Sediakan Payung Sebelum Hujan

48 Hours Sticky Sponsored Post. Scroll Down for the latest entry.
Happy Family
 
Hidup berkeluarga ini indah. Namun, sebagai seorang bapa/ketua keluarga, saya perlu mempersiapkan diri dalam mengharungi masa depan yang mendatang. Kebajikan Isteri dan anak-anak perlu dititikberatkan . Bak kata pepatah, Malang tidak berbau, hari yang dilalui tidak selalunya indah. Saya kongsikan 3 pengalaman saya dalam meniti kehidupan sebagai anak sulung/ketua keluarga :
 
1) Ayah Oh Ayah
 
Ayah saya meninggal dunia 2 bulan lepas atas faktor kesihatan @ masalah buah pinggang (Al-Fatihah). Kedua-dua Buah Pinggangnya rosak. Lebih setahun lebih ayah menderita dan kami sekeluarga terpaksa berulang alik ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan perubatan. Cuci darah, pembedahan dan pelbagai lagi. Agak terkilan kerana saya tidak mampu untuk hantar ayah ke hospital swasta yang mungkin boleh memberikan rawatan yang lebih baik atas faktor kos perubatan yang tinggi .
 
Di hospital kerajaan pun kosnya habis beribu-ribu ringgit mujurlah sebahagian daripada kos rawatan ditanggung oleh majikan adikku iaitu Kerajaan Malaysia kerana adik kerja kerajaan. Insurans? Ayah tiada insurans dan apabila dah sakit teruk, beli insurans pun tidak akan dicover untuk sakit yang sedia ada i.e. kencing manis, dan darah tinggi.
 
2) Alisya ketika baru dilahirkan
 
Alisya mengalami komplikasi masalah pernafasan ketika dilahirkan dan terpaksa ditahan di wad selama seminggu. Tuhan saya yang tahu mahu gugur hati ini,namun Alhamdulillah, kami mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik di Ampang Puteri Medical Hospital dan Alisya sembuh. Bila melihatkan bil perubatan untuk Alisya masa iaitu mencecah RM3,000+ semasa mahu keluar hospital, rasa gugur jantung ini. Mujurlah ianya dicover oleh syarikatku yang telah membelikan Insurans bagi menjaga kebajikan pekerja dan anak-anak. Syukur, kalau tidak mungkin terpaksa saya dan isteri keluarkan duit simpanan.
 
3) Kemalangan Jalan Raya Saya dan Adik
 
Kemalangan yang tidak dipinta, both of us dimasukkan ke hospital. Nasib saya baik hanya luka-luka ringan namun adik saya terpaksa ditahan kerana kakinya patah. Hampir sebulan adik saya ditahan dan pembedahan terpaksa dilakukan dan besi dimasukkan ke dalam kaki adikku. Kos rawatan masa itu mencecah RM5 ribu lebih. Nasib baik adikku masih bersekolah ketika itu dan ianya ditanggung oleh takaful yang dibeli oleh sekolah.
 
 
Sediakan Payung sebelum hujan, saya tidak mahu Alisya atau keluarga menangis di masa depan. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kos perubatan yang semakin meningkat naik, rasanya setiap keluarga perlu melengkapkan diri. 
 
 
Duit Simpanan yang disimpan untuk anak-anak bukannya jaminan masa depannya. Perlu ditambah lagi bagi melindungi insan tersayang di masa depan. Perlindungan perubatan yang di cover oleh syarikatku hanya sehingga aku bersara ,dan bagi anak-anak hanyalah sehingga mereka berumur 21 tahun. Selepas itu bagaimana pula?
 
 
Atas kesedaran itu, saya dan isteri telahpun merancang untuk membeli Insurans untuk  Alisya sebagai langkah permulaan .Seterusnya saya dan Isteri bakal menyusul. Surveying around, kami bercadang memilih insurans dari  Prudential yang menawarkan pelbagai pakej yang sesuai untuk kami sekeluarga ditambah pula saya begitu selesa dengan agen insurans kami sekarang ini, iaitu Gee dari Prudential BSN yang begitu profesional dalam menerangkan tentang kepentingan insurans dan tidak memaksa kami untuk membuat pilihan. 
 
 
Sediakan Payung sebelum hujan dan bagi kami Payung dalam kehidupan sekeluarga ini adalah Insurans. Malang tidak berbau, sekurang-kurangnya jika ditimpa musibah, saya sudah ada perisai untuk memperlengkapkan diri. Belajar dari pengalaman, saya tidak mahu keluarga saya nanti bermasalah andainya berlaku perkara tidak diingini dan dicakap orang, “Sudah Jatuh, Ditimpa Tangga”.
Kita tidak meminta perkara yang tidak elok berlaku di masa depan seperti masalah kesihatan dan terpaksa dihantar ke hospital, kemalangan jalanraya (sudah 2 kali saya kemalangan jalanraya) ataupun pembiayaan pelajaran anak-anak ketika mereka meningkat dewasa. Ya, kita tidak minta ianya berlaku, namun jika ianya berlaku, sekurang-kurangnya :
 
We Already Prepared For It (Credit Picture Here )
 
P/s : Apa pula kata anda, pentingke  “Sediakan Payung Sebelum Hujan” dalam kehidupan ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

62 thoughts on “Sediakan Payung Sebelum Hujan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.