Adakah Pemikiran Si Manja Saling Berhubung(Connected Tots) ?

Anak adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Hidup ini lebih indah dan bermakna dengan kehadirannya. Sebagai seorang bapa/ketua keluarga , antara faktor yang perlu dititikberatkan dalam membesarkan anak-anak adalah Masa depannya. 

Sudah semestinya setiap ibu/bapa mahukan anak-anak yang sihat, cergas dan pandai. Jadi, perkembangan mental dan fizikal anak perlu dititikberatkan terutamanya dalam perkembangan otaknya(brain development) ke arah yang lebih positif. 

Terbaca satu artikel yang agak menarik yang bertajuk ” Does Your Child’s Brain Grow Steadily” .Antara yang menarik untuk dikongsikan di sini adalah “Anak-anak dilahirkan dengan 100 billion sel-sel otak yang menanti untuk dihubungkan. Bagi membolehkan anak-anak belajar, sel otak perlu dihubungkan terlebih dahulu.  Lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat pembelajaran berlaku dan lebih meningkat kemampuan kognitif atau kepintaran seseorang bayi itu. Yup, melentur buluh biarlah dari rebungnya, dan dari kecil inilah kita melatih/membantu perkembangan otak anak-anak supaya mereka lebih pintar dan dapat berfikir dengan lebih positif.


Adakah Beruang Kutub makan Penguin?

TV Commercial yang berbentuk pembelajaran menunjukkan Contoh “Adakah Pemikiran Si Manja Saling berHubung (Connected Tots), kisah Beruang Kutub dan Penguin. Apabila otak Si Manja berhubung, mereka lebih mudah untuk mencari jawapan dan menghubungkan sesuatu perkara.Saya terjumpa video ini apabila saya cuba mencari video di Youtube berkenaan perkembangan pemikiran anak-anak.


Berkongsi pengalaman, Alisya kini berumur 1 tahun setengah. Satu hari ketika makan di Port Dickson, kami minum air kelapa muda. Air kelapa dah habis dan dia nampak ada isi kelapa. Dari pemerhatian tindak tanduk ibu bapa,dia tahu dia kena menggunakan sudu untuk mengorek isi kelapa. Di sini pemikirannya telah berhubung. Belajar dari persekitaran especially dari tindak tanduk ibu bapa.


Bapanya seorang part time blogger s she always see me with my laptop doing my writing. We never teach her to use laptop or netbook, namun bila diberikan netbook or laptop, Alisya menekan-nekan keyboard dan seakan-akan meniru menaip.Samalah juga, dia belajar  memakaikan kasutnya, belajar mencantumkan puzzle dan belajar menggunakan permainan yang baru.  Pemikiran anak-anak akan saling berhubung apabila ianya diransang,dilatih dan diberikan pemakanan yang meransang perkembangan otaknya.

Saya banyak membaca artikel berkenaan pemakanan anak-anak, pengalaman yang diceritakan dari rakan-rakan yang lebih berpengalaman, menghadiri ceramah keibubapaan, dan pelbagai lagi.


Salah satu agen nutrisi dalam pemakanan bayi yang boleh mempercepatkan hubungan antara sel adalah sesuatu yang mengandungi Gangliosida (GA).  Gangliosida terdapat dengan banyaknya di dalam susu ibu, oleh itu secara amnya, anak-anak yang diberi minum susu ibu dikatakan membesar dengan lebih bijak . Selain dari itu, Gangliosida juga terdapat pada Susu Lembu.


Pemikiran Si Manja/Bayi yang saling berhubung adalah penting dalam pembelajaran yang lebih cepat. Justeru itu selain daripada menjaga emosinya, pemakanannya perlu dititikberatkan nya. Hey, We Are What We Eat rite?

Pemikiran Bayi yang saling berhubung bukan setakat “Smart Kid” tetapi Si Manja yang boleh dan mengaplikasikan apa yang dipelajari ke situasi yang sebenar. Action is Better than word, itulah sebaiknya. Mengajar anak-anak untuk bukannya menjadi Ulat Buku tetapi seorang anak yang boleh berdikari dan bijak berfikir dalam situasi yang memerlukan ” Thinking Outside the Box” .


Tepuk dada, tanya selera. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai seorang ibu/bapa , kitalah yang bakal mencorakkan masa depannya. Perlengkapkan diri dan pelajari untuk masa depan anak-anak yang lebih cemerlang. 

Pemikiran Si Manja Saling berhubung itulah sebaiknya
Pemakanan dititikberatkan, meransang pembelajaran si Manja
Gangliosida , saya belajar dan baru tahu juga
Bagaimana pula dengan anda?

P/s : Pentingke Pemakanan anak dijaga dan diberikan Nutrien yang terbaik dalam membesarkan anak-anak? Apa kata anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

58 thoughts on “Adakah Pemikiran Si Manja Saling Berhubung(Connected Tots) ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.