Mak Ngah Nasi Dagang yang Sensasi

Ingatkah lagi Isu RM45 Kepala Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang di Chendering, Terengganu beberapa tahun lepas? . Walaupun anak jati terengganu dan kedai itu tidak begitu jauh dari rumah, tidak pernah singgah lagi. Balik kampung haritu , ajak mak pergi ke kedai ini untuk tapaukan dan makan di rumah :
Nasi Dagang dengan Lauk Ikan Tongkol di Mak Ngah Nasi Dagang
Nyam, Nyam, Look Delicios,taste delicious
Honestly, memang sedap dan wifeypun mengiyakan. Kami tapau RM10 dan cukup untuk kami berdua (mak taknak,dah puas makan nasi dagang katanya). Honestly, harga tu agak mahal rasanya namun it was worth it. Jom terjah kedai itu pula :
Berduyun-duyun pelanggan yang datang
Yang Makan di kedai pun penuh, gerai dibuka dari pukul 8 pagi sehingga kol 11 rasanya
Inilah Kedainya , Mak Ngah Nasi Dagang
Lokasi Mak Ngah Nasi Dagang ini tidak jauh dari Simpang Empat Chendering,Kuala Terengganu. Tapi kalau mahu merasa, kenalah sampai awal sini, takut habis, saya cadangkan dalam pukul 830-930 pagi. Memang berbaloi dan isu itu bukannya penghalang, malah menjadikan gerai itu lebih popular dan digemari. Itulah kata mak saya.
Kalau di KL, mahu try Nasi dagang yang sedap, bolehla terjah Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang Taman Melati .
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Hamba Menumpang Lalu
Mak Ngah Nasi Dagang Sensasi dan terus hangat
Datang Terengganu, cubalah rasa, barulah tahu
P/s : Anda suka makan nasi Dagang tak? Di mana Nasi Dagang paling sedap pernah merasa?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

28 thoughts on “Mak Ngah Nasi Dagang yang Sensasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.