TerimaKasih PM Istihar 31 Disember 2010 Cuti Peristiwa Sempena Malaysia Juara Piala Suzuki 2010

Terimakasih PM kerana Istiharkan 31 Disember 2010 Cuti Peristiwa Sempena Malaysia Juara Piala Suzuki 2010 (Credit Picture Here)
Terimakasih buat Perdana Menteri Malaysia kerana mengumumkan Hari Jumaat 31/12/2010 sebagai cuti peristiwa sempena kemenangan/bergelar Juara Skuad Bola Sepak Malaysia di Piala Suzuki 2010. Lebih lanjut pasal cuti ini bolehla terjah entry ini [ PM Isytihar Hari Jumaat 31 Disember 2010 Cuti Sempena Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010 ]
Actually, cuti eyriqazz tahun ini dah habis dan begitu bersalah kerana tidak dapat pulang ke kampung pada 31/12/2010. Tarikh ini, keluarga di kampung akan adakan majlis doa selamat mendoakan kesejahteraaan ayah saya yang meninggal dunia 2 bulan lepas + tarikh birthday adik saya . So, adik saya pun turut buat doa selamat sekali.
Semalam bertwitter, betul-betul mengharapkan agar 31 Disember 2010 diumumkan cuti. Alhamdulillah, doa dimakbulkan, bolehla saya pulang ke kampung petang ini . Dapatlah ibu saya berjumpa Alisya, siap termimpi-mimpi rindukan cucu kesayangannya (hik3,cucu sulung n the only cucu buat masa ini)
Terima kasih sekali lagi dari saya, dapatlah pulang ke kampung dan berjumpa orang tersayang. Dapatlah juga pekena keropok lekor terengganu dan hopefully sempatlah menerjah Nasi Dagang serta Ikan Goreng Celup Telup Pantai Batu Buruk . Alhamdulillah, rezeki di penghujung tahun.
P/s : Doa-doakan perjalanan pulang dan kembali kami.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “TerimaKasih PM Istihar 31 Disember 2010 Cuti Peristiwa Sempena Malaysia Juara Piala Suzuki 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.