Bestke Naik Keretapi Balik Kampung?

Kami mengambil keputusan untuk menaiki keretapi untuk pulang ke kampung sempena CNY tahun ini. Seminggu pulang ke kampung, both Kelantan dan Terengganu kali ini. Yerla, dah lama tak pulang ke Kelantan, rindu juga rasa di hati especially buat Isteri :
2nd time Alisya naik keretapi. First time masa umurnya tak sampai 5 bulan. Amboi, cam dah biasa pula?
Seronok tak Alisya pulang naik keretapi?
Mama dan Alisya tidur di bawah
 Harga tiket Keretapi kelas Superior malam (ADNS) seat tidur, RM53 seat bawah, seat atas RM48 dari KL Sental ke Wakaf Bharu. So far, ok la kan?

Suasana di kantin Keretapi Senandung Malam
Macam Dormla lebih kurang. Katil atas bawah untuk seat tidur. Kalau nak lagi selesa ambilla seat Cabin, 2 katil satu bilik tapi agak mahalla sedikit.
Seat tidur atas (tiket habis)
 
Overall, perjalanan mengambil masa lebih kurang 13 jam (lebih kurang double kalau drive sendiri). Tapi saya suka, selesa, selamat, dan bolehje tidur. Tidakla kepenatan drive dan keselamatan pun terjamin . Oh No, saya sudah cukup fobia naik Bas Ekspres pulang ke kampung, pemandunya bawa laju macam mahu berlumba saja. Better safe than sorry.
Alisya gembira
 
Alhamdulillah, naik keretapi Alisya seronok dan dia tak banyak kerenah. Cuma part nak tidur nya yang susah skit. ke sana kemari mahu bermain-main. Bolehla pulang ke kampung naik keretapi lagi lepas ni, dengar berita dalam perancangan keretapi ke Terengganu pula. Hopefully jadila.
Sampai ke Kampung Isteri , Wakaf Bharu kelantan
 
Anyway, jika mencari hotel di Kelantan/Malaysia, saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut untuk dijadikan rujukan memilih hotel yang kena dengan citarasa.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Bestke Naik Keretapi Balik Kampung?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.