasti ramai penggemar gadjet akan berebut-rebut untuk mendapatkannya. Jika diperhatikan reka bentuk Nokia E7 seakan-akan menyerupai Nokia N8 namun pasti ada kelebihan masing-masing.
 
Antara kelainan Nokia E7 ialah rupa luaran/reka bentuknya yang seakan-akan menyerupai mini laptop. Ini juga sebagai salah satu alternatif peganti kepada laptop.
 
Pandangan peribadi tentang Nokia E7 ?
 
 
Pertama kali Miza memandang Nokia E7 terus jatuh cinta pandang pertama, “WOW”.  Kagum dan teruja melihat reka bentuknya yang seakan-akan laptop mini. Dari segi rupa luaran Nokia E7 sememangnya kelihatan seperti laptop mini namun sebenarnya Nokia E7 merupakan sebuah telefon pintar. Melalui pemerhatian Miza, reka bentuk Nokia E7 kelihatan sangat professional dan eksklusif.
 
Papan kekuncinya pula direka khas dengan butang penuh “full QWERTY”. Butang-butangnya juga kelihatan sangat lembut atau “soft keys”. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pengguna Nokia E7 sekiranya ingin menaip. Semestinya keselesaan diutamakan selain daripada aplikasi kemudahan skrin sentuh yang disediakan.
 
Saiz atau diameter Nokia E7 juga kelihatan sedikit tebal ini juga satu kelebihan sekianya dipegang. Saiznya yang tidak leper seperti sesetengah telefon bimbit yang lain, pasti memberikan kepuasan kepada pengguna semasa memegangnya.
 
Kelebihan dan kekurangan Nokia E7 pada pandangan Miza ?
 
Setiap benda ciptaan manusia pastinya tidak terlepas dengan kelebihan dan kekurangan sesuatu produk tersebut, begitu juga dengan Nokia E7. Nokia E7 tampil dengan ciri-ciri yang menarik. Antara kelebihan dan kekurangan Nokia E7 ialah:
 
Kelebihan:
 
 Sebagai peganti laptop. Reka bentuknya yang professional dan menyerupai laptop mini. Skrin bersaiz 4 inci yang mendongak pada sudut pandang yang semulajadi akan memberikan keselesaan sebenar kepada pengguna. Nokia E7 juga dilengkap dengan papan kekunci berbutang penuh “full QWERTY” yang akan memudahkan kerja-kerja menaip. Disamping itu juga butang-butang pada papan kekunci kelihatan lembut atau “soft keys”.
 
Nokia E7 dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel dengan zoom digital. Ini satu kelebihan dimana pengguna dapat merakam foto dan video yang berdefinisi tinggi (HD). Pakej penyambungan terus ke televisyen juga disediakan dengan menggunakan kabel HDMI.
 
Nokia E7 disediakan dengan perisian multimedia terkini dimana pengguna boleh melindungi data-data penting dengan F-Secure Anti-Theft
 
Kamera flash Nokia E7 boleh digunakan sebagai peganti kepada lampu suluh sekiranya bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
 
Nokia E7 flashlight – Cahayanya yang terang dan bersinar. Sebagai alternatif peganti lampau suluh.
 
Kekurangan Nokia E7:
 
Disebabkan Miza belum berpengalaman menggunakan Nokia E7, Miza sendiri belum pasti apa kekurangannya. Tapi berdasarkan kajian yang Miza buat dengan membaca beberapa ulasan tentang Nokia E7 ramai mengatakan menunya yang sedikit serabut, seringkali “hang” jika banyak aplikasi dibuka dalam sesuatu masa. Kekurangan Nokia E7 pada pandangan Miza pula ialah:


Memori dalaman yang tersedia 16gb,  malangnya tidak boleh ditambah. Penggunaan kad memori juga tidak disediakan. Sekiranya seseorang pengguna Nokia E7 yang suka merakamkan aksi bergambar atau rakaman video sebagai kenangan pastinya memori yang tersedia tidak mencukupi. Oh, ini agak mengecewakan.


Oleh kerana Nokia E7 merupakan telefon berkamera 8 megapiksel, mungkin reka bentuknya boleh ditingkatkan lagi dengan mereka penutup pada bahagian kamera. Ini juga penting untuk melindungi/menggelakkan kamera bercalar atau rosak dan sebagainya.
 
 
Nokia N79 dilengkapi dengan penutup kamera.
 
Nokia E7 tanpa penutup kamera
 
Antara 3 faktor utama yang boleh membuatkan Miza memilih Nokia E7 ini ?
 
1.      Operating Syatem (OS) Symbian ^3
Nokia E7 menggunakan OS Symbian ^3. Semestinya ini satu kelebihan dan juga tarikan kepada Miza untuk memilikinya.
 
Jika sebelum ini Miza hanya menggunakan telefon yang menggunakan Symbian OS Series 60., rasanya tak salah sekiranya Miza beralih kepada Nokia E7 yang menggunakan Symbian ^3.
 
Sejujurnya Miza teringin juga untuk merasai sendiri apa kelebihan dan perbezaan Symbian ^3 dengan Symbian OS Series6 60. Pasti banyak yang telah dipertingkatkan dalam Nokia E7.
 
  S   Saiz kamera 8 mp dan kualiti gambar.

iz  Saiz kamera juga memainkan peranan penting dan kualiti gambar yang dihasilkan juga amat dititkberatkan sekiranya kita jenis yang suka bergambar dan belum mampu untuk memiliki kamera DSLR.
 
Ji   Jika sebelum ini Miza hanya menggunakan telefon berkamera 3.2 mp kini Nokia E7 menawarkan kamera bersaiz 8 mp. Semestinya gambar yang terhasil daripada Nokia E7 akan berjaya membuat Miza tersenyum lebar.
 
 Kelebihan untuk Miza jika menggunakan Nokia E7, sekiranya tidak puas dengan paparan skrin bersaiz 4 inci, Miza boleh membuat penyambungan terus ke televisyen dan menyaksikan segala rakaman foto dan video yang berjaya direkodkan.
 
Kualiti gambar diambil tanpa menggunakan flash
Kualiti gambar diambil dengan menggunakan flash
 
3.      Reka bentuk yang menyerupai mini laptop
Yaa, pertama kali melihat Nokia E7, Miza terus jatuh cinta pandang pertama. Jika sebelum ini Miza melayari laman sosial sambil memegang telefon bimbit, namun dengan Nokia E7, Miza boleh letakkan diatas meja atau dimana-mana saja.
 
Paparan skrin bersaiz 4 inci direka dengan skrin yang mendongak pada sudut pandang semulajadi akan memberikan keselesaan kepada pengguna.

Pandangan Miza tentang Nokia E7 ?
 
 
Selepas membaca ulasan-ulasan tentang Nokia E7, ternyata Nokia E7 banyak kelebihan dan kekurangannya. Terpulang pada diri kita sendiri bagaiman untuk menilainya.
 
Pada pandangan Miza, Nokia E7 merupakan telefon pintar 2 dalam 1. Ianya direka khas untuk pengguna yang mementingkan kecanggihan dan reka bentuk telefon pintar pada masa kini.
 
Seperti apa yang Miza katakan, Nokia E7 direka yang mana bentuk luarannya seakan-akan laptop mini. Ini salah satu daya tarikan Nokia E7. Ianya juga dilengkapi dengan skrin sentuh dan juga papan kekunci berbutang penuh “full QWERTY”.
 
Disini juga Nokia E7 memberikan kemudahan kepada para pengguna untuk memudahkan proses membalas email, melayari internet dan sebagainya.
 
Tak tumbuh tak melata, tak suruh Miza tak kata, kesimpulannya Miza suka dengan ciri-ciri telefon pintar Nokia E7 yang menggunakan kelainan daripada segi sistem operasi Symbian ^3. Dari segi kamera pula ianya hasilnya merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan bagi seseorang yang gila bergambar macam Miza. Jika berpeluang, insyaAllah pasti Nokia E7 juga akan menjadi milik Miza.
 
Tentang Penulis : Miza Yusof, seorang blogger baru yang semakin meningkat naik. Rajin join Contest, rajin mengomen dan semakin menampakkan potensi dalam menulis. 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

11 thoughts on “Nokia E7 Review| Pandangan dari Miza Yusof/Guest Writer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.