Permohonan PTPTN Pertukaran Kos Pentadbiran dari 3% Kepada 1% (UJRAH) Diluluskan


Finally, selepas Kemaskini Maklumat Bagi Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%) dan entry PTPTN Oh PTPTN | Mana Janji Manismu? ,akhirnya menerima e-mail balas dari PTPTN berkenaan pinjaman PTPTN isteri . Inilah balasannya:
Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian. Sila masukan Nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke www.ptptn.gov.my untuk semakan penyata.
Namun, saya yang membayar loan ini bagi isteri merasakan, ianya bagaikan :
Ajak-Ajak Ayam, Mahu kasi tapi pelbagai Syarat dikenakan
Antara annoying part dan syarat yang saya rasakan agak menyusahkan adalah :
1) Kena isi borang lagi. 2 salinan sebanyak 21 muka surat beserta dokumen sokongan seperti salinan IC mak dan ayah, surat kebenaran, dan pelbagai lagi.
2) Tempoh 90 hari saja diberikan dari tarikh surat (10/1/2011), email diterima pada 20/1/2011 (cekapkan PTPTN buat kerja,10 hari lapse tu?) untuk dipulangkan kembali. If not, consider batal.
3) Wajib buat potongan gaji melalui LHDN. WTFish!!! Macam tak percaya ya walaupun kami memang buat konsisten payment.
4) Hanya 8 tahun diberikan untuk bayaran balik. Untuk loan isteri lebih kurang RM300 sebulan. Mereka langsung tidak menanyakan how much we can pay per month? Main letak aje????
5) Currently , saya membayar RM200 sebulan untuk isteri, now kena buat potongan gaji? Agak-agak, ramai bersetuju ke bila bayaran bulanan dinaikkan compare dengan perjanjian asal bayaran balik lebih kurang 15 tahun.
6) Best partnya dalam borang itu ” Kelulusan pembiayaan ini adalah secara bersyarat. Kelulusan sebenar adalah tertakluk sekiranya penerima biaya menepati syarat yang ditetapkan oleh PTPTN (syarat apa lagi).
But, penurunan ini memberikan impak yang besar. Currently, interest yang dikenakan adalah lebih kurang RM60 sebulan, bila turun kepada 1% hanyalah RM20+ sebulan, almost 3 kali ganda save on interest. Hey, RM40 sebulan tu dah boleh beli barang-barang dapur.
Permohonan Kancilbiru tidak diluluskan, yang diluluskan pula, pelbagai syarat lain dikenakan. Enough said, mereka lebih suka ramai yang terus membayar interest 3% la kan? Kenapa tidak jadikan ianya automatik kepada yang layak? Kenapa perlu isi borang bagai-bagai dan wajib buat potongan gaji?Macam-macam la PTPTN ni, no wonder masih ramai yang liat untuk membuat bayaran balik.
P/s : PTPTN, Payment didahulukan, interest diturunkan dikemudiankan. Lalala,excuse,excuse n pelbagai syarat dikenakan. Apa pula pengalaman anda dengan PTPTN?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

45 thoughts on “Permohonan PTPTN Pertukaran Kos Pentadbiran dari 3% Kepada 1% (UJRAH) Diluluskan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.