Apa Kes?| Kes PTPTN Ditutup Biro Pengaduan Awam?

Apa Kes ni ? Ditutup begitu saja without any response?
Sambungan entry Muslihat PTPTN|Aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam . Sangat kecewa, kes ditutup tadi saya masih belum menerima respons samada dari e-mail, telefon or surat.Tidak berpuas hati saya menelefon Biro Pengaduan Awam ( 03-88725777)
Jawapan diberikan , surat dan email sudah dihantar, 5 muka surat jawapan balas dari PTPTN namun OIC nya tengah meeting tapi Personal Assistantnya ada. Pelik wal ajaib, surat tidak diterima, email pun tidak diterima. Tidak berpuas hati, saya menelefon OIC dan personal assistantnya di dua nombor yang berbeza. Pelik wal ajaib lagi, both telefon tidak berangkat walaupun berdering berkali-kali. Bukan sekali menelefon, lebih tiga kali. Takkan meeting memanjang? PA dah balik ke?
Takpe, akan saya follow up nanti. Kalau takde jawapan juga, nanti saya cuba hubungi Karam Singh Walia dan siapa2 yang boleh membantu. Aduhai, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. No wonder, ramai yang mempunyai persepsi yang buruk terhadap kakitangan kerajaan.
P/s : Kalau Biro Pengaduan Awam pun tidak boleh membantu, ke mana lagi harus dituju ya?
Topics Uncategorizedtags

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Apa Kes?| Kes PTPTN Ditutup Biro Pengaduan Awam?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.