Rezeki 2011 Bersama Nuffnang

Alhamdulillah, Rezeki berblogging bersama Nuffnang dimurahkan di awal tahun 2011 ini. 4 Tawaran Sponsored Post telah diterima untuk tahun ini. InsyaAllah, akan saya cuba yang terbaik untuk membuat entry yang terbaik supaya Nuffnang dan Advertiser happy dengan entry itu. Kenalah buat yang terbaik bila diberikan kepercayaan kan? Lebih-lebih lagi, ianya berbayar.
Tak sangka, dulu pernah berangan-angan untuk dapatkan Advertorial/Sponsored Post. Siap buat entry hangit lagi [Advertorial|Patutkah Aku Terima Tawaran Lumayan Itu? ] . Itulah kata orang, tak salah ada cita-cita, namun berusahalah untuk mendapatkannya. InsyaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Myself, sepanjang hampir setahun setengah bersama Nuffnang, saya begitu gembira. Event, rakan-rakan blogging, dan pelbagai lagi yang saya nikmati bersamanya yang mungkin sukar diperolehi di tempat lain. Masih teringat lagi :
Bukan main happy lagi masatu. Yerla, mati-mati saya ketawakan rakan saya dulu time dia berblogging n pasang iklan Nuffnang. Kata Scam la, mana boleh buat duit la, berjanggut la tunggu, dan macam-macam lagi.Amikk koo, dah merasa sendiri , barulah tahu kan?. Alhamdulillah, tahun ini lebih gemilang dari tahun lepas. Dapatla saya merealisikan My Wish List gadget 2011 , iPhone 4 dengan Income Nuffnang tahun ini. Thanks Nuffnang.
Tahun lepas saya pernah berkata, “ I Love Nuffnang “ . Now pendirian saya tetap sama. Walaupun dilanda ombak dan badai, hatiku tetap setia bersamamu. Ewah…..
Mahukan Cabaran menulis Sponsored Post? Sahutlah cabaran eyriqazz , [Contest|Sponsored Post dari Eyriqazz]. Setakat ni sudah 3 orang yang telah eyriqazz berikan kepercayaan untuk menulis entry sponsored Post ini (refer entry INI, INI dan INI) dan Alhamdulillah, ketiga-tiga mereka gembira dengan peluang yang diberikan.
P/s : Believe in your Sixth Sense. Minat+Usaha+Berfikiran Positif=Success. Pecahkan ruyung, dan dapatkan Sagunya. Thanks again Nuffnang.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

32 thoughts on “Rezeki 2011 Bersama Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.