Rahsia di Sebalik Foot Detox

Salam dari Eyriqazz,
Flash back entry Testimoni Detox Foot/Foot Patch . Hati ini diruntun pertanyaan/teka teki bila membaca entry dari Saudara Aidid Mu’addib yang bertajuk  Detox Foot Patch – Teknologi Paling Lahabau Y’all!
Walaupun diri sendiri merasakan kesan positif bila menggunakan Foot Detox itu, saya mula berfikir kembali bila membaca entry itu. Betulker keberkesanan Foot Detox ini? Adakah yang saya rasakan itu disebabkan fikiran positif ataupun Foot Detox ini betul-betul membuang toksin/berkesan? Tak puas hati, akhirnya saya buat eksperimen sendiri :

Foot Detox diambil
Ditebuk dan dikoyakkan. Itulah serbuknya yang lebih kurang berbau macam Abu barang-barang dibakar
Debunya diletakkan di dalam bekas
Dan Diletakkan Air. Bertukar menjadi Hitam dan juga seakan-akan serpihan raksa
Hitam dan Putih-Putih
Bandingkan dengan yang saya pakai 8 jam+ . Hitam dan Putih2 juga cuma ianya keras dan berketul (betulke ini Toksin?)
Apa yang saya dapat dari eksperimen sendiri ini? Umm, entah,saya tak pandai Sains. Fizik dapat C5, Kimia dapat C6. Namun , dari rumusan sendiri, ianya akan bertindak balas dan bila ditutup sebegitu, tidak mustahil bila kena wap/haba (dari kaki) ,ianya akan bertukar jadi hitam. Lagi lama, lagi bagus dan lebih hitam …
Tapi, di mana pula kesan positif yang saya dan rasa ringan badan tu ya? Umm, entahla,saya tak berani nak mengiyakan atau menidakkan keberkesanan foot detox ini, cuma pandangan saya, pihak kerajaan/swasta perlu buat kajian berkenaan hal ini. Betulke ianya membuang toksin ataupun sekadar gimik promosi melariskan produk ? We are consumer deserve to know dan betulke ingredient yang dimaksudkan seperti dikata? Kata orang, ianya berasal dari kilang yang sama, jadi murah or mahal coz labelling dan jenamanya, betulke?
Myself? Umm,saya dah berhenti gunakan Foot Detox itu. Better safe than sorry. Risau kot-kot ada side effect pula kalau guna long term + belum ada bukti saintifik mengenai keberkesanan produk ini.

Apapun, lain padang lain belalang kan? Saya tidak menidakkan dan mengiyakan pasal Foot Detox ini. Pilihan masing-masing,tak gitu?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

65 thoughts on “Rahsia di Sebalik Foot Detox

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.