Keterujaan Eksplorasi MySelangorStory

Melancong, bercuti, makan angin, berlibur sudah menjadi sebahagian gaya hidup rakyat Malaysia. Tourism Selangor too sewajarnya mendapat pujian atas usaha-usaha pro-aktif lagi kreatif dalam mempromosikan Selangor, seiring dengan perkembangan pesat ‘industri’ blogging di Malaysia.
Tourism Selangor yang berpejabat di Section 14, Shah Alam, adalah enjin penggerak utama berperanan mempromosikan industri pelancongan di negeri Selangor, dan laman web rasmi Tourism Selangor menyalurkan informasi terkini tentang tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong tempatan mahupun antarabangsa.
Saya sungguh leka bila melayari laman web Tourism Selangor buat pertama kalinya, bak terkena panahan cinta pandang pertama, dari satu gambar ke satu gambar, semuanya bagaikan menggamit saya untuk berkunjung, berlibur cuti2 Selangor. Owwhh tidak, saya tidak berjenaka ya—anda sendiri cuba rasai pengalaman menjamu mata dengan gambar beserta informasi—ayuhh jangan berlengah yer— click TOURISM SELANGOR
I-City Shah Alam: salah satu tarikan terkini di Selaangor—seolah2 di alam fantasi!]

Ada apa pula dengan MySelangorStory?? ‘Cerita Selangor Saya’? Atau mungkin ‘Cerita Selangor Anda’ jua?!..Yess..MySelangorStory 2010 sebagai aktiviti perintis telah berjaya menyalurkan informasi tempat2 percutian di seluruh Selangor yang mungkin tidak kita sedari kewujudannya termasuklah konsep homestay, juga mempopularkan aktiviti cuti2 selangor di kalangan bloggers tempatan khususnya, bahkan tidak mustahil sebagai sumber rujukan pelancong dari negara luar! Jangan tak tau yer, bloggers di Malaysia kini mencecah 2 juta org (saya ternampak jumlah tu dalam laporan akhbar online tahun lepas)—wow!!..hebatkan kuasa promosi melalui blogging ni , tidak syak lagi.

  

Genting Highland Strawberry Farm 
Tak perlu mendaki sampai kemuncak Tanah Tinggi Cameron untuk menikmati strawberry segar cicah coklat—Genting Strawberry Leiisure Farm kini boleh dikunjungi di lokasi Gohtong Jaya, Hulu Selangor.
Rentetan kejayaan MySelangorStory 2010, Tourism Selangor dengan penuh keyakinan akan meneruskan MySelangor Story 2011. Pastinya ramai bloggers ternanti2 untuk turut serta, apa taknya, hadiah2 lumayan adalah tarikan utama, selain dari pendedahan dan pengalaman unik yang bakal ditimba sepanjang aktiviti MySelangorStory.

Rumah Buluh Betung Resort

 

Unik kan resort ni – pastinya pengalaman baru kalau dapat menginap di sini
Sejujurnya, saya mencemburui peserta-peserta MySelangor Story 2010 kerana dapat merasai cuti2 Selangor—segalanya ditaja, dapat hadiah lagi, dan paling istimewa, penglibatan secara langsung untuk sama-sama mempromosikan Selangor. Saya pun seakan2 ingin turut serta—mungkinkah ada peluang untuk saya agaknya pada sesi MySelangor Story 2011?
waterfall FRIM
 Selangor kaya dengan pelbagai pilihan tempat rekreasi semulajadi—air terjun @FRIM antara yang popular di kalangan pelancong tempatan mahupun pelancong asing
Apa lagi yang wajar dilakukan oleh Tourism Selangor yer untuk meningkat aktiviti promosi? Secara peribadi, selain wadah blog secara platform, tv adalah media yang terbukti berkesan; mengapa tidak Tourism Selangor mengambil satu slot atau pun sebuah rancangan khas (13 episod contohnya), program reality ala2 explorace gaya santai/sempoi sambil menonjolkan tempat-tempat menarik yang kurang mendapat promosi sekitar negeri Selangor –peserta-peserta di kalangan bloggers yang popular—RedMummy pastinya dalam senarai utama!!
Firefly Park Resort

Jom merasai pengalaman menyaksikan api2/kunang2 dlm jumlah ribuan –berkelipan seolah2 ‘i-city’ semula jadi 😉 — @Firefly Park Resort Kg Belimbing]
Saya yakin ramai bloggers (saya tidak terkecuali) ternanti-nanti kemunculan MySelangorStory 2011. Pihak Tourism Selangor mungkin boleh mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Nuffnang demi mengoptimumkan penglibatan para bloggers!! Anda teruja?? Ringan-ringankan jari runcing anda untuk ‘click2’ terus ke laman web Tourism Selangor juga My Selangor Story untuk perkembangan terkini!!
Entri ini adalah advertorial ehsan Eyriqazz.com, yang mana salah seorang finalist MySelangor Story 2010. Sekalung tahniah untuk Bro Eyriqazz kerana berjaya menggondol kategori blog paling interaktif!!
Apa pula kata anda pasal cuti-cuti Selangor?? Jom kongsi2!! Tak syoklah kalau simpan seorng apa jua info/idea cuti2 Selangor kan 😉
Tentang Penulis : Mama Zharfan, bakal bergelar Dr. apabila menamatkan PHDnya tak lama lagi. Satu keunikan yang sukar dicari,seorang bakal Dr. berblog dan mengexprestasikan diri dengan berblog. Sangat berbakat dalam menulis dan telah banyak memenangi “Blogging Contest”. Semangat yang kental dan pandangan yang bernas/sentiasa ke hadapan di ketengahkan oleh Mama Zharfan. Fell free to visit her blog : Mama Zharfan

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Keterujaan Eksplorasi MySelangorStory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.