LRT oh LRT | Public Transport Masih Tidak Berubah

Dah lama tak naik public transport @ LRT. So, masa nak pi bangunan Maxis, KLCC saya ambil keputusan untuk naik LRT dari Taman Melati. Berubah angin sekali sekala plus teruja asyik promote gunakanlah public transport di Hotfm.
6+petang, wahh, smoothnya..Tak ramai pun orang
Kalau camni selalu ,bagus juga
Lain pula situasinya semasa perjalanan pulang dari KLCC ke Taman Melati :

Penuh sesak, oitt, aphal amik gambar aku ni?

Masing-masing buat hal masing masing. Apalah agaknya yang difikirkan oleh atok itu ya?

Umm, dah bertahun-tahun menetap di KL, public transport tetap sama. LRT dengan LRTnya, sentiasa sesak especially time ke tempat kerja dan pulang ke tempat kerja. Bas pula selalu tak punctual. KTM pula, asyik tergendala saja. Oh, di manakah janji-janji yang pernah dikata. Sekarang ni nak buat MRT pula yang menelan belanja berbillion2 dollar. Oh, bagai langit dengan bumi Public Transport Malaysia dan Singapura. Di manakah silapnya?
Naik kenderaan sendiri, minyak asyik naik pula. Public transport, belum memuaskan hati. Naik motor, risiko kemalangan tinggi juga. Oh, apakah pilihan yang ada?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “LRT oh LRT | Public Transport Masih Tidak Berubah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.