Kurangkan Gula Dalam Makanan, Lebihkan Manis Dalam Senyuman

Kurangkan Gula Dalam Makanan, Lebihkan Manis Dalam Senyuman
 
Salah satu cabaran bagi ibubapa dalam membesarkan anak-anak adalah pemakanan untuk anak-anak. Yup, Makanan adalah satu faktor penting dalam pembesaran anak-anak yang sihat dan bijak. Sometimes, kita mengambil sikap acuh tak acuh dalam hal ini. 
 
Kali ini, saya ingin menyentuh tentang pengambilan gula dalam membesarkan anak-anak. Berkongsi dari pengalaman dan pembacaan, jadi jika ada ingin ditambah, dialu-alukan supaya sayapun dapat belajar dari anda semua.
 
Perbezaan antara Gula Semulajadi ( Natural Sugars) dan Gula yang ditambah dalam makanan dan minuman (Added sugars)
 
Both natural sugar dan added sugar kalau diambil dalam kuantiti yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan. Risikonya lebih tinggi pada added sugar kerana kadar kandungan gula produk yang mengandungi added sugar kebiasaannya lebih tinggi jika dibandingkan dengan produk yang mengandungi natural sugar. Natural sugar biasanya terdapat di dalam makanan yang belum diproses seperti buah-buahan,sayur-sayuran dan madu.
 
Dalam era yang serba moden ini, anak-anak lebih terdedah dengan pemakanan yang mengandungi “added sugar” seperti makanan dalam tin, makanan ringan, kek, biskut,coklat, gula-gula, aiskrim dan pelbagai lagi.  Pengambilan gula yang berlebihan (natural or added sugar) adalah tidak baik untuk anak-anak especially kesihatannya.
 
Pengambilan gula yang berlebihan (excessive sugar intake) boleh menyebabkan komplikasi/masalah kesihatan seperti kencing manis, obesiti, gigi rosak, dan pelbagai lagi. Yup, bukan setakat anak-anak, ibubapa pun sama. Yes, sayapun perlu mengubah lifestyle dan pemakanan . Kesibukan bekerja kadang-kadang membuatkan kita mengambil jalan mudah dalam memilih makanan. Fast food antara destinasi dituju . Well, better late than never untuk berubah ke arah kebaikan, kan?
 

Aiskrim, Salah satu Makanan yang mengandungi kandungan gula (added sugar) yang tinggi (sebab itu ianya pertama sekali keluar dlm ingredientnya)
 
Kadang-kadang, kita dah semak label, tapi tak nampak pun sugar as an ingredient.Sangkakan , Okla ni, takde gula, bagus-bagus, tapi sebenarnya tidak betul. Kita dikelirukan dengan ingredient itu. Kandungan gula boleh juga disemak dengan melihat :
Kandungan Karbohidrat/carbohydrates
 
Semaklah label. Jika ianya tidak dilabelkan sebagai gula/sugar, ianya dimasukkan sebagai Carbohydrate. Lagi tinggi carbohydrate= lagi tinggi kandungan added sugarnya.

Selain itu, nama lain added sugar seperti Sucrose, Corn Syrups n etc . Terjah sini untuk lebih lanjut : What are added Sugar ?


Kempen Kurangkan Pengambilan Gula
 
Sekarang ini, banyak kempen yang dilancarkan berkenaan kurangkan pengambilan gula. COntohnya kempen yang dilancarkan oleh Pusat Maklumat Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama syarikat swasta dan NGO yang lain. Bolehla terjah entry ini [ Majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2010 ]
 
Saya menyokong sepenuhnya kempen sebegini kerana ianya memberikan kesedaran . Yup, saya perlu mengubah cara hidup saya. Perlu lebihkan bersenam dan kurangkan pengambilan makanan yang manis. Kempen sebegini banyak memberikan informasi dan kesedaran. Sometimes, we know about it tapi mengambil sikap sambalewa. Action is better than word, dan saya akan usahakan untuk mengotakan apa yang dikata. Wish me Luck…
 
Added Sugar Product..Contohnya Donut, Sedap tapi…
 
Yup, the temptation. Alisya pun memang gemarkan donut tapi kami kontrol. Sebulan sekali bolehla belikan donut untuknya. Selalu, memang kami tidak benarkan. Added sugar product sebegini bukan saja mengandungi kandungan gula yang tinggi, malah tidak bagus untuk kesihatan. 
 
Yes, diakui pemakanan sebeginilah yang membuatkan berat badan saya bertambah + kurang bersenam juga. I don’t want  to make the same mistake as I did before. Lesson learn from myself mengambil makanan ”added sugar” ianya menggemukkan, stamina berkurang dan risiko kesihatan. Apapun, belum terlambat untuk berubah demi kesihatan yang lebih baik kan?

No Added Sugar lebih baguskan?
 
Yup, buah-buahan pun manis juga tapi tiada added sugar. Lebihkan buah-buahan untuk anak-anak namun kuantitinya perlu dijaga juga. Jadi the temptation for sugar intake dapat dikurangkan berbanding sekiranya menggalakkan produk yang mengandungi “added sugar”. Natural sugar, kalau diambil secara berlebihan tetap akan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Tanamkan minat anak-anak memilih makanan yang tidak/kurang mengandungi added sugar dan seimbangkan ia mengikut piramid makanan.
 
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kanak-kanak tidak suka dipaksa, namun jika kita pandai memainkan peranan, mereka akan mudah mengikutnya. Mereka banyak belajar dari ibubapa, dan kitalah yang perlu memainkan peranannya.
 

Berkongsi Pengalaman – Apa yang Saya Lakukan Bagi Mengelakkan Pengambilan Gula yang berlebihan buat Alisya/Anak (both natural&added sugar)
 
Inilah antara yang saya dan Isteri lakukan :
 
1) Check and balance. Tak salah mereka nak makan aiskrim, gula-gula ,etc..Namun biarla ianya terkawal. Lagi satu, kanak-kanak, the more we say NO, lagi teruja mereka mahukannya. So, lakukan ia bagaikan menarik rambut di dalam tepung, rambut ditarik, tepung tidak berselerak.
 
2) Galakkan anak minat untuk makan buah-buahan/No added sugar product. Alhamdulillah, sekarang ni antara buah yang Alisya gemari adalah Jagung, Mangga dan Betik. Namun, kuantitinya tetap kena dijaga. Berlebihan pun tak elok juga.
 
3) Grocery Shopping – Sebelum ada anak, kami kerap juga beli Minuman berkarbonat. Now, boleh dikatakan sebulan sekali pun agak susah untuk kami beli. Disamping itu makanan di dalam peti sejuk kami belikan yang kami rasakan bagus untuk kesihatannya seperti biskut, Susu dan pelbagai lagi. Makanan ringan etc masih ada, dalam kuantiti yang terkawal.
 
4) Menggalakkan anak untuk lebihkan minum air kosong jika dibandingkan dengan air yang manis seperti jus oren/kordial.
 
5) Mengutamakan makanan dan minuman yang dilabel “kurang gula” or “bebas gula”
 
Rasanya ketika dia kecil tidak begitu sukar mengawalnya. Namun, bila dah masuk zaman persekolahan, temptation lagi tinggi especially dari rakan-rakan dan faktor sekeliling. Kantin yang menyediakan salah satu faktornya. Umm, apa pandangan anda pula? Kongsi-kongsikan pengalaman anda mengawal pengambilan gula berlebihan untuk anak-anak. Boleh saya praktikkan juga nanti .
 
Kurangkan Gula Dalam Makanan, Lebihkan Manis Dalam Senyuman
Pemakanan dan Kesihatan anak-anak perlu dititikberatkan
Anak sihat dan ceria itu yang diidam-idamkan
Untuk kebaikan mereka di masa hadapan
 
P/s : Apa pula kata anda ? Pentingke kita mengawal/menghindari “excessive sugar intake” ini untuk anak-anak? 
 
P/s/s : Apa pula yang anda lakukan bagi mengawal pengambilan gula berlebihan ini di kalangan anak-anak anda? Yes, young parent like us should learn more from experience people. I know a lot of pembaca blog ini adalah golongan ibu/bapa, jadi komen anda mungkin boleh saya praktikkan ke arah yang lebih positif demi masa depan anak-anak yang lebih cemerlang.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

53 thoughts on “Kurangkan Gula Dalam Makanan, Lebihkan Manis Dalam Senyuman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.