Sharing is Caring|Connect the Tots

Hai gembiranya dalam hati
Selepas menonton Youtube ini
Sekarang saya sudah lebih memahami
Pemikiran Si Manja Yang Saling Berhubung (Connected Tots) amatlah penting sekali

Banyak informasi untuk Mummy dan juga Daddy
Jom sama-sama kita belajar di sini
Untuk kebaikan anak-anak dan supaya mereka lebih happy

Apa yang menarik di website ini? : Memang sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak kecil, berkongsi informasi berkenaan Hubungan Antara Otak anak-anak dan macam mana ianya berfungsi, Tips untuk ibu (oh, bapa pun kenalah ambil tahu je), Stories Reading untuk dibacakan kepada anak-anak , dan juga games.

Games antara part yang paling saya suka kerana saya dapat berinteraksi dengan anak directly.

Games berbentuk pelajaran dan berfikir untuk Anak-anak dari 1-6 tahun
Animal Talk untuk Alisya
Alisya Love it

Bila dengar saje bunyi binatang i.e. Queek,queek, cip cip dan Aukk,Aukk, dia menunjukkan tangan kepada gambar binatang. Yup, disini pemikirannya berhubung cuba mengaitkan bunyi dan juga binatang itu. Yes, learning should be fun. The more fun you have, the more enjoyable for the kids, dan lebih mudah ianya diterima oleh kanak-kanak. Alah, like kitapun kann,bila belajar sesuatu yang boring, lambat je nak tangkap kan? Bila sesuatu yang kita minat, cepat je hafal, ingat dan faham kan?

Anak-anak belajar dari persekitaran dan juga sesuatu yang menyeronokkan. Explore the things
Melentur Buluh Biarlah dari rebungnya

Banyak lagi yang boleh dilakukan bersama bersama si Manja dari  Connect the Tots Website ini especially untuk anak-anak yang berusia 2 tahun ke atas. Mahu berkongsi satu video yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan berkenaan pemikiran anak@Alisya ini :

Alisya Menari bersama Tom Tom Bak

Di sini alisya belajar dari Cerita yang ditontonnya ( Tom Tom Bak yang dibawakan oleh Anmum Essential) , meniru aksi menari dan menyanyi. Sambil itu dia teringatkan aksi Mama dan Papa menidurkannya dan dibuatkan perkara yang sama kepada anak patung mainannya. Yes, cerita Tom Tom Bak antara cerita yang Alisya gemari. Saya pun tak kisah kerana ceritanya pun bagus untuk perkembangan minda anak-anak melihat kanak-kanak yang begitu petah dan pandai beraksi.

Informasi entry sebelum ini (first entry), saya ada menerangkan tentang kebaikan Gangliosida untuk otak kanak-kanak. One of the product yang mengandungi Gangliosida adalah Anmum Essential untuk anak-anak berumur 1 tahun ke atas . Honestly, kami belum lagi menggunakan Susu Anmum Essential tapi mahu mencubanya. No harm trying sesuatu yang baguskan? Kami telahpun requestkan samplenya di SINI . Kalau anda pun berminat, bolehla requestkan sekali. Belum cuba belum tahu, dah cuba, anda tahu.

Berkongsi pengalaman. Rakan isteri di sekolah ada yang menggunakan Anmum Essential dan dia berpuas hati dengan jenama itu. Juga seorang guru , testimoninya, anaknya sukakan susu itu dan setakat ini, Alhamdulillah, berumur 3 tahun lebih nampak semakin aktif dan pandai. Pemakanan adalah salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan otak kanak-kanak juga kan? Ini yang buat kami teruja untuk mencuba pula buat Alisya. Nanti dah sampai pek percuma itu, bolehla cuba beri minum untuk Alisya. 

Bukan Mudah untuk menjadi seorang Bapa

Bagi seorang bapa macam saya, selain ibu, bapa pun perlu memainkan peranan juga. Masa depan anak-anak perlulah dimainkan peranan sama-sama. So, buat Ibu dan Bapa, laman web Connect the Tots memang saya syorkan buat semua dalam menambahkan ilmu berkenaan perkembangan pemikiran kanak-kanak. Anak sihat, anak pandai, Anak Lincah dan bijak berfikir, Ibu bapa pun gembira sama. 

P/s : Apa pula kata anda? Pentingke Ibu/Bapa mempelajari ilmu bagi mengajar anak-anak menjadi seorang yang bijak berfikir? 
P/s/s : Apa pandangan anda tentang Connect the tots website ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

31 thoughts on “Sharing is Caring|Connect the Tots

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.