Pili Bomba, Parking Kereta dan Tourist Attraction

Semasa kami singgah di Rantau Panjang, Kelantan pada 31 January 2011( lebih kurang pukul 4 petang) iaitu salah satu tempat membeli belah “Duti Free” yang agak terrkenal di kelantan selain daripada Pengkalan Kubur, Tumpat, ternampak gambar pili bomba ini :

Sebelah Pili Bomba dijadikan tempat Parking kereta yang tidak sah “Illegal Parking”
Apakah Sebabnya?

Kebanyakan gerai-gerai disini saya perhatikan diperbuat daripada kayu dan material yang mudah terbakar. Andai kata, terjadi kebakaran, tentulah menyukarkan Pihak Bomba untuk menjalankan tugasnya? Masa amatlah berharga dalam memadamkan kebakaran. Pergi kursus bomba mengajar saya beberapa saat ini penentu hidup dan mati seseorang mangsa kebakaran.

Buat pemandu, berhemahlah dalam parking especially tempat Tourist Attraction camni. Jangan fikirkan faktor dekat dari lokasi dan mementingkan diri sendiri semata-mata. Hidup bermasyarakat, mestilah mengambil kira faktor lain juga lebih-lebih lagi di tempat yang menjadi tumpuan sebegini. Apa agaknya pandangan pelancong luar bila lihat pili bomba sebegini?

Entry ini ditulis untuk Cabaran Foto Pili Bomba Ondscene . Maaf, hanya sempat ambil 2 foto dari syarat 3 foto seperti yang dikehendaki. Tak teringat pasal syaratnya, bila dah baca balik baru perasan. Thanks to Kak Jie for sharing information about this Contest.

Pili Bomba aset bernilai negara
Jagalah ia sebaik-baiknya
Tanggungjawab bersama agar ianya terus dapat diguna
Kebakaran melanda, memudahkan bomba menjalankan kerja, menyelamatkan nyawa dan harta benda

P/s : Apa pula kata anda? Pentingke kemudahan pili bomba ini dijaga dengan sebaik-baiknya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Pili Bomba, Parking Kereta dan Tourist Attraction

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.