Rantau Panjang|Zon Bebas Cukai Destinasi Shopping Pilihan

First time saya singgah di Rantau Panjang, Kelantan ketika mak sekeluarga datang bercuti ke Kelantan. Destinasi ini antara destinasi pilihan untuk shopping, zon bebas cukai yang menyediakan pelbagai jenis barangan pada harga yang berpatutan. Selalunya saya terjah Pengkalan Kubur coz dekat dengan rumah Mak Mertua, this time terjah di sini pula :
 
Isteri dan Alisya di Pasar Rantau Panjang, memang luas juga kawasannya , jenuh kaki berjalan
Pelbagai kerepek, dodol, serta makanan turut dijual
Jom Jalan-Jalan mencari barangan
Biji Gajus dan kekacang memang murah disini
Wanita Melayu dan tudung,tidak dapat dipisahkan
Tudung Bawal memang famous di sini
Baju-baju wanita pun banyak

Keronsang, aduhai inilah bila follow Isteri, tempat wanita aja yang diterjah
Toto memang murah2 di sini

Suasana sekitar Rantau Panjang

Wanita memang rambang mata dibuatnya.
Periuk memang murah disini
 
Banyak juga yang dishopping isteri dan keluarga. Periuk belanga, bekas air minuman, baju alisya, makanan dan pelbagai lagi. A few hundred terbangla juga. Yang penting hati gembira, tak gitu? Selain barangan ini, banyak lagi barangan lain terdapat di sini, jersey, t-shirt dan pelbagai lagi. Kalau datang Kelantan, korang singgahla, memang puas hati. Kualiti dan Kuantiti tetap seiring.
 
Anyway, jika mencari hotel di Kelantan, saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut untuk dijadikan rujukan memilih hotel yang kena dengan citarasa.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Rantau Panjang|Zon Bebas Cukai Destinasi Shopping Pilihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.