Blogger Kena Hentam Gara-Gara Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hantu Kak Limah Balik Rumah, korang dah tengok? Saya belum…
Panas, gara-gara entry Hantu Kak Limah Balik Rumah Direct Link Mediafire & Review dari saudara  Arc13, teruk dia kena hentam di komen dan juga di salah satu komuniti Forum terbesar di Malaysia [ Hantu Kak Limah kena bambu! ]
Antara komen-komen panas :
– Pengkritik bodoh dengan review bodoh.Ni kan just komidi ringan dan mesej yg mendalam(kena fahamkan betul2 apa yg cuba disampaikan)..Pigi dahhh…sekurang2nya filem ni jauh lebih bermakna dari koleksi2 madya mohidin.
– persetankan dgn blogger boy tu. suma org ada pendapat / taste masing2. tiada paksaan untuk tidak atau tengok sesuatu citer tu.yg penting aku enjoy & happy tgk HKLBR. nak wat apa sakitkan kepala dok pikirkan pendapat org lain. lantak pi la mereka wei.kalo nak ikutkan suma filem termasuk hollywood tu ada je yg tak logik or low quality.
Selebihnya bolehla terjah sendiri.
Kenangan bersama Arc 13 di Digi Internet Pimp My Day Final Challenge
Je Jai tetap Jambu macam biasa
Anyway, penulis blog itu salah seorang rakan blogger eyriqazz. Sama-sama bekerjasama di salah satu event Nuffnang tahun lepas. Apapun, saya taknak biased dalam isu ini.Plus saya pun belum menonton sendiri filem ini. Pandangan peribadi, setiap orang ada hak untuk membuat penilaian dan juga pandangan peribadi. Tidak kiralah dari yang suka ataupun tidak suka. Constructive feedback adalah yang sebaiknya. Life is Beautiful, hidup tidak semestinya sempurna, dan lain padang, lain belalang tak begitu?
Buat Arc13 di New Zealand, Be Cool. Itu pandangan anda, lain padang lain belalang kan? Samalah juga kepada yang minat, manusia ini berbeza-beza kehendak, dan citarasa, tak gitu?
P/s : Nih yang buat teruja nak menonton Cerita Hantu Mak Limah Balik RUmah ni. Apa pandangan anda tentang cerita ni?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Blogger Kena Hentam Gara-Gara Hantu Kak Limah Balik Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.