Genting Strawberry Leisure Farm

Yieza, kini Strawberi bukan saja boleh didapati di Cameron Highlands, di Genting Highlands pun sudah ditanam strawberi kini. Masa pergi Genting Highlands, sempatla kami singgahi :
Genting Strawberry Leisure Farm/Taman Santai Strawberi Genting
Bergambar-gambar dahulu
Jom Petik Strawberri
Tak silap saya, harga untuk memetik dan membeli strawberi ni adalah RM6 100gram. Kami tak petik, tapi rakan kami sempat petik, katanya boleh tahan juga. Ada yang manis, ada yang masam. Much more better dari Cameron Highlands. Tak pastila pula, kenala petik sendiri barula tau kan?
Yang sudah siap dipack pun turut dijual. Satu pek ni RM15 kalau tak silap
Kreatif design pejabat dan tandas di sini. Lain dari yang lain+mesra alam
Pekena Kopi Strawberi di Strawberi Farmhouse Cafe memang bestt dan layan…
Teruja dan 2 kotak dibeli. Nanti saya poskan buat yang menang Small Give Away aritu ya?
Mama dan Alisya Gembira . Orang tersayang gembira, kita pun gembira kan?
Boleh terjah tempat tanaman Cendawan juga
Papa, belikan Bola tu Papa..
Yup, memang menarik untuk disinggahi kalau anda singgah di Genting Highlands.Selain boleh memetik strawberi,banyak gerai disini,cafe, ole-ole dan cenderamata untuk dibawa pulang, dan pelbagai lagi. Silala terjahi , salah satu tempat menarik di Genting Highlands.
Genting Strawberry Leisure Farms Sdn. Bhd
No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2,
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur. Malaysia.
Tel: + 603-6100 1121
Fax: + 603-6100 1135

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Genting Highlands saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Genting Strawberry Leisure Farm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.