Redmummy Perasan


Betulke Redmummy Perasan? Perasan apa ya? Perasan bagus? Perasan Cantik? Perasan Hebat? Perasan Diva? Perasan sendiri? Aduhai, macam-macam la ya yang dikata dan dicari.
Ada Apa Dengan Redmummy? . Honestly, pandangan peribadi, sepanjang mengenali Kak Red, dia OK dan peramah je. Layan je semua orang. Kata orang, tak kenal,maka tak cinta kan?. Sifu saya dalam berblogging dan banyak mengajar saya erti onak dan duri dalam berblogging ni. Setuju dengan entry Gambar Kontroversi ini.
Hukum alam, biasalah makin naik/berjaya seseorang itu makin ramai la yang dengki dan tak suka. Pandangan saya mudah aja. Kalau ada yang tak suka pun, ambil yang jernih, buang yang keruh. Ingatlah ,kita manusia ni bukannya perfect. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Yang baik utk perbaiki diri, yang buruk itu tolak tepi, tak gitu? Hik3, kata kat diri sendiri juga ni, banyak kena perbaiki diri.
Bak kata filem Social Network ” “You don’t get to 500 million friends without making a few enemies.” Tepuk dada,tanya selera. Satu jari menuding kat orang, 4 jari menuding kat kita balik .Fikir2kanlah.

Je Jai , baik ko cepat ngaku..Hik3,just kidding, semoga problem bro tu cepat-cepat settle ya..


Sangat setuju ngan kata-kata Kak Red dalam entry  Rahsia Redmummy To Be On Top ” Apabila kamu ada minat, kamu bertambah berusaha untuk menambah pendapatan. Thanks Kak Red, sudah nampak ke arah yang lebih positif kini.
P/s : Cuba kita singkirkan perasaan dengki mendengki sesama kita (tujukan khas buat diri sendiri juga) Tak kemana pun. Yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang. Kalau bantu membantu sesama kita kan best kan? Apa salahnya sama-sama meraih kejayaan . Tengok kak red, the more people hate n benci dia, nampak makin Success adala. ” If You Can’t Beat Them, Join Them”

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Redmummy Perasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.