Asam Pedas Selera Kampung

Dah lama terasa kepingin mahu merasa Asam Pedas . Yerla, saya ni bukannya suka mana makanan yang masam-masam. Namun, masa bercuti di Melaka, sempatla terjah satu restoran ni dan pekena Asam Pedas. Jom terjah :
Ikan Pari Asam Pedas, RM3.50
Well, my wife cakap sedap. Taste saya masih tidak berubah, masih belum boleh menerima sepenuhnya masakan masam-masam ni.So, cubit2 ikan dan kuah sikit2je.Tapi, tetap habis saya bedal Ikan tu.
Pilihla ikan yang anda gemari
Ayam Goreng, RM6…Umm….seriously mahal…
Fuhh,seriously terasa kemahalan ayam gorengnya. Umm, apa yang special ya? Mungkin ni ayam dara kot, tuh yang mahal skit.Apapun, rasanya tetap cam ayam goreng.
Kacang Goreng, RM3 sepinggan
Enough said, kacang gorengnya memang sedap. Siap wifey tambah satu pinggan lagi dan just ratah kacang panjang gorengni.Fuhh, terbaiik…
Restoran Asam Pedas Selera Kampung, tak jauh dari Hotel Mesra Mutiara, Melaka
Kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman. Jalan-jalan tempat orang kena la try makanan tempat orang juga kan? Hik3, teringat masa bercuti di Spain, tetap kami mencari nasi, fuhh, ingat mudahke nak dapat nasi di Spain? Nasib baik terjumpa juga.
Memang bertuah jadi rakyat Malaysia ni. Pelbagai pilihan makanan untuk dirasai dan dicuba. Masa di UK dulu, selalu rindukan masakan Malaysia. Balik Malaysia ni, action speak for itself. Dari 70kg+ dah jadi 80kg+..Hik3..kena exercise dan kontrol nafsu makan. Umm, asyik bertangguh je..Darkbatman, boleh jadi Personal trainer saya?
P/s : Teringat kata seorang abang ni. Katanya masa muda-muda ni la (25 tahun lagi yerr) nak merasa makanan sedap2..Dah semakin bertambah usia, selera makan dan deria rasa dan semakin berkurangan. Umm, betul ke ya?
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Melaka saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Asam Pedas Selera Kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.