Wakaf Che Yeh, Kelantan

 
Wakaf Che Yeh,Kota Bharu, Kelantan tempat shopping yang begitu popular di Kelantan. Walaupun dah kahwin dengan gadis kelantan 3 tahun lebih, inilah kali kedua saya singgah di sini :
 

Tudung-tudung memang menjadi pilihan utama di sini kerana harganya yang murah dan banyak pilihan

Isteri Shopping, saya tengok-tengokjelah. Tak jumpa yang berkenan di hati

Pelbagai barangan terdapat di sini, kasut, t-shirt dan pelbagai lagi

Pilih-Pilih, Murah-murah..Buy One Boleh tawar, beli banyak lagi-lagi boleh tawar

Sejam lebih jugala isteri dok Shopping
 
Kalau di KL, Wakaf Che Yeh ni bolehla diibaratkan cam uptown. Buka dalam pukul 9-10 malam dan ditutup pagi. Parking kalau time public holiday or cuti sekolah memang agak pening jugala mencari nya. Yang pasti barangan di sini memang murah, mak sekeluarga dan Isteri bukan main lagi shopping especially tudung. Oh ya, wanita ni koleksi tudung minimum kena ada berapa ya? Balik terengganu dan Kelantan , Isteri mesti beli tudung.

 

Pelbagai makanan pun ada disediakan. First time tengok kaki ayam bakar dan Tapai bakar
 
Kalau anda singgah ke Kelantan, singgahla ke Wakaf Che Yeh. Tak lengkap kalau pi kelantan tak pi sini .
 
Anyway, jika mencari hotel di Kelantan, saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut untuk dijadikan rujukan memilih hotel yang kena dengan citarasa.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Wakaf Che Yeh, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.