Tune Hotel kini di Kota Bharu, Kelantan

Yieza, Tune Hotels kini dibuka di Kota Bharu. Baru lagi dibuka rasanya, hujung bulan January 2011. Masa Mak sekeluarga datang ke Kelantan last week, sempatlah saya booking 2 bilik Tune Hotel Kota Bharu untuk mak sekeluarga. Ajak tidur di rumah mak mertua, segan la pula kata nya:
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan007
Tune Hotels Kota Bharu, tersergam indah. Lokasinya hanyalah bersebelah pintu belakang KB Mall, Kota Bharu, memang strategik
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan009
Isteri di depan Tune Hotels
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan005
Bertanyakan harga etc. Memang murah, semalam tanpa Add Onn hanyalah RM45.47 termasuk tax
Pintu masuk bilik . Banyak juga biliknya, ada 9 tingkat dan setiap tingkat ada lebih kurang 20 bilik
Suasana di dalam bilik. Agak sempit namun selesa ( Kipas, elektrik, air sudah termasuk bayarannya)
Sebelah bilik air
Tandas/Bilik Air
Suasana Tune Hotels di waktu malam, meriah dengan warna merahnya
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan003
Harga Add Onn, pilihla mana yang nak ditambah, extra charge
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan004
Yang kurang best skit, Check in pukul 2 petang, check out 10 pagi (awal la juga)
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan006
Bolehla membuat tempahan online juga di http://www.tunehotels.com or telefon aje di 03-79625888

Overall, mak sekeluarga memang puas hati. Harganya yang berpatutan dan perkhidmatan yang memuaskan. Plan nak datang lagi dan booking di sini. Saya sendiri pun agak teruja dengan Tune Hotels ni, bolehla booking bila mahu bercuti nanti di lokasi yang lain pula nanti. Walaupun murah,kualitinya memang memuaskan. Mana nak dapat hotel bawah RM50 kan? Budget hotel or Backpacker Inn boleh la kot.
 

Untuk Booking hotel ini , bolehla –> Tempah Tune Hotel Kota Bharu

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Tune Hotel kini di Kota Bharu, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.