≡ Menu
Tune Talk Nama diberi
Perkhidmatan Mobile Prepaid muncul kini
Jom terjahi review dari saya ini
Kebaikan, keburukan, kelebihan, kekurangan, dan cadangan dari saya sudah semesti  (Credit Picture HERE)
 
 
Ada Apa dengan Tune Talk? (Credit picture HERE )
 
- Tune Talk adalah perkhidmatan mobile prepaid yang diterajui oleh Jason Lo dengan taglinenya ” The Cheapest Mobile Prepaid Service in Malaysia|Now We’re Talking”  .New in the market dan sudah semestinya ada Pro & Cons tentang perkhidmatan yang ditawarkan. Enough said, more info terjahi laman webnya http://tunetalk.com
 
Prepaid or Postpaid?
- Honestly, saya pengguna postpaid. Saya  pernah menggunakan prepaid semasa saya mula menggunakan telefon. Saya mudah keliru apabila menggunakan prepaid dan kadar yang ditawarkan .Kadar telefon sesama talian, kadar panggilan telefon orang terdekat, kadar panggilan di hujung minggu,kadar talian di waktu orang tengah tidur, validity of the prepaid yang di top up dan sebagainya. 
 
Well, kadang-kadang tawaran yang ditawarkan agak mengelirukan dan sukar difahami. Enough said ,saya beralih kepada postpaid, lebih banyak kelebihan, fix payment every month, lebih murah dan menjimatkan.
 
Apapun, sebagai pengguna yang bijak, kita sepatutnya lebih bijak dalam membuat keputusan dan semak pro & cons setiap perkhidmatan yang ditawarkan, kan? 
 
Apa Yang Bestnya tentang Tune Talk ni?
 
1) Flat rate, panggilan telefon 16sen seminit, mesej 5 sen per sms, dan kadar data internet, 5 sen perMB. 
 
Memang rasanya yang paling murah di pasaran untuk prepaid untuk panggilan telefon. Untuk komen pasal penggunaan internet ini, bolehla terjahi pengalaman mereka ini [ Sumijelly dan Hamzah Ian] .
 
2) Tune Talk points yang boleh ditukarkan dengan Air Asia tiket. Boleh redeem bila dah cukup pointnya. Apa yang menariknya, point never expired, so mungkin lepas 5-10 tahun guna, bolehla dpt satu tiket pergi London kot. 
 
3) Free RM100,000 Personal Accident Accidental Insurance Coverage dibawah Etiqa.
 
4) Pilihan untuk menukar nombor anda anytime (Yiezaa, ada chance nak buat Panggilan hangitkan? )
 
5) Selfcare Account – bolehla semak  panggilan yang telah dibuat, charge, balance, mahupun menukar nombor telefon. Mudah kan?
 
More benefits, bolehla terjahi sini : http://tunetalk.com/services?page=benefits
 
Pengalaman Saya Bersama Tune Talk
 

Merah Menyala. Warna merah lambang kejayaan . Teringat kat Blogger Jutawan

Jom Top Up

Yey , dah boleh gunakan..
 
Apa Yang Saya Suka tentang Tune Talk sepanjang menggunakannya :
 
1) Panggilan telefon yang murah, 16 sen seminit dan mesej 5 sen. Memang susah nak dapat di luar sama. Apple to apple. Prepaid vs Prepaid.
2) Coverage so far, so good (menggunakan rangkaian Coverage Celcom). So, the widest coverage for sure.
 
3) Sistem point yang boleh ditukarkan kepada tiket Air Asia. Well, well, siapa yang tak suka dpt reward dan diri rasa dihargai?
4) Alert on baki kredit dan tarikh tamat tempoh selepas panggilan or just dial *133# and press SEND.
 
5) Banyak lokasi boleh top up, either via Online Banking service i.e. Maybank2u dan juga dealer seperti 7Eleven, Petronas, Esso, etc..
 
Apa yang Saya Tak Suka/Kurang Suka pasal Tune Talk :
 
1) No postpaid. I dah get use to pay fix amount of bill every month, so kalau ada postpaid rasanya boleh menarik lebih ramai pelanggan.Some people just love membayar jumlah yang tidak berubah every month.
2) Agak-agak kalau saya beralih ke prepaid Tune talk, bolehke nombor yang saya pakai sekarang dipindah? Susah la tukar2 nombor, orang lain nak telefon kena kasi no telefon baru pula. No info about this di website.
3) Umm, apa Nombor telefon customer service Tune Talk ya?terjahi websitenya, saya tak jumpa pun no telefonnya, last time masa activatekan No telefon, nasib baik ada Cik lily yang kasi nombor fixed line : 03-79490000. I think , Tune talk patut letakkan nombor ini juga di website.
 
4) Selepas lama mencari-cari, barule terjumpa Camne nak tengok Informasi berkenaan Point ditukarkan kepada AirAsia tiket . This link rasanya patut diletak ditempat yang mudah visible dan orang klik. 
5) Seperti di website, 16 sen seminit ada mention : *Promotional rate valid until further notice. Adakah ianya akan berubah bila sudah ramai orang subscibe and still become the lowest rate? Umm, at least ,tell us in advance the expected rate for the future.
 
Cadangan/Suggestion 
 
1) Most Users di Malaysia adalah pengguna Prepaid. Rasanya more than 50% pengguna prepaid.Selain Wow faktor di atas, daya penarik lain perlu ditingkatkan juga seperti “Member Introduce Member reward”, Cabutan bertuah once in a few months dengan hadiah menarik seperti tiket kapalterbang, dan juga free gift sekiranya top up “this amount” every month. Dapat keychain or Fridge magnet Tune talk pun sudah cukup teruja.
 
2) Validity of Prepaid that will never expired. Yess, this a huge advantage& wow faktor untuk people memilih Tune Talk. I will surely become a Tune Talk Subscriber kalau ianya di introducekan. So, penjimatan seumur hidup.Semasa guna prepaid dulu, kadang-kadang tak sempat top up, kredit hilang begitu saja. Rugi kan? Plus people like my mom rarely use her handset, just using it to receive a call from her kids. 
 
3) Collaboration Point with AirAsia dan Tune Hotel. Vice versa, guna Air Asia, dapat point untuk redeem Tune Talk dan Tune Hotel. Guna Tune Hotel, dapat redeem point untuk Tune Talk dan Air Asia. So, brand loyalty di sini, dan menguntungkan both Air Asia, Tune Hotel dan sebagainya.
 
4) Discount untuk call yang kurang dari 30 saat – Yup, always , we call but other side reject our call. 16 sen gone. Call again, tak sampai 30 saat pun cakap. 16 sen gone. Maybe make it 8 sen for call yang kurang dari 30 saat. Jimat kan?
 
5) Contest, Contest,Contest – Yess, bolehla buat contest menarik untuk pengguna Tune Talk i.e. blogging Contest. Boleh dapatkan perkhidmatan Nuffnang dalam buat blogging Contest ni. They are the best. So, selain dapat menang hadiah, dapatlah Tune Talk mempromosikan produk mereka. The more people, the more buzz will be created.
 
6) E-mail Notification – Yess, i don’t have time to follow every news dari Tune Talk melalui Facebook,Twitter or lama web. Sometimes ,timeline dah lari. So, kalau ada e-mail notification, mudahla kan? Or, message notification is much more better.
 
 
7) Thinking Outside the Box – Nahh, Tune Talk know much more better than me about this. People love kreatif idea, new idea, wow factor. Umm, i’m not a huge fan of Justin Bieber.(This is one the Big Wow Factor too). Justin Bieber mostly for remaja but how about others?. My Idea? Cukupla dulu, dah 7 ni…Hik3…
 
Oh, well, saya bukan mahu mempromosikan Tune Talk. I just give my personal opinion, apa yang bagus, kurang bagus, dan juga cadangan. But, the more choice we have the better kan? 
 
Competition is good for consumer , when Service Provider compete with each other, usually price is one of the big factor they will consider. Harga rendah, customer happy, tak gitu? Nak loyal kepada satu-satu service provider pun kenalah berbaloi juga kan? Loyal bertahun-tahun, tapi only untung on one side buat apa juga kan?Uummm,I’m Considering Tune Talk as one of my choice now if they take my feedback seriously.
 



style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-pub-6619684076142128"
data-ad-slot="9856135083">



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

  • Jiji-Fify 5 March 2011, 8:10 am

    eh banyak jugak la kebagusan tune talk niehh.. tapi kurang promo kot. sbb tak pernah tau plak sebelom ni. dan jarang pulak dgr sesiapa yng pernah pakai. :P

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!

    Reply
  • Mama Zharfan 5 March 2011, 8:23 am

    thanks for the info
    boleh try gak ni..sounds interesting & attractive

    nak menang purse clarks ori? jom vote!

    Reply
  • suffer8zine 5 March 2011, 8:26 am

    boleh try lepas ni

    Terkini : Slower Is Better

    Reply
  • Abu Mansur 5 March 2011, 1:17 pm

    bleh tebus tiket???

    Reply
  • far_east 5 March 2011, 6:43 am

    penah la dengar juga pasal tune talk nie tapi tak berapa mengetahui sangat sebab promosi dia macam kurang jerrr…

    less info pasal kelebihan tune talk, apa yang ditawarkan dan rasanya tak banyak promotion suruh pakai tune talk nie..tak macam sykt telekomunikasi yang lain yang gah sgt buat promote kat paper, tv, malah kat shopping complex pun byk tergantung promote kelebihan mereka.

    Reply
  • Bo the Nerd 5 March 2011, 8:09 am

    Salam bro,

    Nak point out yang tagline Tune Talk ialah “This is Prepaid” & bukan lagi “Now We’re Talking”. Tagline yang kedua tu dah pakai masa mula2 launch dulu pada 19hb Ogos 2009.

    Cadangan2 yg bro bagi tu mmg bagus. Nnt saya cadangkan kepada HOD Marketing kami.

    Cuma, kami mmg akan sentiasa menjadi prepaid mobile provider sebab market di Malaysia ialah 80% pengguna prepaid & sekarang ini postpaid users di kenakan service tax 6% manakala pengguna prepaid tidak. So, pengguna postpaid lebih rugi sebenarnya.

    Ttg maintain number lama, memang boleh. Ia dipanggil Mobile Number Portability (MNP). Semua telco mmg ada buat. Cuma dgn Tune Talk, tiada caj di kenakan. Cuma kena beli simkad baru sahaja. Telco lain pun bt camtu, cuma lepas beli kad, MNP pun dia caj juga.

    Harap boleh terus menggunakan Tune Talk kerana Insya’Allah dalam bulan2 akan datang kami akan introduce MMS & blackberry services.

    SALAM.

    http://www.boisanerd.blogspot.com

    Reply
  • Eyriqazz 5 March 2011, 8:23 am

    #far_east :yup, the idea is good…the prepaid is good..the service is good…the saving is good..but the promotional is still not good..need to create more buzz…jom buat gathering bloggers terbesar bersama tune talk dan masuk Malaysian Book Of Record…Collaboration with Nuffnang n surely this things will happen

    Reply
  • Eyriqazz 5 March 2011, 8:31 am

    #Bo the Nerd :

    As Salam bro,

    Oh didn’t know u r working with a tune talk..thumb up ,great company,long term future is very bright…

    oh, ye ker? I just get it from tune talk website itself.. i think they need to change it too pasal tagline tu..well, i better don’t change it so tunetalk can see u komen too..good & proactive effort bro..this is what we want…fast respond,great customer service…

    Yup,…prepaid provider is more than 60%…80%+ ye bro? yup…i’m thinking of it to switch to prepaid…i can save more+i got reward as well..staying for more than 3 years, umm.. i don’t think i get much from my provider….no freebies, etc..plus..the internet is very expensive..using it a few times and it cost me almost RM10…quite shock actually bro…

    ohh,baru tau pasal MNP..no charge one more..so kalau nak tukar tu camne bo?kena pi mana? servis centre tunetalk ke? yupp…i’m considering it but i hope that 16 sen will be remained 16 sen…

    Based on ur explanation, i’m happy ..n i think currently i will use both prepaid n postpaid..along the way, i will make up my mind..but i think i can save more..currently i’m paying almost RM70 per month but base on my current usage, i think with tunetalk, i only need to pay around rm30-rm50 per month…

    Thanks again bro..thumb up..I really love ur comment n take my suggestion seriously…

    Salam,

    P/s ; Tune talk, u should value Boi highly,….he know what it take to go extra mile and make a win-win situation for the company+users…

    Reply
  • Eyriqazz 5 March 2011, 8:33 am

    #Jiji-Fify:yup,actually memang banyak yang bagus..but because of kurang promosi, a lot of people didn’t know it..myself, kalau bukan kerana got a chance to review it, i don’t know what in store for tunetalk..honestly said, i’m quite teruja to use/switch to tune talk as i love travelling…I can use the point to redeem airasia ticket..plus..the rate is quite good…kos sara hidup semakin meningkat, so every saving is count rite?

    Reply
  • syafiqsulaiman 5 March 2011, 5:30 pm

    Salam bro..

    Btw thankx datang melawat blog saya n drop a comment there..

    Pendapat saya, tune talk perlu perluaskan lagi kempen.. Sebab saya pun ade dengar jenama tune talk je.. tapi promosi berkenaan tune talk pada saya masih kurang.. Ape yang ditawarkan oleh tune talk pon masih kurang jelas..

    Saya rase jika tune talk menawarkan perkhidmatan blackberry internet or iphine dengan kadar yang paling murah.. saya rase ini akan dapat membuatkan pengguna smartphone ini beralih kepada tune talk.. sebab mereka ni akan survey terlebih dahulu rangkaian mane yang paling murah dan memberi pakej yang paling menarik..

    selain itu, coverage juga perlu diberi perhatian.. klo coverage kurang baek.. sukar la pelanggan nak gune tune talk.. tapi menurut eriqazz tune talk gune celcom punya.. jadi semestinya tiada masalah..

    promosi- promosi seperti ade hari khas pengguna tune talk dapat bercakap dengan murah juga amat menarik minat pengguna..
    jika dalam seminggu.. ade 1 hari yang murah seperti hari ahad diberi potongan separuh harga.. ataupun penggunaan hanya rm 2.00 dapat gune sepuas-puasnya..
    pasti ramai yang tertarik..!!

    klo nak berjaya promosi kene penting.. macam Air asia.. disebabkan promosi yang hebat .. Air asia muncul penerbangan tambang murah paling berjaya dalam dunia.. Jadi paling penting adalah promosi… promosi.. promosi..

    Reply
  • far_east 6 March 2011, 12:37 am

    tue la pasai tengok semua dah ok cuma mai tang promotion agak kurang sket…

    sepatutnya kena diperluaskan guna pelbagai cara..buat something yang boleh buat orang tertanya2 pasal tune talk nie…bila dah jadi macam tue baru mereka teruja nak tahu lebih lanjut pasal tune talk nie…

    setakat nie yang saya tahu pasal tune ialah tune hotel tue pun sebab dok tengok hari2 dalam web air asia hihi

    satu lagi bila baca pandangan bro tentang *panggilan telefon yang murah* harapnya trosss berkekalan la harga tue even nanti satu dunia dah pakai…jangan hanya murah untuk tarik pelanggan lepas tue bila dah ramai orang pakai mula cari macam2 alasan nak naikkan kadar panggilan dan sms tue…

    dan insyaAllah kalau Bo the Nerd kata tiada caj dikenakan untuk maintain number lama, tak mustahil ramai akan bertukar ke tune talk nanti termasuk say asendiri sebab la nie telco yang sedia ada pakai nie byk sungguh caj tersembunyi

    Reply
  • Eyriqazz 6 March 2011, 12:11 pm

    #Mama Zharfan :yup,i think u should give a try..saya pun akan mencuba..kalau ok,akan stay,kalau tak,bye-bye ….

    Reply
  • Eyriqazz 6 March 2011, 12:12 pm

    #suffer8zine :tryla bro..belum cuba blom tahu kan?

    Reply
  • Eyriqazz 6 March 2011, 12:12 pm

    #Abu Mansur:yup,top up akan di accumulatekan point dah boleh diredeemkan ngan tiket airasia bila dah cukup point

    Reply
  • Eyriqazz 6 March 2011, 12:15 pm

    #syafiqsulaiman:As salam bro…

    yup,promosi masih kurang rasanya…n pendapat bro ada betulnya..they should ur suggestion seriously to improve the service…

    Reply
  • Eyriqazz 6 March 2011, 12:17 pm

    #far_east: yup,promosi kena diperhebatkan lagi…so, more people know about it…tune talk sudah dilancarkan 2009 rasanya dan baru 2011 i know more about it..thanks to Nuffnang…My suggestion to create more buzz/promotion :

    1) buat event yang menguja…bolehla nego dengan Nuffnang..

    Reply
  • far_east 7 March 2011, 12:48 am

    setuju sangat2 bro…pihak tune talk kena collaborate dgn sykt yg dah dikenali mcm nuffnang utk create promotion yg lebih lagi…dgn buat event pun salah satu strategi yg baik nak buat org berminat nak tahu apa itu tune talk

    Reply
  • Adyshariz 7 March 2011, 2:26 pm

    for me..

    kalau ikut gaya penulisan entri ni, bro dah ceritakan yg tune talk ni amat menarik dan flexible, tapi sayang,jrg dgr tentang promosi tune talk ni dimana-mana, memula mmg la payah nk bersaing dgn nama-nama gergasi spt maxis n celcom.. tapi

    kalau betul dgn apa yg di tawarkan, tak salah utk kita mencubanya, manalah tau, agaknya tune talk ni lagi super power dari yg lain..kan..kan

    kalau nk mmperkenalkan produk ni, mmg wajib la jadi penganjur utk event2 yg besar dan gah, baru lah org tau “owhh! ader tune talk la”, jom try”..hehe contoh jer

    agaknya mesti saya pon akan terhegeh-hegeh try gak.. ;-)

    Reply
  • Kancilbiru 7 March 2011, 7:28 am

    this product is good. macam me yang guna prepaid tegar ni, sangat2 jimat rasanya terutama nak contact classmate.

    cumanya tak ramai yang kenal tune talk nih. sebut tune talk dorang akan tanya? tune talk?? oh macam tune hotels tu eh? ni under air asia jugak ke?

    ha gitu..promosi kurang. kata syarikat besar tapi iklan/promosi takkan ciput jer..

    Reply
  • JAI 7 March 2011, 8:36 am

    Menarik gak tunetalk nie..bulehlah try lepas nie..bro mana nak dapat mende nie ek?

    Reply
    • nur hilman afiq 26 March 2014, 10:47 pm

      Mcm tuu” otai” otai” semuaaaaa” oittttttt !???!,,,,,,”

      Reply
  • Bo the Nerd 7 March 2011, 5:34 pm

    Salam,

    Terima kasih pada tuan blogger kerana pujian itu. Saya mmg Tune Talk staff (Finance Dept).

    Kami mmg ada promote tapi lebih kepada radio. Kalau pendengar Hot FM & Hitz.FM insya’Allah ada.

    Bulan depan, Tune Talk akan sponsor concert ke 3 selepas Paramore & Deftones. Concert kali ini Tune Talk sponsor Justin Bieber. Kalau nak dapatkan tiket, bolehlah visit http://www.tunetalk.com.

    Salam.

    http://www.boisanerd.blogspot.com

    Reply
  • cikpuanhady 9 March 2011, 2:42 am

    hehe..rasanya ni kali pertama saya mendapat info yang sedetailsnya mengenai tune talk.. jelas kat situ yang tune talk jarang atau kurang membuat promosi secara besar-besaran..

    sememangnya pengguna prepaid lagi ramai, jadi saya cadangkan untuk pihak tune talk agar meluaskan promosi ke universiti dan sekolah sebagai salah satu cara untuk menarik minat warga muda mudi yang gemar menggunakan prepaid berbanding postpaid.. dan untuk golongan yang sudah bekerja mungkin boleh promosikan melalui siaran tv dan media cetak dengan info yang terkini..

    dan saya sangat bersetuju dgn cadangan eyriqazz, especially mengenai rate untuk call yang kurang dari 30 saat dan validity of prepaid that will never expired..ini akan membuatkan ramai lagi yang akan memilih tune talk sekiranya plan ini dilancarkan..malah jangan terkejut jika ramai yang akan berpaling dari service provider yang lain jika pihak tune talk membuat validity of prepaid tanpa had.

    nak lagi ramai pengguna, boleh juga free sms between tune talk user..tak silap saya masa zaman 017 not collaborate with maxis, menyediakan service free sms between 017, ramai yang beralih arah kepada 017..

    rasanya itu ajelah..all the best for tune talk..

    Reply
  • ♥ Che NamNam ♥ 9 March 2011, 4:23 am

    bila baca n3 neh baru tau pasal tune talk,
    gila kentang lambat macam semut,
    Tak kisahlah janji skang dah tau pasal tune talk,
    sekurangnya dah upgrade satu ilmu walau terkemut-kemut.

    Ingatkan tadi iklan kapal terbang ke apa,
    rupanya this is prepaid katanya,
    kalau macam gini nak salahkan siapa,
    dah sendiri yang tak pernah nak bertanya.

    tapi rasanya memang tak meluas iklannya,
    tak macam syarikat telekomunikasi yg lainnya,
    mungkin pihak tune talk kena lebih promotenyer,
    supaya orang tahu akan fungsi-fungsinya.

    Boleh tahan juga kelebihan yang ada,
    caj panggilan dan sms nya murah juga,
    Tapi sayang kenapa promosinya tak meluas pula,
    sampai ada yang tak tahu pasalnya.

    Saya cadangkan perlu ambil inisiatif,
    untuk perkenalkan tune talk dengan lebih efektif,
    tak pun guna jer blogger yang kretif,
    untuk ketengahkan tune talk agar lebih aktif.

    ok dahhhh takat tuh cukup,kang pitam lak En eyriqazz nak baca,itu pantun yer en Eyriqazz bukan syair jauh sekali sajak…:)

    Reply
  • Eyriqazz 9 March 2011, 3:42 am

    #far_east:yup,more buZZ are needed..produk bagus tapi promosi kurang, memang lambatla juga ….truely,memang saya teruja dengan tune talk..tgk bil smalam n compare..saya boleh save lebih kalau apa yang saya suggestkan di ambil..mmg boleh save 20-30 sebulan especially on call lebih 30 saat kalau tidak dikenakan full charge…

    Yup,Nuffnang are very good in creating buzz especially via Contest & Event….

    Reply
  • Eyriqazz 9 March 2011, 3:44 am

    # Kancilbiru :yup,promosi tidak semestinya expensive voila buat di prime time tv etc…promosi yang berkesan i.e. via blog marketing is good…create buzz via event is good…contest is good…combine it together..voila…

    Reply
  • Eyriqazz 9 March 2011, 3:44 am

    #JAI:byk tempat jual bro..bolehla check http://www.tunetalk.com utk check reseller/outlet nya..memang berbaloi…aku dalam proses nak bayar bil postpaid dan mencuba tunetalk ni pula..loyal dah bertahun2 tapi not much i get…

    Reply
  • Eyriqazz 9 March 2011, 3:46 am

    #Adyshariz :yup,blom cuba blom tahu..In term of promotion memang mereka kurang..thanks to Nuffnang, i know about it n tergerak hati untuk mencuba..who know, saya akan terus setia..Too Jason Lo and the gang, promosi,promosi, promosi….More collaboration with Nuffnang plzz…

    Reply
  • Eyriqazz 9 March 2011, 3:48 am

    #Bo the Nerd :the credit should be given when it due..honestly bro…saya pengguna setia hotfm..nahh, i don’t like promosi di radio..annoying n i don’t pay much attention….melainkan memang dah trafik jem n promosi tu memang best..umm..never heard any promosi di hotfm sepanjang dalam kereta..on certain time only ke bro?

    Pasal sponsor contest Paramore &Deftones..umm, the target audiance is for teenagers..how about us?Why pay much for them when u can get local artist at cheaper prize but can create better buzz? I.e. Fauziah Latiff, Aizat,etc..

    Reply
  • Eyriqazz 9 March 2011, 3:51 am

    #cikpuanhady:yup,can’t agreee more with ur comment…Buzz dan promosi perlu diperbaiki lagi…Billboard dan nampak….but more are needed..tgk airasia sebagai contest..buzz n word of mouth memang powerful….this is time for Tune Talk to think blogging advertising seriously…

    Reply
  • Anonymous 4 April 2011, 5:05 pm

    Sebenarnya ….TuneTalk ada 2 pakej….TuneTalk bergantung kepada pemasaran yang lain dari yang biasa telco lain buat

    satu… TuneTalk yang anda semua bincangkan skrg…ia dipromosikan melalui konsert2…iklan dsbg

    Kedua… TuneTalk Toneexcel… ia ada 1 penambahan….Member Get Member Reward..berupa wang setiap bulan…siapa kata TuneTalk xde inisiatid member get member?

    ketahui maklumat lanjut mengenai pakej kedua Tunetalk ini di http://www.rahsiatunetalk.com

    Reply
  • Syahrin Mohammad 14 June 2011, 5:48 am

    salam 1 Malaysia,

    Memang betul kata Anonymous.. Tune Talk selain diiklan di radio, konsert dsbnya tu.. sebenarnya ada 1 komuniti diadakan untuk menyebarluaskan mengenai tune talk ini iaitu program komuniti WOW oleh Tone Excel.

    Tone Excel telah bekerjasama dengan Tune Talk untuk mempromosi Tune Talk melalui kaedah swom (word of mouth) oleh ahli komuniti ini.

    Maknanya jika jadi ahli komuniti ni, pelanggan tune talk sendiri akan mempromosikan tune talk ni kpd org lain. So, drp duit iklan habis berjuta-juta kt advertising comp., tone excel byr balik kepada pengguna yg tolong promotekan tune talk ni..

    Tune Talk Get Friends Promotion:

    Tune Talk Dan Tone Excel Melancarkan Program Perkenalkan Sahabat dan Rakan-rakan.

    Sesape nak join komuniti, boleh la contact me..

    Reply
  • Anonymous 25 February 2012, 10:52 pm

    tunggu au komen pulak ek.. tgh memerah otah nih, cari info.hek hek hek..

    Reply
  • Anonymous 29 September 2012, 12:17 pm

    apa beza tune talk dan tone excel..adakah syarikat sama dan kenapa tune talk lagi murah rate dia dari tone excel…

    Reply
  • farizgolddollar 31 December 2012, 9:08 pm

    assalamualaikum..
    khas buat rakan rakan semua saya baru je aktifkan tune talk apa yang menarik saya ialah penggunaan prepaid yang saya guna boleh ditebus untuk penerbangan percuma dengan kita redeem point .so nie la peluang saya untuk pernerbangan sulung saya kemana jua.xde cara lain nak dapat benifet dari prepaid selamat hampir 15 tahun saya guna prepaid kalau bukan sebab saya beralih arah untuk tune talk..nak join boleh pm saya .he..he.

    Reply
  • Azeri 25 January 2013, 1:23 pm

    Saya selama ni cuma melihat sahaja kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh mereka yang menjadi ejen affiliate Tunetalk. Selepas mencari informasi dan gali kelebihan yang ditawarkan, ia cukup unik pada pandangan saya.

    Post dari saudara Eyriqazz ini lebih membuka mata saya untuk berusaha memasarkan Simkad Tunetalk. Insyaallah.

    Semoga saudara juga berjaya dengan cemerlang kelak dalam semua bidang yang saudara ceburi.

    Reply
  • liza 2 August 2013, 3:28 am

    Bg la lg info terkini

    Reply
  • puanbee 2 January 2014, 5:23 pm

    nak guna tune talk , search sampai ke sini .. baca komen mcm menarik ..
    puanbee recently posted…#CONTEST : Shopping baju anak murah dan berkualiti secara onlineMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 2 January 2014, 5:26 pm

      Entri lama..Mungkin ada yang dah tak relevan..hehehe

      Reply
  • nur hilman afiq 26 March 2014, 10:43 pm

    Assalammulaikummm”

    Tolong gtau saya” mcm naa”nak” join” gtau sayaaaa di nbor” 0135987027 sekarangg”

    Nak” joinn nyy”

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »