Kedai Gunting Rambut Adik Bongsuku

“Salam Abang, fikirkan pekerjaan atau perniagaan yang abas boleh jalankan.Contohnya macam homestay yang abang bagitahu baru ni tu. Buat la apa-apa pun yang nampak boleh pergi jauh.Abas mari fikir juga duduk dalam keadaan camni. Tiada permulaan untuk melakukan sesuatu.Abas buntu tak tahu apa yang perlu dilakukan.Fikirkanlah untuk masa depan abas. Abang sahaja harapan Abas sekarang” – Tersentuh Hatiku Menerima SMS Itu
Alhamdulillah, setahun berlalu. Kursus gunting rambut telahpun saya sponsorkan untuk adik bongsu dan kini adikku bakal bergerak setapak ke hadapan lagi. Bakal membuka kedai gunting rambut di depan rumah nenekku di Rhu Rendang, Marang, Terengganu (Sebelah Shell Rhu Rendang). RM3 ribu bantuan modal/pinjaman dari kami sekeluarga(thanks Sayang), bagi membantu adik bongsuku.
Semoga bisness Kedai Gunting Rambut adikku berjalan lancar dan sentiasa dikunjungi ramai. Saya gembira, ianya pekerjaan yang halal + menggembirakan hati kami. Especially my Mum , ada juga seorang anaknya yang sentiasa menjadi temannya di kampung.
Terimakasih buat pembaca blog Eyriqazz yang telah memberikan cadangan sebelum ini berkenaan tempat kursus gunting rambut. Semoga Tuhan membalas jasa baik anda semua.
Umm, jika ada cadangan/suggestion berkenaan bisnes Gunting Rambut ini, dialu-alukan, boleh saya ajukan kepada adik bongsu saya. Yerla, saya bukan kaki bisnes, mungkin cadangan anda boleh memajukan lagi Kedai Gunting Rambut adikku.
Kedai Gunting Rambut Adik Bongsuku
Saya tumpang gembira, rasa terharu
Dengan berblogging, ramai yang membantu
Jasa baik semua, tidak akan saya lupakan sudahlah tentu

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Kedai Gunting Rambut Adik Bongsuku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.