Tak Kenal Maka Tak Cinta|Tourism Selangor & MySelangorStory

Tak kenal maka tak cinta… bila dah kenal, terkenang-kenangkannya…!
 
Saya telah dijemput oleh saudara Eyriqazz untuk menyertai program pay per post anjuran beliau ini…. Tugasan yang diberikan bukanlah mudah… peluang yang diberikan juga seharusnya dihargai dan tidak mungkin disia-siakan.
 
Ya, bukan mudah rupanya untuk membuat entry tajaan/Sponsored Post, memerlukan komitmen yang tinggi dan penuh dedikasi…. Maka saya mencuba sedaya upaya untuk memenuhi segala cirri-ciri dan syarat-syarat yang diperlukan untuk menulis entry ini.
 
Baiklah, kita terus kepada isinya….
 
Tourism Selangor telah menyediakan banyak rangkaian tempat untuk kita nikmati bersama keluarga.  Siapa sangka, rupanya banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di Selangor.
 
Rumah Buluh Betong Resort
 
Apabila saya melayari laman web Tourism Selangor, hati saya telah tertarik kepada Rumah Buluh Betong Resort.  Tidak saya sangka, Selangor mempunyai tempat yang indah dan unik sebegini.  Saya pasti akan datang bercuti ke sana suatu hari nanti.

Kompleks yang dibina tidak sahaja dengan rumah buluh, tetapi merupakan gabungan dari rumah Bambu, Sunda Garden & perabot buluh.  Amat sesuai bagi sesiapa yang ingin merasai kelainan dari kehidupan kita sehari-hari.

Tekanan kehidupan kota yang sesak dan memenatkan, pasti akan dapat menenangkan fikiran sesiapa sahaja yang singgah di sini.
 
KuanWellnessEcoPark
 
Jika memerlukan lawatan atau pelancongan singkat terutamanya bersama keluarga dan anak-anak, saya pasti akan memilih KuanWellnessEcoPark.
Taman ini adalah pelopor dalam pengeluaran sarang burung di Malaysia. Di sini kita boleh melihat dan mempelajari bagaimana proses-proses sarang burung dihasilkan.  Mungkin kita akan berjumpa dengan satu pengalaman yang  baru di sana?

Bukan setakat ini sahaja, ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan mungkin amat sesuai dengan jiwa kita…!  Tak kenal maka tak cinta!!

Dan kerana bila tak kenal maka tak cinta saya berpendapat, Selangor Tourism seharusnya membuat hebahan dengan lebih meluas lagi tentang keindahan dan pelancongan di negeri Selangor.

Adakan lebih banyak promosi dan pakej pelancongan yang bertaraf mampu bagi mereka yang tidak berpendapatan tinggi supaya tarikan harga yang murah itu dapat mendorong mereka untuk melancong ke Selangor.

Bercakap pula tentang My Selangor Story, ini adalah satu laman kontes yang dipeloporiolehPelanconganSelangoruntukmempromosikankepelbagaianbudaya dansumberpelanconganyang sangat kayauntuk dijelajahi dan dinikmati oleh pelancongdiseluruhdunia.

My Selangor Story 2010 telah menerbitkan ramai pemenang di kalangan blogger yang telah sama-sama menulis dalam blog masing-masing tentang keindahan pelancongan, tempat makan dan santai di Selangor.  Banyak hadiah-hadiah yang menarik yang telah disertakan oleh penganjur. 

Adakah sudah terlambat untuk menyertai kontes ini….? 
My Selangor Story 2011 sedang menanti para blogger untuk sama-sama bersaing dan bercerita tentang pengalaman masing-masing tentang pelancongan di Selangor!! 
 
Bagi memastikan lebih ramai peserta bagi tahun 2011, adalah wajar jika hebahan tentang kontes ini dijalankan dengan lebih meluas dan  besar-besaran dan lebih praktikal peserta-peserta kontes yang pernah memenangi My Selangor Story 2010 sama-sama mempromosikan My Selangor Story 2011.  Dengan ini saya percaya, akan lebih ramai blogger yang akan tertarik dan ternanti-nantikan kontes ini.

 

Sudah bersedia? Kalau belum bersedia, mari kita sama-sama membuat persiapan.  Nantikan pengumuman tentang My Selangor 2011 yang akan dilancarkan tidak lama lagi!

 
Mengenai Penulis :Entry ini ditulis oleh Amy dari http://sw33tdarling.com/, Salah seorang blogger pertama yang saya berjumpa face to face di alam nyata. Seorang ibu yang gigih, seorang blogger yang  sentiasa berusaha meningkatkan diri, dan juga tidak mudah putus asa. Cabaran saya di twitter disahutnya dan terhasillah entry ini. 2 komen terbaik entry ini akan memenangi 5 GTO Pointz.


Tahniah buat Mama Zharfan dan Far_East , 2 pengomen terbaik entry ini. 5 GTO Pointz each for u.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Tak Kenal Maka Tak Cinta|Tourism Selangor & MySelangorStory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.