Great Blogger Eyriqazz?

Cissh, berani sungguh dia menerjahku. Ini yang buat hangin ni. Dahla kutuk eyriqazz habis-habisan. Ni yang rasa nak mengamuk cam Hang Jebat. Takper, kajang pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu, Hang terjah akan ku ingat, Nahh, ini entry balas dariku.

Hik3, gurauje, terjahan yang kusuka sebenarnya dari Mat Joe , inilah terjahannya :

Bukan cikgu, mengaku ‘great’ pulak tu (Mat Joe sebelah kiri sekali)

Hik, yup, saya bukan guru, saya seorang banker saja. Ahakss…Ini serba sedikit terjahannya :

Mula Kenal – Sewaktu awal rajin membaca blog, saya telah tahu kewujudan Eyriqazz yg selalu tinggalkan komen pada blog entry orang lain. Kali pertama nampak in person pada event astro beyond bloggers night tapi tak sempat tegur kerana pada waktu tu eyriqazz lepak di kelompok lain.

Kali pertama jumpak di event ‘gatsby largest blogger gathering‘ since then, sy selalu lawat blog beliau. Selalu jugak keluar lepak makan kt jalan doraisami lepas kerja.

Kandungan Blog -Secara umum ianya berkaitan personal life, tetapi you’ll always be suprise dgn entry2 yang bakal terbit kerana ianya boleh meliputi pelbagai aspek kehidupan, lawak ada, tips blogging ada review blog ada, pasal makan ada, pasal travel ada, gosip ada, kisah menarik ada. This blog is a must read

Trafik & Income– Tidak pasti jumlah sebenar tapi rasanya lebih 2000 sehari. Kalau sesuatu blog itu tidak menarik, mana mungkin ramai nak datang membaca. Income dgn blogging ni pun agak lebat, especially sekarang dia dah berjaya dapat few ‘advertorial’ write up dari Nuffnang. sometimes sebulan  boleh dapat rm1k. Truly inspiring

Sifu Saya – Atau bahasa lebih ikhlas, saya banyak terikut2 dgn apa yang ada diblog dia, seperti page counter, facebook page, 2 columb blog. Even contest Azam 2011 ni pun diadaptasi dari contest yg pernah dia buat.


to Bro Eyriqazz, to me you are:
GBE – Great Blogger Eyriqazz

Selebihnya, korang terjahla sendiri di SINI

Thanks bro, hik3, tak layak lagi rasanya digelar Great Blogger Eyriqazz. Apapun, thanks a lot n thanks to Nuffnang to coz menemukan dengan Mat Joe.

Oh ya, jangan lupa join COntest Menarik darinya , hadiah lumayan menanti pemenang : Contest Azam 2011

P/s : Kalau Mat Joe kasi gelaran GBE kat Eyriqazz, apa pula gelaran anda untuk saya? 

*** Ada sesiapa yang turun main Badminton ngan GplusMy besok?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Great Blogger Eyriqazz?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.